2013年4月26日 星期五

Video - Lihat! Rumah Banglo Adun Pas Kelantan Dan Menantu Nik Aziz, Rampasan Tanah Rakyat

Sayu terasa dihati bilamana melihat kemewahan yang diangkuhkan oleh pemimpin Pas dalam perilaku penindasan mereka terhadap rakyat Kelantan, mereka mencandui rakyat dengan Islam, pada masa sama mereka merampas tanah-tanah Tuhan yang berpuluh tahun sudah diterokai oleh rakyat.

Diatas nama ehsan dengan memberi keadilan didalam Islam, biarpun rakyat tidak punyai geran apakah berdosa besar untuk memberikan tanah-tanah yang sudah lama diusahakan oleh rakyat itu, dikatakan tanah kerajaan !!! Siapa kerajaan ? Wujudkah kerajaan tanpa rakyat ? dimana hak mereka sebagai rakyat pribumi Kelantan ? sedangkan cina-cina luar diberi hak bermaharajalela di bumi ini.

Dari mana hasil kekayaan pimpinan Pas Kelantan serta kroni termasuk anak dan menantu mereka, cuba kita bertenang dan renung sejenak, sebagai pemimpin yang kononnya berkerajaan untuk menegakkan Islam sehingga mengkafirkan orang-orang Umno serta mendakwa amalan orang Umno termasuk solat tidak mendapat pahala,berbaloikah tuduhan itu dengan apa yang pimpinan Pas sedang amalkan.

Kalaulah kita nak persoalkan tentang amal, dasar dan perbuatan realiti antara Pas dan Umno ianya terlalu panjang, dan tidak cukup dengan penulisan tanpa perbahasan, namun disini apa yang nak dipertikaikan adalah tentang gaya hidup pemimpin Islam yang perjuangannya sehingga mengkafirkan orang lain.

Anda dapat lihat didalam rakaman dibawah dimana rumah Adun Pas Kota Lama tersergam indah dibalik halaman yang luas, dalam kemunduran mentadbir negeri dan terdapat ramainya rakyat yang miskin, sebagai pejuang Islam ia agak tidak wajar untuk mendiami rumah sebesar itu, tidak cukupkah jika mendiami rumah banglo sederhana dan berkereta sederhana yang bersesuaian dengan zuhud seorang pejuang Islam ?

Melihat kepada kekayaan YB yang jika menyokong partinya dikatakan mendapat pahala serta syurga, Kekayaan YB itu tidak sepadan dengan elaun yang diperolehinya yaitu setara dengan gaji guru gred DG 54, kerana guru-guru gred DG54 dilihat tidak mampu untuk memiliki kekayaan seperti YB Pas walaupun gaji mereka setara dengan elaun YB Pas. Persoalannya kenapa dan mengapa serta bagaimana YB Pas memiliki kekayaan seperti yang dimiliki itu ?

Apakah ianya ada kaitan dengan pembotakkan hutan dan penarahan balak di Ulu Kelantan ? Seterusnya kekayaan yang dimiliki oleh menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas menantunya meletakkan jawatan sebagai CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), kehidupannya maintain bahkan mampu untuk menyambung rumah yang sedia besar itu.

Ia berbeza dengan apa yang berlaku kepada mereka yang meletakkan jawatan dan bukan menantu kepada MB, kebiasaannya mereka yang meletak jawatan disebabkan skandal akan mengalami masalah kewangan, namun menantu MB ni nampaknya tidak ada apa-apa masalah, aneh bukan ? Mungkin disebabkan keanehan inilah yang buatkan pemimpin kerajaan Pas Kelantan takut untuk mengistiharkan harta mereka kepada umum.

Bagaimanapun pembongkaran ini tidak terhenti disitu, Gk bersama team KCW blogger Tukar-Kelate sudahpun berjaya merakamkan rumah-rumah YB Pas dan sedang mendapatkan pengesahan mengenai pemilikkan aset-aset tersebut untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Kelantan yang selama ini menyangka pemimpin Pas adalah zuhud. Zuhud ke ? cehh pelawok hangit!!! Anda Mampu Mengubahnya.
'Semua kaki songlap memang menyusahkan, wajar dibongkar !!!'

沒有留言:

張貼留言