2013年11月1日 星期五

Tiada Tawaran Berlakon, Almy Nadia Jual Karipap

Almy Nadia yang tidak segan silu untuk membantu ibunya menjual karipap di kampung halaman akibat ketiadaan tawaran lakonan. Sesetengah selebriti yang perasan super popular memang tak akan buat perkara sebegini. Kononnya menjatuhkan maruah dan reputasi mereka.


Tawaran berlakon memang sudah lama tidak ada jadi daripada saya duduk tanpa berbuat apa-apa adalah lebih baik saya lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mencari duit lebih seperti menjual karipap.

Alhamdulillah karipap yang dihasilkan bersama ibu iaitu inti kentang, ayam, daging dan sardin mendapat sambutan. Ada kalanya kami menerima tempahan dalam jumlah yang besar.

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sesiapa walaupun tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan sekurang-kurangnya rezeki menjual karipap itu halal.

Malah jika ada yang menjemput menghadiri acara hiburan dengan bayaran RM100 pun saya terima kerana itu adalah rezeki saya


Menurut Almy, kehadiran pelakon wanita baru dan ketidakpandaian dirinya melobi kepada penerbit merupakan salah satu punca ketiadaan tawaran lakonan. Kata Almy lagi:-

Perasaan rindu hendak berlakon itu memang ada tetapi nak buat macam mana tawaran memang tiada. Hendak meminta-minta saya segan kerana saya tidak pandai melobi penerbit.

Tambahan pula pelakon wanita baharu semakin ramai dan lebih menyerlah berbanding diri saya yang tidak seberapa ini.

沒有留言:

張貼留言