2013年4月20日 星期六

Video - Rakyat Kota Bharu Dambakan Keperibadian Pemimpin Seperti Ini


KOTA BHARU - Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dinasihatkan supaya tidak malu untuk meraih sokongan undi daripada rakyat sekiranya mereka mempamerkan diri sebagai calon 'kelas pertama'.

Calon BN-Parlimen Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, calon dalam golongan itu juga adalah mereka yang mementingkan, mendahulukan dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Oleh itu, kalau kita minta orang untuk undi (maka) tidak perlu malu kerana kita telah pamerkan calon-calon yang 'first class' (kelas pertama).

"Kita (calon) nak beritahu rakyat, bukan suruh main-main untuk undi. Bukan suruh undi kerana kita nak naik gaji, (atau) masuk Barisan Nasional hendak jadi Exco, tetapi kerana kita ada visi, (dan) rancangan untuk orang Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat pada himpunan rakyat di Kota Bharu bersama Barisan Nasional (BN) di sini, Sabtu malam.

Turut hadir ialah tiga calon BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kota Baru iaitu Kanidy Omar (Tanjong Mas), Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Mohd Fakhrurazi Abdul Rami (Bunut Payung).

Fatmi yang juga Pengerusi BN Kota Bharu berkata, antara rancangan parti adalah membina rumah dan sekolah pondok moden, memberi peluang perniagaan, dan memastikan semua rakyat hidup selesa di Kota Bharu.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar calon-calon supaya bekerja kuat bersungguh-sungguh tanpa rasa takut atau segan dalam meraih sokongan pengundi.

"Kita tidak perlu malu minta undi kerana kita minta undi yang mulia. Kita minta undi untuk murnikan Kota Bharu.

"Kalau kita bekerja dengan keyakinan, keikhlasan (dan) kejujuran, Allah S.W.T akan memberi habuan kepada kita dan sudah tentu Allah akan memakbulkan nawaitu kita," katanya.

Ambo WAJIBkan diri ambo undi Datuk Fatmi calon BN Parlimen Kota Bharu, dan ambo ingin mengajak seluruh rakyat di Kota Bharu untuk mengundi Datuk Fatmi terutamanya golongan muda, ini kerana beliau merupakan pemimpin yang begitu pentingkan masa depan orang muda, dan misinya untuk membangunkan Kota Bharu dengan meletakkan kepentingan generasi muda sebagai asas perjuangan adalah disebabkan kebimbangan beliau terhadap masalah sosial yang melanda generasi itu semakin hari semakin membarah.

Jadi, kita sebagai rakyat yang bertangunggjawab perlu mewajibkan diri kita untuk memilih pemimpin seperti beliau dan ia selaras dengan apa yang dituntut didalam Islam, kerana kita perlu sedar akan retorik politik pihak tertentu yang mempergunakan Islam untuk mendapat sokongan sedangkan 23 tahun masa yang diberikan jelas terbukti dengan setiap kegagalan.

Kita hanya mampu merancang, tapi Allah jua yang menentukan, namun Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri, bertitik tolak diatas rasa kesedaran itu, maka, marilah kita bersama-sama nekadkan hati kita untuk melakukan perubahan dengan kita memberi peluang kepada calon BN ini, InsyaAllah dengan niat kita yang baik kita semua akan beroleh rahmat daripada Allah Taala. Anda Mampu Mengubahnya.

沒有留言:

張貼留言