顯示具有 kota bharu 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 kota bharu 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年10月12日 星期六

Wanita Dipercayai Isteri 'Penarik Kereta' Ditembak Berhampiran Balai Polis

KOTA BHARU - Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.

"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.

"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Bharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.

Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.

"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya

Sementara itu, menurut sumber tidak rasmi memberitahu motif kejadian mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati suspek diatas tindakan suami mangsa yang dipercayai seorang 'penarik kereta' kerana dikatakan telah menarik kereta kepunyaan suspek, bagaimanapun pihak polis belum mengesahkan mengenai punca kejadian tersebut dan ianya masih dalam siasatan.

'Kenyataan Zahid mengenai polis 'tembak dulu' lebih menakutkan geng Peguam Latifah Koyak  daripada kes tembakkan oleh penjenayah seperti kes ini'

2013年9月13日 星期五

MPKB-BRI Mulai Melanun Harta Rakyat

KOTA BHARU � Sejumlah RM66,534.77 tunggakan cukai bandar melibatkan 51 premis di kawasan Kota Bharu direkodkan selama lima hari Ops Waran Tahanan dilakukan, bermula awal September lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Mohd Faudzi Che Mamat berkata, Ops Waran Tahanan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa selepas ini.

�Sehingga semalam, sebanyak 51 premis telah diperiksa, kita akan lakukan operasi ini dari semasa ke semasa setiap minggu kecuali pada tarikh tertentu yang melibatkan cuti umum dan sebagainya,� katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, dalam operasi di kawasan Kota Bharu itu, sebanyak 11 premis berjaya membayar tunggakan yang dikenakan semasa operasi, manakala empat premis disita.

Beliau berkata, sebanyak 12 pemilik premis yang terlibat juga membuat perjanjian memotong sewa bulanan kepada pihak MPKB-BRI mengikut amaun tunggakan telah dikenakan.

�Pada masa sama, 24 premis turut dikenakan tali kuning kerana pemilik atau penyewa premis berkenaan tiada di rumah semasa operasi dilakukan, namun 11 daripadanya memberi kerjasama dan datang ke pejabat untuk membuat pembayaran,� katanya.

Operasi yang dilakukan semalam di Kampung Telaga Gajah dan Taman Sri Mawar, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) juga berjaya menyita sebuah televisyen dan mesin basuh sebagai cagaran pembayaran tunggakan di dua premis berlainan.

Operasi diketuai Inspektor Rahim Mat Hassan selaku Ketua Ops Waran Tahanan kali ini, disertai 15 anggota penguat kuasa dan bahagian cukai bandar serta dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

2013年6月25日 星期二

Video - Husam Seronok Cerita Pengalaman Pertama Boleh Sauna Dalam Lokap

Sejurus  dibebaskan dari tahanan polis jam 5.05 petang semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membuat sidang media dan mendakwa seronok berada dalam tahanan di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa kerana lokap berkenaan baru saja siap pembinaannya.

Kenyataan Husam sebagai seorang pemimpin itu dilihat tidak wajar kerana seolah-olah memberi galakkan kepada rakyat untuk melakukan jenayah sekaligus dapat menginap didalam lokap selesa berkenaan. Namun kenyataan Husam itu tidak diambil kira oleh kerajaan yang didakwanya sebagai zalim. Itupun kalau nak dikira boleh dibuat isu kalau benar kerajaan hari ni saja-saja nak cari pasal.

Bagaimanapun semoga Husam bermuhasabah dan menilai kembali ucapannya itu, tapi sebenarnya pihak Majlis Agama Islam  yang sepatutnya menyiasat beliau bagi kenyataannya yaitu 'terkorban dalam himpunan Blackout syahid Fi Sabilillah', kena tanya balik Husam ambil nas kot celah mana boleh syahid Fi Sabilillah tu.

Sebabnya kenyataan itu terlalu sesat jika berdalilkan menentang kemungkaran, kemungkaran yang tidak jelas dan gagal dibuktikan, bahkan tidak perlu mengorbankan diri kerana masih ada lagi kaedah untuk menegakkan kebenaran itu menerusi fail petisyen, tidak timbul langsung soal menentang penipuan ini Syahid Fi Sabilillah, janganlah dipermainkan hukum hakam agama ini demi keuntungan politik semata-mata.

Banyak lagi kemungkaran yang jelas perlu ditentang, jangan buat mudah ikut dan nak bagi hukum, kalau kita tu bersih sungguh, lebai sungguh bolehlah tahan, ni kita baca Hadis pun merangkak lagi.

Tak mahulah kita untuk berkata padan muka kepada Husam kerana ditangkap, nasib kita depan hari pun belum tentu lagi macam mana, ada ke orang yang akan berjuang membantu kita kiranya kita ditahan ataupun disaman setelah kita berjuang untuk mereka dan mereka pun sudah bersenang lenang.

Agak-agaklah siapa dalam kepala pejuang BN sekarang ini yang akan datang membantu kita ketika kita berada disituasi berkenaan, sebagai contoh, aktivis pro pembangkang seperti Adam Adli, Safwan Anang dan beberapa orang yang ditahan berdemontrasi diparlimen semalam, kita tengok ada masalah ke ? Berpuluh-puluh barisan peguam dibelakang mereka tampil membela dan menghulurkan bantuan. Tapi belum tentu nasib pejuang BN sebaik nasib pejuang PR. Itu adalah hakikat dan realiti yang sukar disembunyikan.

Kita kuat sangat duk menghentam pemimpin pembangkang sebenarnya demi siapa ? Demi agama, bangsa dan negara. Ok, benarkah dasar itu diperjalankan dengan baik oleh pemimpin dan parti yang kita perjuangkan ? Apakah pemimpin yang kita perjuangkan itu ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara ?

Menurut sesetengah pemimpin, kalau kita berjuang demi agama, bangsa dan negara kita jangan mengharapkan apa-apa imbuhan untuk kita, kerana kita perlu ikhlas berjuang tanpa mengharapkan satu sen pun diberikan imbuhan, ikhlas juga menurut mereka tidak perlu makan nasi atau keperluan hidup seperti orang lain, kita nak tanya, ada berapa ekor pemimpin BN yang ikhlas berjuang sebegitu sekali ?

Imbuhan tu tak perlu diharapkan jika ia sudah diberikan, tapi kalau tak beri pejuang nak mengtekedarah apa ? Seikhlas-ikhlas Pak Imam dimasjid pun diberikan elaun, Mufti pun sama, apakah jika diberikan elaun itu menjadikan mereka tidak ikhlas, jangan sempitkan fikiran wahai pemimpin yang tamak haloba. Jangan sampai pejuang-pejuang ini melihat perjuangan UmnoBN sudah tidak relevan kerana hanya menjaga kepentingan pemimpin atasan bukan kepentingan marhaen.

Habis kalau pejuang melihat tak relevan pun pemimpin ini nak peduli apa, dia masuk politik hanya nakkan projek, bukan ia menjiwai dasar perjuangan, kalau Umno berkubur dia boleh pergi bertenggek dalam parti lain pula. Yang ni nak kena kita faham ni, bukan masalah Umno, tapi masalah pemimpin Umno, kalau nak hukum ia perlu dibezakan antara pemimpin Umno dan Parti Umno.

Apa sebenarnya yang berlaku ? Banyak yang berlaku, tanpa disedari ini tajuk cerita Husam sudah meleret jadi cerita pemimpin Umno. Lari tajuk kerana ada perkaitan dan perbandingan, apapun mungkin pada tajuk lain boleh diperincikan perihal masalah didalam kepimpinan Umno Kelantan ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Husam cakap seronok dalam lokap baru, so, apa lagi Aktivis R, tak perlu takut untuk berdemonstrasi, lokap baru tiada pijat dsb..

2013年6月9日 星期日

Lagi Video Sadis Saat-Saat Akhir Suspek Rompakkan Bergelut Dengan Maut

Itulah saat-saat akhir  sebuah penghidupan yang mungkin ia sendiri terpaksa memilih jalan tersebut, bergelut dengan sakaratul maut untuk pergi selamanya dan bakal mengadap yang Maha Esa.

Jadikanlah ia sebagai iktibar, usah dipersoal atau dikutuk kepada mana-mana pihak, sebaliknya kita jadikan tauladan buat diri kita yang juga serba kekurangan, namun dengan kekurangan itu jauhkanlah diri dari sebarang perlakuan jenayah, tak kiralah samada jenayah rompak secara terbuka atau songlap secara tertutup. Kerana keduanya adalah jenayah yang akan membawa padah, laporkan jenayah disekeliling anda kepada '999'. hehe.

Bagaimanapun jika terdetik hendak melakukan jenayah, ada baiknya difikirkan penjenayah hebat mana yang terlepas dari buruan PDRM ? Botak Chin ? Jimmy Chua ? Bentong Kali ? Mat Komando ? Mona Fandey ? Semuanya ke tali gantung, dan kalau rasa kita kurang hebat dari mereka, makanya fikir-fikirkanlah.

Tiada penyudahan kehidupan yang baik kepada penjenayah, kerana ia pasti terhukum walau selicik mana sekalipun. Hanya pandangan itu saja yang mampu dikongsikan bersama terutama kepada anak-anak muda yang baru hendak mengenali kelilingan dunia yang kadangnya seketika terleka. Sama-samalah bermohon agar kita sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Salinan Laporan Polis Mengenai Rompakkan Di Kota Bharu Dan Punca Suspek Di Tembak


Salam YDH Dato, makluman kejadian kes samun kedai emas, Wing On Kedai Emas 758 di Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu Kelantan berkait kota bharu: 6913/13

1) Pengadu: 
Nama : Zahari bin Jainon
No kp: rf 98202
Pekerjaan: Anggota polis cawangan gerakan IPD Kota Bharu

2) Suspek:

Nama: Mohd Bustaman bin Ali
No kp: 811006-03-5765
Alamat: Kg Gabus Tok Uban 17050 Pasir Mas Kelantan
(pengesahan akan dibuat melalui cap jari)

3) Fakta kes:

Pada 09/06/2013 jam lebih kurang semasa pengadu bertugas di bilik gerakan dan menerima panggilan dari anggota ronda bravo 8 alpha memaklumkan bahawa telah menembak seorang suspek cuba samun kedai emas Wing On Jln Temenggong. Pengadu arahkan anggota MPV Kn 42 dan Kn 372 untuk memberi bantuan.

4) Ringkasan kejadian

Pada jam lebih kurang 1115 hrs semasa anggota kpl/s 9543 Mat Zuki bin Abu Bakar sedang menjalankan tugas ronda berhadapan kedai tersebut bersama dua lagi anggota l/kpl 151167 Amir bin Halim dan konst 173504 Muhammad Mustakim bin Johari. Kpl/s Mat Zuki telah ternampak 2 lelaki sedang melakukan samun di kedai enas tersebut yang mana salah seorang menggunakan pisau dan seorang lagi bersenjatakan pistol. Kpl/s Mat Zuki kemudian mengejar sambil memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada salah seorang saspek yang melarikan diri ke belakang kedai. Kpl/s Mat Zuki telah melepaskan tembakan ke udara dan mengarahkan saspek berhenti dan menjerit " berhenti polis". Walaubagaimanapun suspek..., baca laporan selanjutnya disini

2013年6月8日 星期六

Video Perompak Kedai Emas Di Kota Bharu Nyawa-Nyawa Ikan Ditembak Polis

Kota Bharu - Cubaan dua lelaki untuk melakukan rompakkan di salah sebuah kedai emas di Arked Uda gagal setelah pihak polis berjaya menembak salah seorang daripada mereka. Sumber  dan selanjutnya di KotaBharuNews

2013年5月17日 星期五

Video - TMB Kelantan: Pengundi Luar Munafik, Ambil Duit Parti Lain, Undi Parti Lain

Kota Bharu - Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik selepas PRU 13 lalu, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mengeluarkan fatwa pertamanya selepas memegang jawatan TMB yaitu bersabit dengan kemunafikan pengundi luar yang mengambil duit parti lain kemudiannya mengundi parti lain.

Ketika menyampaikan kuliah parti di Medan Ilmu pagi tadi, Nik Amar menjelaskan ciri-ciri orang munafik yang boleh dilihat secara mudah yaitu apabila seseorang pengundi atau penyokong yang mendakwa menyokong parti berkenaan, kemudian claim duit dengan parti berkenaan, namun bila sampai masa mengundi, ianya tidak mengundi parti berkenaan.

"Hak susut (sorok) dalam hati hak sebenar  tidak beritahu, saya sekali dengan kamu ni, tapi undi parti lain, itu contohnya, saya duduk dengan kamu, mari claim duit pun dengan kita, cop, tapi bila pangkah dia pangkah parti lain, itulah gambaran mudah"
Kenyataan yang dibuat Nik Amar yang juga Adun Panchor itu merujuk mengenai pemberian duit kepada pengundi luar sebagaimana pengumuman seperti lampiran diatas pada PRU 13 lalu. Pemberian wang ini sudah lama diamalkan oleh Pas bagi mendapat sokongan rakyat untuk Pas mengekalkan kuasanya di Kelantan.

Bagaimanapun mungkin ramai yang sangsi berkaitan kenyataan Nik Amar itu, adakah hukum 'Munafik' itu hanya kepada pengundi luar yang mengambil duit Pas dan tidak mengundi Pas sahaja, ataupun termasuk dengan pengundi luar yang mengambil duit Umno tetapi tidak mengundi Umno.

Daripada kenyataan Nik Amar itu ianya seolah-olah memberi kesimpulan dimana ramainya anak-anak Kelantan dirantauan yang pulang sebagai pengundi luar menjadi munafik, ini kerana ramai antara mereka yang claim duit dengan Umno tetapi mengundi Pas dengan bukti kekalnya kerajaan Pas sehingga hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.
Bo Lah jadi munafik deh !!! nyaknyo weh nyaknyo!!!

2013年5月13日 星期一

TMB Kelantan Bina Rumah Rakyat Macam Ni Takkan Harga Sampai RM123,000 Seunit

Sebanyak RM5 Juta peruntukkan tahunan bagi DUN Panchor yang telah pun diagihkan, adakah seorang Timbalan Menteri Besar Kelantan merupakan pembohong tegar, maklumat diatas diambil dari laman rasmi Facebook Dun Panchor, apabila Nik Amar mengumumkan peruntukkan sebanyak RM5 juta setahun telah diagihkan untuk DUN Panchor, dua persolan timbul, samada peruntukkan itu pembohongan semata-mata atau beliau telah seleweng peruntukkan berkenaan.

Menurut beberapa komen pengguna akaun FB yang juga merupakan penduduk dikawasan berkenaan, ia hanyalah pembohongan, sementara menerusi tinjauan ke laman Dun Panchor mendapati hanya 14 aktiviti pemimpin bersama rakyat yaitu bermula pada Disember 2010 dan berakhir pada Disember 2011. Maknanya sebelum 2010 tidur selepas 2011 pun tidur. Kalau macamnilah gayanya kebajikan sebanyak RM5 juta yang dibuat kepada rakyat,.... ni wakil rakyat ke hantu raya ?

Untuk makluman, semua aktiviti pemimpin pasti ianya dirakamkan, bermain futsal pun dirakamkan, takkan kalau lebih pada itu tidak dirakam. Antara aktiviti yang dirakamkan seperti berikut:
  1. 16 Dec 2010 Sumbangan Pelajar Cemerlang UPSR 2010
  2. 22 Dec 2010 Perasmian Gelanggang Silat Sekebun
  3. 19 Feb 2011 Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang PMR, PMRU & STAM 2010
  4. 19 Feb 2011 Penyampaian Beras Al-It'aam
  5. 19 Mei 2011 Sumbangan Pelajar Ke IPT & Pelbagai
  6. 21 Mei 2011 Perasmian Penutup Kursus Asas Seni Beladiri
  7. 28 Jul 2011 Sumbangan Pelbagai & Majlis Kesyukuran PASTI
  8. 25 Ogos 2011 Sumbangan Khas Aidil Fitri Cawangan Panchor
  9. 21 Okt 2011 - Ziarah & Sumbangan PURNAMA
  10. 22 Okt 2011 - Rumah Sumbangan Kerajaan
  11. 07 Nov 2011 - Korban Perdana 1432H
  12. 28 Nov 2011 - Penghargaan Guru Al-Quran
  13. 23 Dec 2011 - Futsal Mahabbah
  14. 25 Dec 2011 - Pesta Lumba Kuda Terbuka
Inilah satu-satunya rumah rakyat yang dibina selama mana Nik Amar menjadi Adun Panchor, rumah berkeluasan 12' x 12' inilah penanda aras kepada kebajikan yang dibuat kepada rakyat Kelantan, peruntukkan rumah dhuafat yang disebutkan ialah sebanyak RM 123,000 setahun, anggaran kos untuk bina rumah dhuafat seperti dibawah adalah RM 5,000 seunit, dan dengan peruntukkan itu sebanyak 24 unit rumah dhuafat mampu dibina setiap tahun, dimana lagi rumah-rumah dhafat ini dibina ?
Tak padan nak tampal, malu kokram, ni kalau boleh cop atas dahi ni dia nak cop agaknya. Namun memadaikah menjadi wakil rakyat sudah lebih 15 tahun hanya bina sebuah rumah rakyat bernilai RM 5000 ? Dimana bukti terbina rumah dengan peruntukkan sebanyak RM123,000 ? Itu tak soal peruntukkan lain-lain skim lagi, kira cincai ambil yang mudah nampak je dulu..Takkanlah gambar-gambar bodoh seperti dibawah boleh di - upload, rumah dhuafat yang telah dibina tak di - upload.

Itulah level pemimpin Pas. Kebajikankah ? Islamkah ? atau Autakahkahkah, difahamkan pemimpin-pemimpin BN yang tewas di Kelantan pada PRU 13 lalu bersepakat menyerahkan segala tugas membantu rakyat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat, mereka ingin berehat dan tidak mahu melihat pemimpin Pas bergelumang dengan dosa memakan gaji buta. Anda Mampu Mengubahnya.



2013年5月2日 星期四

Najib Umum Tambahan 2,000 Unit Rumah Rakyat Untuk Warga Kota Bharu

KOTA BHARU - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata suasana politik di Kelantan ini kini dilihat lebih baik berbanding ketika pilihan raya umum pada 2004 dan 2008, yang memberi indikasi sokongan rakyat semakin cenderung kepada BN.

"Peluang berjumpa orang Kota Bharu hari ini saya nak tanya adakah suasana hari ini lebih baik daripada 2004, 2008 ?

"Kalau hari ini lebih baik, saya nak isytiharkan tahun ini sebagai tahun Kelantan tukar kepada BN...kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi," katanya yang disambut sorakan kira-kira 15,000 warga Kota Bharu yang berkumpul di Maktab Sultan Ismail di sini.

Hadir sama Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan pengerusi Datuk Dr Awang Adek Hussein, calon BN bagi parlimen Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim, Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Kanidy Omar (Tanjung Mas).

Sementara itu Najib turut mengumumkan tambahan 2,000 unit rumah akan dibina di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk warga Kota Bharu.
  
Najib berkata ini merupakan tambahan kepada 1,000 unit rumah PPR di Mukim Bandar dekat sini yang dilancarkan semasa lawatan beliau ke negeri itu Mac lepas.
  
"Rumah ini penting... bagaimana nak duduk rumah satu bilik, anak ramai. Saya cukup hairan perkara macam ini. Ini (pembinaan rumah) adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan ini adalah pembaharuan yang perlu kita buat," katanya.
  
Mengumumkan berita gembira itu pada majlis perasmian Tuisyen Rakyat 1Malaysia di Maktab Sultan Ismail di sini, pengumuman Najib disambut tepukan gemuruh oleh ribuan penduduk Kota Baharu yang menghadiri majlis itu.
  
Pelaksanaan projek PPR fasa pertama itu mencatat rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan perdana menteri pada 20 Jan lepas, selain bukti kukuh kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan Barisan Nasional menepati janji yang telah dibuat.

PPR Mukim Bandar berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Pastikan kita memilih calon yang berguna, supaya rahmat dapat kita kecapi bersama, tak tepati PRU 14 ni kan ada lagi...

2013年5月1日 星期三

Video - Nik Aziz Tak Tahu! Jam 2.30 Pagi, Ingatkan Puak Pas Duk Bermunajat, Rupanya Duk Melalak

Budaya menyusahkan rakyat tiada berpisah dengan Pas di Kelantan, amalan politik yang tidak bertamadun berterusan diamalkan tanpa mengira waktu siang dan malam, kebodohan dan politik bertaraf longkang dengan menyalak dan membunyikan hon ditengah jalanraya sehingga jam 3 pagi bukan dari ajaran Islam, kerana ia cukup menganggu, dan kerja seperti ini hanyalah dilakukan oleh jahiliyyah yang jahil tanpa ada taranya.

Menyedari akan ajaran Islam yang melarang perbuatan itu, Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan pimpinannya awal-awal lagi bersepakat  mengHARAMkan semua penyokong dan jenteranya dari melakukan sebarang aktiviti konvoi melebihi jam 12 tengah malam kerana ia boleh menggangu orang lain yang sedang tidur.

Justeru, suka kita ingatkan kepada seluruh rakyat di Kelantan khasnya di kawasan Kota Bharu, dimana kesemua gangguan melebihi jam 12 malam dari aktiviti tidak berfaedah itu adalah datangnya daripada penyokong-penyokong Pas yang mungkin berkonvoi setelah difatwakan mendapat pahala oleh Mursyidul Am Pas.

Kerana kita difahamkan sekarang ini penduduk di sekitar Kota Bharu setiap hari menyumpah seranah dengan gangguan itu, anak-anak kecil terjaga dan menangis setiap malam, mereka tertanya-tanya kumpulan dari parti 'bengong' mana yang tak reti bahasa itu, jadi mulai saat ini jangan tertanya-tanya lagi, sumpah direct kepada parti bulan itu. Kerana merekalah yang menggangu kehidupan anda diakhir-akhir ini.

Entahlah apa nak jadi dengan penyokong Pas ni, setiap malam duk berarak, agak-agak kalau tak berlarak kalah ke Pas di Kelantan ni ? Kalau ya pun tahu nak kalah, ikhtiarlah dengan cara yang diajar oleh Islam, banyakkan berzikir serta bermunajat kepada yang Esa, janganlah duk ganggu orang lain, orang lain ada tanggungjawab, ada masa untuk tidur, ada masa untuk kerja, bukan 24 jam nak berpolitik taraf longkang macam tu. Anda Mampu Mengubahnya.

Sesekali nak berkonvoi tak salah, tapi perlu ada masanya.

2013年4月20日 星期六

Masa Depan Rakyat Di Kota Bharu Bakal Berubah, Katakan Tidak Kepada TakiPas

Walaupun sebelum ini Datuk Takiyuddin Hassan terbukti gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau di Dun Bunut Payung, namun PRU 13 ini Pas mengangkat pula beliau bertanding di Parlimen Kota Bharu. Entah apa pencapaian Takiyuddin kita sendiri pun tidak tahu.

Kalaulah Takiyuddin menang di Parlimen Kota Bharu, apa yang beliau boleh berikan kepada rakyat disini, Islam ? Islam 'palo hotak' apa yang telah diberikan setelah Pas perintah Kelantan lebih 23 tahun ? Tiada pusat judi berlesen namun pusat judi haram tetap juga wujud, dan bagaimana pula dengan kesan sosial terhadap muda-mudi di sini hasil dari pentadbiran yang sering memaki hamun dan menyalahkan pihak lain itu? 

Apakah ia jauh lebih baik dari negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional setelah ianya diukur dari pelbagai aspek termasuk ekonomi dan kemajuan negeri tersebut. Bercakap saja Islam, tapi kelakuan jauh dari apa yang diajar oleh Islam, gaya dan kemewahan kehidupan pemimpin Pas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan Islam, Pemimpin Pas minta derma dengan rakyat kononnya derma jihad, sedangkan pada masa sama pemimpin Pas sedang bermewahan dan sebahagiannya bermaksiatan di hotel-hotel bertaraf lima bintang, dan apakah itu jihad,... atau jahat ?

Minta derma dengan rakyat, sedang pemimpin Pas hidup kaya raya, sepatutnya bila kita minta derma dengan orang, kita tidak seharusnya bermewah lebih daripada orang yang memberi derma, contohnya Takiyuddin, bila ia dipilih rakyat dan menjadi Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan selepas PRU12 lalu, terbukti ianya hanya makan gaji buta dan hidupnya senang linang, bandar Kota Bharu yang disebut bandaraya Islam begitu kotor dan tidak melambangkan apa yang dilabelkan.

Kalau nak ulas satu persatu memang banyak kegagalan, tapi kita perlu tanya apa yang dapat dibawa oleh pemimpin yang akan kita pilih itu jika kita memilih beliau menjadi pemimpin, jika Takiyuddin serta pemimpin Pas yang lain dikatakan berjuang Islam namun tak sanggup hidup secara sederhana dengan tinggal dirumah teres dan menggunakan kereta Proton Wira disebabkan ia mampu untuk mewah dan hidup lebih dari itu.

Jadi apa ke jahilnya kita nak berjuang Islam dengan memilih pemimpin Pas sebagai pemimpin tapi hidup kita cukup susah, tiada peluang pekerjaan, tidak ada tempat tinggal yang sempura dsbnya, sedangkan jika kita memilih berjuang Islam dibawah kerajaan yang adil, saksama dan yang paling penting JANJI DITEPATI iaitu Barisan Nasional yang mampu memberikan rumah rakyat, peluang pekerjaan yang banyak, dan kita juga mampu untuk mendapatkannya jadi kenapa kita harus menolak pemimpin BN ?

Makanya tidak ada sebab untuk kita tidak memilih BN, kerana dengan memilih Pas kita hanya akan  mendapat hampas, sebaliknya pemimpin Pas jua yang mendapat isi, dari segi itu tidak ada bedanya antara pemimpin Pas dan BN, cuma lebihnya kerajaan BN adalah apa yang mereka janji ia pasti ditepati, justeru nekadkanlah hati kita untuk memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada semua pemimpin BN yang kita kenalinya dan yakin ianya mampu serta layak untuk memikul amanah yang hendak kita berikan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月1日 星期一

Kelantan After Dark - Alasan Takiyuddin Umpama Dalang, Takkan Selesai Isu Pelacuran

Setiap kali isu pelacuran timbul setiap kali juga Exco Kerajaan Pas Kelantan akan memberi pelbagai alasan, namun sampai bilakah alasan itu relevan untuk merealisasikan apa yang disebut sebagai "Membangun Bersama Islam". Namun kita yakin Exco Pas tak berkemampuan untuk melaksanakan segala retorik yang dicanang dan Islam pula hanyalah dijadikan alat untuk kepentingan politik mereka.

Exco Pas yang berkaitan ni sebenarnya kurang cerdik tapi berlagak bijak, masalah kebersihan bandar pun gagal, semuanya gagal, YB Pas ni pemalas, makan gaji buta selain kuat membangkang dan bercakap kosong.

Memetik artikel Gk pada 2011 yang lalu mengenai gejala sosial dan pelacuran di Kelantan, atas dasar bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk berusaha "Membangun Bersama Islam", Gk cuba sedaya upaya berfikir cara bagaimana untuk mengatasi masalah sosial tersebut, namun Exco Pas ni tak reti nak fikir dan berusaha kerana mereka tak ikhlas dalam perjuangan mereka, mereka sekadar nak makan gaji buta disamping beristeri muda dua dan tiga.

Sebagai landasan dan dasar perjuangan yang PAS ingin tegakkan Membangun Bersama Islam dan menunjukkan seriusnya kerajaan PAS Kelantan dalam membanteras gejala maksiat antara caranya ialah memanggil semua YB dan semua EXCO kerajaan negeri dengan membuat satu sidang tergempar untuk mengusulkan penubuhan satu unit khas dalam membanteras maksiat yang berlaku ini.

Apa yang dimaksudkan adalah dengan mewujudkan satu skuad khas sebagai contoh Unit Pembanteras Khas (UPK). Unit ini digerakkan bilamana berlakunya kes maksiat atau sosial yang licik atau sukar untuk dibanteras oleh penguatkuasa yang sedia ada. Maka special unit seperti UPK akan bertindak dalam menyelesaikannya.

Didalam unit ini pula dipecahkan kepada dua bahagian yaitu Tinjau atau risik dan Tindak. Unit ini terdiri dari penjawat awam serta sukarelawan antaranya seperti MPKB-BRI, PDRM, MAIK ,Ore Gedebe atau Gangster , Skuad Johnson, Askar Wataniah 506, Unit Amal PAS , RELA , Exco , YB dan lain-lain badan yang berkaitan serta ianya diPengerusikan oleh YAB Menteri Besar atau DYMM Sultan Kelantan.

Gabungan diatas sudah tentu mampu untuk mengsifarkan masalah sosial ini dan bukannya asyik memberi alasan bodoh sepanjang masa. Jika cara penubuhan unit khas ini telah dilakukan maka bolehlah kalau kita nak kata PAS ni ikhlas untuk memperjuangkan Agama Allah. Ni terus nak pergi kepada perlaksanaan Hudud, Sampai bila ianya dapat dilaksanakan kalau PAS pun bertanding pun tak cukup kerusi untuk mentadbir negara, Ayuh saudaraku celiklah kita, Janganlah kita terus disesatkan dengan dakyah sesat PAS.
Beranikah PAS untuk mewujudkan Unit Khas seperti yang dimaksudkan itu. Jika ada halangan, apakah halangannya? Rakyat akan bangkit bersama untuk menuntut halangan itu supaya dihancurkan. Kita semua inginkan kebaikkan bukannya kejahatan. Perasaan benci kepada PAS telah membuak-buak kerana jelas memperdayakan rakyat menggunakan Islam.

Apa saja masalah dapat diselesaikan, isu kemiskinan, kebersihan, sosial remaja, Fitnah, Murtad dan segala penyakit umat ini mampu diatasi. Semua dikalangan kita ini pernah terfikir cara penyelesaiannya. Cuma siapalah kita untuk mengubah kerajaan dengan kata-kata. Maka kita ubahlah kerajaan dengan kuasa tangan kita untuk memangkah.

Politik PAS akan berkubur pada PRU13 ini dengan izin Allah Taala. Selagimana adanya PAS yang menggunakan Islam sebagai modal berpolitik, selagi itu Islam tidak dapat ditegakkan dengan sempurna didalam negara kita kerana kebencian melampau telah diterapkan oleh Pas kepada rakyat.

Apapun kita sebagai rakyat punyai matlamat dan tanggungjawab. Pada PRU13 kitalah akan mencorakkan masa depan Negara dan negeri Kelantan khasnya. Oleh itu fikirkanlah bagaimana sifat orang yang ikhlas lakukan jika benar ia mahu menegakkan agama Allah. Anda mampu mengubahnya....

2013年3月31日 星期日

Video - Pelacur Remaja Terbaru Di Kelantan

Negeri Kelantan hari ini semakin menjadi indah khabar dari rupa setelah diabaikan oleh kepimpinan Pas dalam semua aspek, kita rakyat Kelantan sentiasa dicandui dengan pelbagai retorik serta janji-janji kosong tanpa perlaksanaan sempurna sudah  lebih 23 tahun. Bo lah weiiii!

Sepatutnya negeri Kelantan yang unik dan dikatakan diterajui oleh Ularmak tidak harus wujud pusat-pusat sosial pelacuran seperti yang dipaparkan dalam rakaman ini. Sudah kita mundur dengan pembangunan, patutkah kita semakin maju dengan pelacuran. Bo lah weiiii!

Ketika ditemuabual oleh wartawan NST, salah seorang dari remaja berusia 19 tahun yang terlibat dengan aktiviti pelacuran yang berasal dari Tumpat mendakwa, kegiatan pelacuran itu dijalankan antaranya di Jalan Limau Manis dan Jalan Gajah Mati sebelum memasuki hotel dengan 'charge' dikenakan sebanyak RM100 sekali 'main'. Bo lah weiiii!

Pelbagai golongan yang datang melanggan pelacur remaja itu, yang muda sudah tentu namun yang tua nak mampus pun turut tak terkecuali termasuk kakitangan kerajaan, golongan muda yang datang melanggan pula dikatakan terlebih dahulu menelan pil kuda untuk mulakan aksi 'main', pengalaman nakal turut dikongsikan pelacur itu dengan Tok Aji Pas , pada mulanya pelacur berkenaan beranggapan Tok Aji itu ingin menangkapnya, namun tidak disangka-sangka Tok Aji kelarah Pas itu datang dengan tujuan melanggannya dengan extra bayaran sebanyak Rm300. Bo lah weiiii!

"Ado sekali tu ado orang alim mari, ingat ke nak igak, (tangkap) rupa-rupanya mari nak main jugak" hudus molek..kahkahkah..Bo lah weiiii!

Bagaimanapun kesimpulan dari cerita-cerita yang dikongsikan remaja itu ianya berpunca daripada masalah peluang pekerjaan yang terhad di Kelantan, atau dengan kata lain masalah 'pitis', pemimpin Pas hanya reti kutip 'pitis' tapi tak reti nak buat 'pitis kepada rakyat. Oleh itu bo lah weiiii!. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年3月27日 星期三

Jambatan Sultan Yahya Petra Retak Menanti Perasuah?

Adakah stadium di Terengganu dan jambatan di Cyberjaya yang runtuh itu tidak ada pemeriksa bebas ?, pihak kerajaan tidak seharusnya memandang enteng permasalahan yang melibatkan nyawa rakyat ini, sebaliknya menyiasat punca sebenar kepada masalah keretakan yang berlaku itu.

Bukan soal keretakan yang berlaku pada peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius, tapi soalnya kenapa punca keretakan itu berlaku ? Itu yang perlu dijawab sebenarnya. Apakah punca keretakkan yang berlaku itu disebabkan adanya penyelewengan, rasuah dsbnya ?

Keadaan yang berlaku ini menyebabkan rata-rata rakyat Kelantan kurang yakin dengan pembangunan yang hendak dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional, pembangunan yang bersifat 'jerangkap samar' seperti ini harus dihentikan dan diambil tindakan secara tegas sekaligus memperlihatkan komitmen kerajaan yang tidak sekali-kali akan bertolak ansur dengan sesuatu yang melibatkan soal keselamatan rakyat.

Dalam situasi politik hari ini, adakah wajar kerajaan berpeluk tubuh melindungi penyeleweng sekiranya benar ada berlaku penyelewengan. Harus diingat, rakyat punyai pilihan, Jangan sampai emosi rakyat berubah dengan memilih pembangkang menerajui kerajaan hanya semata-mata ingin melihat penyeleweng yang tidak memikirkan nyawa orang awam itu terhukum.

Ini kerana sukar bagi rakyat menerima kenyataan secara jujur akan pembinaan jambatan hanya sepanjang 800 meter itu dengan tempoh pembinaan selama 6 tahun tak siap-siap yang mengatasi tempoh masa pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Pulau Pinang. Membina memakan masa, meretak sekelip mata...

Kata orang, ada yang tidak kena dengan jambatan Sultan Yahya Petra itu, namun apa sebenarnya yang tidak kena ? Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah tidak wajar membisu dan kaku tanpa sebarang tindakan yang adil dan berhemah serta meyakinkan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Info am mengenai Jambatan Pulau Pinang.

Tempoh pembinaan - 3 tahun, dari tahun 1982 dan siap pada tahun 1985
Kos pembinaan -  RM 850 juta.
Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
Laluan: 6 Laluan
Tinggi menara dari aras air: 101.5
Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
Gantungan utama: 225 Meter
Gantungan hujung: 107.5 Meter
Gantungan lain: 40 Meter
Had laju: 80 km/j
Pencapaian -  Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.

2013年3月21日 星期四

Cubaan Exco Kerajaan Pas Kelantan Gagalkan Pembinaan Rumah Rakyat - Video

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyangkal dakwaan kononnya menghalang pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wakaf Mek Zainab sebagaimana anggapan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sehingga kini Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menerima apa-apa permohonan untuk diproses.

Takiyuddin berkata, sepatutnya sebelum sebarang pembangunan dibuat, pemaju atau kontraktor perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan untuk dinilai .

�Jadi setakat ini tidak ada apa-apa KM dipohon. Apa yang patut ada dalam KM ini ialah mengenai projek yang hendak dibuat itu seperti jumlah unitnya, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan sebagainya.

�Oleh itu saya ingin menyangkal tuduhan bahawa kerajaan negeri menghalang projek ini. Tidak timbul soal halang kerana tidak pernah buat permohonan. Kalau nak kata kita menghalang adalah sama ada tolak atau tidak luluskannya,� katanya kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

�Bagi memenuhi keperluan akta itu, yang disebut sebagai pihak berkuasa perancang dalam MPKB ini ialah MPKB-BRI. Jadi kita minta supaya pemaju perumahan tersebut mengemukakan permohonan barulah supaya kita boleh teliti, dan barulah kita boleh menentukan sama ada projek ini boleh diluluskan atau tidak,� katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang projek dari mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat bagaimanapun pemaju perlu memenuhi syarat-syaratnya sebelum kelulusannya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Mohd Fatmi yang menganggap kerajaan negeri sepatutnya menyokong perancangan pembinaan PPR dan bukannya bertindak menghalang atau menyusahkan dalam merealisasikan pembinaannya.

Begitulah jawapan daripada pemimpin pendatang berhubung dengan pembinaan rumah rakyat, jelas ia bertujuan untuk menyusahkan rakyat, andainya kerajaan pusat bermurah hati hendak membina bangunan untuk Pas di Kelantan, apakah proses sedemikian juga perlu dibuat oleh kerajaan pusat ?.

Sepatutnya kerajaan Kelantan yang perlu mohon dengan kerajaan pusat bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas rakyat Kelantan. Ini terbalik, orang yang hendak memberi perlu mohon kepada orang yang menerima.

Lagipun pembinaan rumah rakyat itu bukanya menguntungkan darisegi pembinaannya, malah kerajaan pusat bermurah hati untuk menjual rumah-rumah berkenaan pada suku harga yaitu RM35,000 daripada kos sebenar yaitu RM148,000.

Jika kerajaan Pas Kelantan benar-benar mengikut ajaran Islam, demi kepentingan rakyat, maka, soal permohonan dengan begitu karenah tidak akan ditimbulkan sama sekali, dan sekiranya Takiyuddin LAPAR sangat nak tengok plan, maka demi rakyat juga, pergilah minta dengan Fatmi atau agensi yang berkaitan bukannya menunjukkan ego seorang pemimpin yang langsung tidak berguna kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenyataan berbelit Takiyuddin sebelum ini klik disini

2013年3月19日 星期二

Video - Pas Menang Janji Ceramah, BN Menang Janji Rumah, Hok Mano Kito Nok Pakoh ?

Ketahuilah, tidak ada cara lain bagi kita rakyat Kelantan secara menyeluruh untuk memiliki rumah sendiri melainkan kita memilih sebuah kerajaan yang bertanggungjawab didalam memastikan segala kebajikan rakyat yang dijanjikan itu ditepati. 

Setakat hari ini belum ada lagi mana-mana kerajaan dalam negara ini selain kerajaan BARISAN NASIONAL yang tidak sampai sebulan berjanji sudahpun memulakan langkah-langkah awal dalam pembinaan 1000 buah rumah rakyat di Kampung Wakaf Mek Zainab Kota Bharu, pembinaan pangsapuri 24 tingkat yang mempunyai 3 biik tidur itu dijangka siap pada 2015 nanti.

Yang paling istimewa, pembinaan pangsapuri yang menelan kos sebanyak RM148,000 seunit itu akan dijual dengan harga RM35,000 sahaja, dengan harga yang begitu rendah ia sudah tentu mampu untuk dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan ia menjadi bukti kepada kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyatnya.

Pilih kerajaan tak bertanggungjawab tak selesailah masalah

Selesaikah masalah hanya dengan berceramah serta 'berangan janji', tentulah tidak, cakap niat saja nak bantu, 100 tahun pun takkan selesai, kemampuan kerajaan Pas Kelantan untuk mentadbir negeri  tidak boleh diharapkan setelah rakyat Kelantan memberi peluang selama lebih 23 tahun, dimana ianya terbukti kegagalan kerajaan Pas Kelantan yang bertemankan retorik semata-mata.

Sudahlah begitu, kerajaan Pas Kelantan sekali lagi bertindak zalim dengan menyekat pembangunan rumah rakyat yang hendak dibawa masuk oleh kerajaan pusat, banyak masalah yang tak sepatutnya ditimbulkan, namun kerajaan Pas Kelantan memanfaatkan masalah itu demi mengekalkan kedaifan rakyat hanya kerana kepentingan politik sempit yang diterajui Pas, dengan pengekalan kedaifan itu, maka pimpinan Pas lebih senang untuk memupuk sifat assobiyah dikalangan rakyat sekaligus mendakwa, kita rakyat Kelantan ni susah sebab kerajaan BN yang zalim sekat itu dan sekat ini.

Sampai bilakah rakyat Kelantan ingin terus bernaung dibawah penipuan kerajaan Pas Kelantan ?, berdosakah kiranya kita memberi SEKALI peluang cuma kepada kerajaan BN untuk mentadbir Kelantan ? Allah tidak akan mengubah nasib kita, jika kita sendiri yang tidak berusaha untuk mengubahnya.

Memang benar rezeki ada dimana-mana jika kita rajin berusaha, namun kita jangan fikir untuk mendapatkan emas jika kita melombong timah, bagaimana kita usaha sekalipun untuk mendapatkan emas dilombong bijih timah ianya tidak akan bermakna, jika ada ianya satu keajaiban dan bukannya kebanyakkan.

Justeru sudah tiba masanya untuk kita rakyat Kelantan melakukan perubahan demi masa depan kita dan generasi kita yang akan datang, usah dibimbang, masa depan generasi anak-anak wakil rakyat Pas semuanya sudah terjamin berbekalkan tanah-tanah yang telah sedia untuk diwariskan dari bapa-bapa mereka selaku wakil rakyat. Namun nasib dan masa depan kita bagaimana ??? Anda Mampu Mengubahnya.

 Kalau nak rumah pangkah BN, kalau nak ceramah pangkah bulan


Nik Aziz Tahu Ke Wanita Mengandung 8 Bulan Ni Dipenjara 8 Bulan Di Negeri Kerajaan Bulan

KOTA BHARU - Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah tahun lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Norhasliza Muhamad, 30, mengaku bersalah bagi kesemua tuduhan iaitu dua daripadanya memiliki pil kuda, satu tuduhan memiliki heroin, satu tuduhan lagi memiliki Nimetazepam dan satu tuduhan lain memiliki ganja.

Norhasliza dari Kampung Guchil, Jalan Bayam itu didakwa melakukan kesemua tuduhan terbabit pada 2 September tahun lalu jam 6.45 petang bersama tiga lelaki lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya di sebuah rumah di Jalan Pondok Pasir Tumboh, Kampung Machang, Limbat di sini.

Manakala, dua daripadanya iaitu Tuan Mohd Azharaf Tuan Jaafar, 27, dan Mohammad Nuriman Hafiz Roslan, 25, mengaku tidak bersalah manakala seorang lagi, Tuan Affendi Tuan Jaafar, 36 tidak hadir ke mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa memiliki pil kuda seberat 0.17 gram (g), kedua didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.12 g, ketiga pula secara bersama-sama didakwa miliki pil kuda seberat 0.19 g.

Seterusnya pertuduhan keempat pula didakwa memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 2.18 g manakala untuk pertuduhan kelima mereka didakwa memiliki Nimetazepam seberat 0.01 g.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) kecuali pertuduhan keempat didakwa mengikut Seksyen 6 ADB.

Seksyen 12(2) memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih lima tahun manakala Seksyen 6 memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Limbat dan menahan tiga lelaki bersama seorang wanita yang berada di ruang tamu rumah. Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah terbabit.

Ketika prosiding Norhasliza yang hadir tanpa peguam itu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadapnya.

Kemudiannya Nik Habri menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi kesemua pertuduhan dan diarahkan berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkapan.

�Saya mempertimbangkan anak kamu yang dalam kandungan, saya jatuhkan hukuman penjara lapan bulan sahaja kepada kamu. Saya harap kamu menyesal dan tidak buat lagi, Kalau selepas ini buat lagi tidak ada gunanya,� katanya.
Sama je apa yang berlaku dengan negeri yang ada disko, kedai judi dsbnya ni apa ke halnya? Takder pusat maksiat tu baguslah, tapi itu tak bermakna kerajaan negeri boleh mengabaikan tanggungjawab dalam membangunkan negeri dengan menarik pelabur datang melabur ke Kelantan sekaligus dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Apapun fikir-fikirkanlah, Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年3月16日 星期六

Husam Musa Tiada Kredibiliti, 3 Pembohongannya Terbongkar - Video


Pertama - Mengenai perumahan rakyat

Dakwaan Husam:
1.) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan apabila menjual hampir 70 peratus dari  1003 unit rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas kepada sebuah syarikat lain.

- Penjualan unit rumah tidak memerlukan kelulusan kerajaan negeri kerana projek dibina di atas tanah persendirian dan bukan di atas tanah kerajaan negeri. SPNB terpaksa menjual rumah itu kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan. Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit  yang berjaya dijual sehingga Disember 2010. 

Penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor selain membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB. Jumlah unit pembinaan pula ialah 905 unit sahaja.

2.) SPNB telah menjual hampir 70 peratus lot-lot rumah itu secara pukal kepada syarikat Panca Astaka yang ditubuhkan pada tahun 2010.

- Penjualan itu bukan secara pukal tetapi secara pembayaran individu dan bersyarat di mana pihak syarikat perlu mendapatkan kelulusan pindah milik daripada kerajaan negeri. 

3.) SPNB memperolehi peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan sepatutnya menjual rumah-rumah itu secara langsung. 

- SPNB tidak memperolehi peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebaliknya membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP).

4.) Syarikat Panca Astaka telah membuat pembelian  pada 1 Disember 2010 dengan terma yang begitu mudah iaitu pembayaran deposit sebanyak RM300  seunit.

- Pembayaran sebanyak RM 6.6 juta kepada SPNB sehingga kini iaitu bersamaan 13 peratus daripada harga jualan dimana secara purata penerimaan hasil jualan adalah RM10,000 seunit. 

Kedua - Mengenai durian runtuh kepada felda, percanggahan persepsi auta dengan Rafizi

1.) Husam kata Kerajaan sepatutnya bagi RM 38,000 setiap keluarga, Rafizi pula kata RM 50,000 sekeluarga.

2.) Husam kata kerajaan hanya membelanjakan RM 500 juta bukannya RM 2 Billion seperti yang di war-warkan dan mempertikaikan kemana perginya RM 1.5 Billion lagi ? Rafizi kata kerajaan membelanjakan RM 1.689 Billion dan mempertikaikan kemana perginya RM 3,942 Billion lagi.

Ketiga - Mengenai Mustapa Mohamad menang dengan undi tentera bukan undi rakyat

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logik faktanya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan yang diperolehi Mustapa? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, bukankah Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat.

Setelah melihat secara rambang tiga fakta dakwaan Husam itu cacar marba, apakah anda tidak dapat membayangkan kalau 100 perkara yang keluar daripada mulut Husam itu, makanya kesemua 100 perkara itu tidak boleh dipakai, kerana itu adalah hakikat sebenar Husam dan pemimpin Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

"Tak dok ko tuan loyar nok tulong ambo nok fail saman ko Husam kecep pelawok ni , sebab kes duk pelawok lagu ni lah rakyat Kelate tertipu dan sokong Pas, natijahnya kesengsaraan dan derita jua yang ditanggung rakyat".

Cis ! Menteri Dan Pengerusi SPNB Dedah Dalang Sebenar Pembinaan Rumah Rakyat Di Kelantan

PETALING JAYA - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron mencabar kerajaan Kelantan membina rumah sendiri jika tidak puas hati dengan agensi tersebut.

Menurutnya, SPNB sukar melaksanakan projek perumahan di Kelantan kerana tidak pernah mendapat kerjasama kerajaan negeri.

Berikutan itu, pembangunan SPNB di negeri Kelantan adalah menerusi pihak ketiga.

Malah, kata Idris pihaknya terpaksa menjual rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas, Kelantan kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan.

Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit yang berjaya dijual sehingga Disember 2010.

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata, penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor.

�Ia juga untuk meningkatkan prestasi penjualan projek serta membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB,� katanya.

Idris mengulas kenyataan exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendakwa SPNB menjual kira-kira 70 peratus unit rumah projek berkenaan kepada syarikat swasta iaitu Pasca Astaka Sdn. Bhd (PASB).

Sementara itu, masalah berkait pembinaan rumah rakyat ini turut didedahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, menurut beliau, program Perumahan Rakyat (PPR) yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan sukar untuk dilaksanakan di negeri ini disebabkan masalah tanah.

Beliau berkata skim tersebut akan dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan memberikan sumbangan iaitu tanah untuk pembinaan rumah di bawah program berkenaan.

Menurutnya, sumbangan itu amat penting bagi menjimatkan kos pembinaan rumah terbabit bagi memastikan ia mampu untuk dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

�Bagi skim PPR di negeri-negeri, lazimnya tanah disumbangkan oleh kerajaan negeri. Ada sesetengah negeri tidak ada tanah untuk dibangunkan perumahan PPR.

�Jika tidak ada tanah sukar untuk kita bina rumah kerana ia akan menambah kos pembangunan. Jadi, negeri yang ada tanah kita akan bina dahulu, itu keutamaan kita, bagaimanapun bermula tahun depan kita akan membeli tanah untuk membina perumahan ini kerana rumah ini sudah boleh dijual,� katanya.