顯示具有 fatmi che salleh 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 fatmi che salleh 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年4月20日 星期六

Video - Rakyat Kota Bharu Dambakan Keperibadian Pemimpin Seperti Ini


KOTA BHARU - Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dinasihatkan supaya tidak malu untuk meraih sokongan undi daripada rakyat sekiranya mereka mempamerkan diri sebagai calon 'kelas pertama'.

Calon BN-Parlimen Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, calon dalam golongan itu juga adalah mereka yang mementingkan, mendahulukan dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Oleh itu, kalau kita minta orang untuk undi (maka) tidak perlu malu kerana kita telah pamerkan calon-calon yang 'first class' (kelas pertama).

"Kita (calon) nak beritahu rakyat, bukan suruh main-main untuk undi. Bukan suruh undi kerana kita nak naik gaji, (atau) masuk Barisan Nasional hendak jadi Exco, tetapi kerana kita ada visi, (dan) rancangan untuk orang Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat pada himpunan rakyat di Kota Bharu bersama Barisan Nasional (BN) di sini, Sabtu malam.

Turut hadir ialah tiga calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kota Baru iaitu Kanidy Omar (Tanjong Mas), Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Mohd Fakhrurazi Abdul Rami (Bunut Payung).

Fatmi yang juga Pengerusi BN Kota Bharu berkata, antara rancangan parti adalah membina rumah dan sekolah pondok moden, memberi peluang perniagaan, dan memastikan semua rakyat hidup selesa di Kota Bharu.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar calon-calon supaya bekerja kuat bersungguh-sungguh tanpa rasa takut atau segan dalam meraih sokongan pengundi.

"Kita tidak perlu malu minta undi kerana kita minta undi yang mulia. Kita minta undi untuk murnikan Kota Bharu.

"Kalau kita bekerja dengan keyakinan, keikhlasan (dan) kejujuran, Allah S.W.T akan memberi habuan kepada kita dan sudah tentu Allah akan memakbulkan nawaitu kita," katanya.

Ambo WAJIBkan diri ambo undi Datuk Fatmi calon BN Parlimen Kota Bharu, dan ambo ingin mengajak seluruh rakyat di Kota Bharu untuk mengundi Datuk Fatmi terutamanya golongan muda, ini kerana beliau merupakan pemimpin yang begitu pentingkan masa depan orang muda, dan misinya untuk membangunkan Kota Bharu dengan meletakkan kepentingan generasi muda sebagai asas perjuangan adalah disebabkan kebimbangan beliau terhadap masalah sosial yang melanda generasi itu semakin hari semakin membarah.

Jadi, kita sebagai rakyat yang bertangunggjawab perlu mewajibkan diri kita untuk memilih pemimpin seperti beliau dan ia selaras dengan apa yang dituntut didalam Islam, kerana kita perlu sedar akan retorik politik pihak tertentu yang mempergunakan Islam untuk mendapat sokongan sedangkan 23 tahun masa yang diberikan jelas terbukti dengan setiap kegagalan.

Kita hanya mampu merancang, tapi Allah jua yang menentukan, namun Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri, bertitik tolak diatas rasa kesedaran itu, maka, marilah kita bersama-sama nekadkan hati kita untuk melakukan perubahan dengan kita memberi peluang kepada calon BN ini, InsyaAllah dengan niat kita yang baik kita semua akan beroleh rahmat daripada Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

Masa Depan Rakyat Di Kota Bharu Bakal Berubah, Katakan Tidak Kepada TakiPas

Walaupun sebelum ini Datuk Takiyuddin Hassan terbukti gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau di Dun Bunut Payung, namun PRU 13 ini Pas mengangkat pula beliau bertanding di Parlimen Kota Bharu. Entah apa pencapaian Takiyuddin kita sendiri pun tidak tahu.

Kalaulah Takiyuddin menang di Parlimen Kota Bharu, apa yang beliau boleh berikan kepada rakyat disini, Islam ? Islam 'palo hotak' apa yang telah diberikan setelah Pas perintah Kelantan lebih 23 tahun ? Tiada pusat judi berlesen namun pusat judi haram tetap juga wujud, dan bagaimana pula dengan kesan sosial terhadap muda-mudi di sini hasil dari pentadbiran yang sering memaki hamun dan menyalahkan pihak lain itu? 

Apakah ia jauh lebih baik dari negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional setelah ianya diukur dari pelbagai aspek termasuk ekonomi dan kemajuan negeri tersebut. Bercakap saja Islam, tapi kelakuan jauh dari apa yang diajar oleh Islam, gaya dan kemewahan kehidupan pemimpin Pas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan Islam, Pemimpin Pas minta derma dengan rakyat kononnya derma jihad, sedangkan pada masa sama pemimpin Pas sedang bermewahan dan sebahagiannya bermaksiatan di hotel-hotel bertaraf lima bintang, dan apakah itu jihad,... atau jahat ?

Minta derma dengan rakyat, sedang pemimpin Pas hidup kaya raya, sepatutnya bila kita minta derma dengan orang, kita tidak seharusnya bermewah lebih daripada orang yang memberi derma, contohnya Takiyuddin, bila ia dipilih rakyat dan menjadi Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan selepas PRU12 lalu, terbukti ianya hanya makan gaji buta dan hidupnya senang linang, bandar Kota Bharu yang disebut bandaraya Islam begitu kotor dan tidak melambangkan apa yang dilabelkan.

Kalau nak ulas satu persatu memang banyak kegagalan, tapi kita perlu tanya apa yang dapat dibawa oleh pemimpin yang akan kita pilih itu jika kita memilih beliau menjadi pemimpin, jika Takiyuddin serta pemimpin Pas yang lain dikatakan berjuang Islam namun tak sanggup hidup secara sederhana dengan tinggal dirumah teres dan menggunakan kereta Proton Wira disebabkan ia mampu untuk mewah dan hidup lebih dari itu.

Jadi apa ke jahilnya kita nak berjuang Islam dengan memilih pemimpin Pas sebagai pemimpin tapi hidup kita cukup susah, tiada peluang pekerjaan, tidak ada tempat tinggal yang sempura dsbnya, sedangkan jika kita memilih berjuang Islam dibawah kerajaan yang adil, saksama dan yang paling penting JANJI DITEPATI iaitu Barisan Nasional yang mampu memberikan rumah rakyat, peluang pekerjaan yang banyak, dan kita juga mampu untuk mendapatkannya jadi kenapa kita harus menolak pemimpin BN ?

Makanya tidak ada sebab untuk kita tidak memilih BN, kerana dengan memilih Pas kita hanya akan  mendapat hampas, sebaliknya pemimpin Pas jua yang mendapat isi, dari segi itu tidak ada bedanya antara pemimpin Pas dan BN, cuma lebihnya kerajaan BN adalah apa yang mereka janji ia pasti ditepati, justeru nekadkanlah hati kita untuk memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada semua pemimpin BN yang kita kenalinya dan yakin ianya mampu serta layak untuk memikul amanah yang hendak kita berikan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年3月21日 星期四

Cubaan Exco Kerajaan Pas Kelantan Gagalkan Pembinaan Rumah Rakyat - Video

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyangkal dakwaan kononnya menghalang pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wakaf Mek Zainab sebagaimana anggapan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sehingga kini Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menerima apa-apa permohonan untuk diproses.

Takiyuddin berkata, sepatutnya sebelum sebarang pembangunan dibuat, pemaju atau kontraktor perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan untuk dinilai .

�Jadi setakat ini tidak ada apa-apa KM dipohon. Apa yang patut ada dalam KM ini ialah mengenai projek yang hendak dibuat itu seperti jumlah unitnya, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan sebagainya.

�Oleh itu saya ingin menyangkal tuduhan bahawa kerajaan negeri menghalang projek ini. Tidak timbul soal halang kerana tidak pernah buat permohonan. Kalau nak kata kita menghalang adalah sama ada tolak atau tidak luluskannya,� katanya kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

�Bagi memenuhi keperluan akta itu, yang disebut sebagai pihak berkuasa perancang dalam MPKB ini ialah MPKB-BRI. Jadi kita minta supaya pemaju perumahan tersebut mengemukakan permohonan barulah supaya kita boleh teliti, dan barulah kita boleh menentukan sama ada projek ini boleh diluluskan atau tidak,� katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang projek dari mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat bagaimanapun pemaju perlu memenuhi syarat-syaratnya sebelum kelulusannya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Mohd Fatmi yang menganggap kerajaan negeri sepatutnya menyokong perancangan pembinaan PPR dan bukannya bertindak menghalang atau menyusahkan dalam merealisasikan pembinaannya.

Begitulah jawapan daripada pemimpin pendatang berhubung dengan pembinaan rumah rakyat, jelas ia bertujuan untuk menyusahkan rakyat, andainya kerajaan pusat bermurah hati hendak membina bangunan untuk Pas di Kelantan, apakah proses sedemikian juga perlu dibuat oleh kerajaan pusat ?.

Sepatutnya kerajaan Kelantan yang perlu mohon dengan kerajaan pusat bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas rakyat Kelantan. Ini terbalik, orang yang hendak memberi perlu mohon kepada orang yang menerima.

Lagipun pembinaan rumah rakyat itu bukanya menguntungkan darisegi pembinaannya, malah kerajaan pusat bermurah hati untuk menjual rumah-rumah berkenaan pada suku harga yaitu RM35,000 daripada kos sebenar yaitu RM148,000.

Jika kerajaan Pas Kelantan benar-benar mengikut ajaran Islam, demi kepentingan rakyat, maka, soal permohonan dengan begitu karenah tidak akan ditimbulkan sama sekali, dan sekiranya Takiyuddin LAPAR sangat nak tengok plan, maka demi rakyat juga, pergilah minta dengan Fatmi atau agensi yang berkaitan bukannya menunjukkan ego seorang pemimpin yang langsung tidak berguna kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenyataan berbelit Takiyuddin sebelum ini klik disini

2013年3月19日 星期二

Video - Pas Menang Janji Ceramah, BN Menang Janji Rumah, Hok Mano Kito Nok Pakoh ?

Ketahuilah, tidak ada cara lain bagi kita rakyat Kelantan secara menyeluruh untuk memiliki rumah sendiri melainkan kita memilih sebuah kerajaan yang bertanggungjawab didalam memastikan segala kebajikan rakyat yang dijanjikan itu ditepati. 

Setakat hari ini belum ada lagi mana-mana kerajaan dalam negara ini selain kerajaan BARISAN NASIONAL yang tidak sampai sebulan berjanji sudahpun memulakan langkah-langkah awal dalam pembinaan 1000 buah rumah rakyat di Kampung Wakaf Mek Zainab Kota Bharu, pembinaan pangsapuri 24 tingkat yang mempunyai 3 biik tidur itu dijangka siap pada 2015 nanti.

Yang paling istimewa, pembinaan pangsapuri yang menelan kos sebanyak RM148,000 seunit itu akan dijual dengan harga RM35,000 sahaja, dengan harga yang begitu rendah ia sudah tentu mampu untuk dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan ia menjadi bukti kepada kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyatnya.

Pilih kerajaan tak bertanggungjawab tak selesailah masalah

Selesaikah masalah hanya dengan berceramah serta 'berangan janji', tentulah tidak, cakap niat saja nak bantu, 100 tahun pun takkan selesai, kemampuan kerajaan Pas Kelantan untuk mentadbir negeri  tidak boleh diharapkan setelah rakyat Kelantan memberi peluang selama lebih 23 tahun, dimana ianya terbukti kegagalan kerajaan Pas Kelantan yang bertemankan retorik semata-mata.

Sudahlah begitu, kerajaan Pas Kelantan sekali lagi bertindak zalim dengan menyekat pembangunan rumah rakyat yang hendak dibawa masuk oleh kerajaan pusat, banyak masalah yang tak sepatutnya ditimbulkan, namun kerajaan Pas Kelantan memanfaatkan masalah itu demi mengekalkan kedaifan rakyat hanya kerana kepentingan politik sempit yang diterajui Pas, dengan pengekalan kedaifan itu, maka pimpinan Pas lebih senang untuk memupuk sifat assobiyah dikalangan rakyat sekaligus mendakwa, kita rakyat Kelantan ni susah sebab kerajaan BN yang zalim sekat itu dan sekat ini.

Sampai bilakah rakyat Kelantan ingin terus bernaung dibawah penipuan kerajaan Pas Kelantan ?, berdosakah kiranya kita memberi SEKALI peluang cuma kepada kerajaan BN untuk mentadbir Kelantan ? Allah tidak akan mengubah nasib kita, jika kita sendiri yang tidak berusaha untuk mengubahnya.

Memang benar rezeki ada dimana-mana jika kita rajin berusaha, namun kita jangan fikir untuk mendapatkan emas jika kita melombong timah, bagaimana kita usaha sekalipun untuk mendapatkan emas dilombong bijih timah ianya tidak akan bermakna, jika ada ianya satu keajaiban dan bukannya kebanyakkan.

Justeru sudah tiba masanya untuk kita rakyat Kelantan melakukan perubahan demi masa depan kita dan generasi kita yang akan datang, usah dibimbang, masa depan generasi anak-anak wakil rakyat Pas semuanya sudah terjamin berbekalkan tanah-tanah yang telah sedia untuk diwariskan dari bapa-bapa mereka selaku wakil rakyat. Namun nasib dan masa depan kita bagaimana ??? Anda Mampu Mengubahnya.

 Kalau nak rumah pangkah BN, kalau nak ceramah pangkah bulan