2013年4月20日 星期六

Masa Depan Rakyat Di Kota Bharu Bakal Berubah, Katakan Tidak Kepada TakiPas

Walaupun sebelum ini Datuk Takiyuddin Hassan terbukti gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau di Dun Bunut Payung, namun PRU 13 ini Pas mengangkat pula beliau bertanding di Parlimen Kota Bharu. Entah apa pencapaian Takiyuddin kita sendiri pun tidak tahu.

Kalaulah Takiyuddin menang di Parlimen Kota Bharu, apa yang beliau boleh berikan kepada rakyat disini, Islam ? Islam 'palo hotak' apa yang telah diberikan setelah Pas perintah Kelantan lebih 23 tahun ? Tiada pusat judi berlesen namun pusat judi haram tetap juga wujud, dan bagaimana pula dengan kesan sosial terhadap muda-mudi di sini hasil dari pentadbiran yang sering memaki hamun dan menyalahkan pihak lain itu? 

Apakah ia jauh lebih baik dari negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional setelah ianya diukur dari pelbagai aspek termasuk ekonomi dan kemajuan negeri tersebut. Bercakap saja Islam, tapi kelakuan jauh dari apa yang diajar oleh Islam, gaya dan kemewahan kehidupan pemimpin Pas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan Islam, Pemimpin Pas minta derma dengan rakyat kononnya derma jihad, sedangkan pada masa sama pemimpin Pas sedang bermewahan dan sebahagiannya bermaksiatan di hotel-hotel bertaraf lima bintang, dan apakah itu jihad,... atau jahat ?

Minta derma dengan rakyat, sedang pemimpin Pas hidup kaya raya, sepatutnya bila kita minta derma dengan orang, kita tidak seharusnya bermewah lebih daripada orang yang memberi derma, contohnya Takiyuddin, bila ia dipilih rakyat dan menjadi Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan selepas PRU12 lalu, terbukti ianya hanya makan gaji buta dan hidupnya senang linang, bandar Kota Bharu yang disebut bandaraya Islam begitu kotor dan tidak melambangkan apa yang dilabelkan.

Kalau nak ulas satu persatu memang banyak kegagalan, tapi kita perlu tanya apa yang dapat dibawa oleh pemimpin yang akan kita pilih itu jika kita memilih beliau menjadi pemimpin, jika Takiyuddin serta pemimpin Pas yang lain dikatakan berjuang Islam namun tak sanggup hidup secara sederhana dengan tinggal dirumah teres dan menggunakan kereta Proton Wira disebabkan ia mampu untuk mewah dan hidup lebih dari itu.

Jadi apa ke jahilnya kita nak berjuang Islam dengan memilih pemimpin Pas sebagai pemimpin tapi hidup kita cukup susah, tiada peluang pekerjaan, tidak ada tempat tinggal yang sempura dsbnya, sedangkan jika kita memilih berjuang Islam dibawah kerajaan yang adil, saksama dan yang paling penting JANJI DITEPATI iaitu Barisan Nasional yang mampu memberikan rumah rakyat, peluang pekerjaan yang banyak, dan kita juga mampu untuk mendapatkannya jadi kenapa kita harus menolak pemimpin BN ?

Makanya tidak ada sebab untuk kita tidak memilih BN, kerana dengan memilih Pas kita hanya akan  mendapat hampas, sebaliknya pemimpin Pas jua yang mendapat isi, dari segi itu tidak ada bedanya antara pemimpin Pas dan BN, cuma lebihnya kerajaan BN adalah apa yang mereka janji ia pasti ditepati, justeru nekadkanlah hati kita untuk memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada semua pemimpin BN yang kita kenalinya dan yakin ianya mampu serta layak untuk memikul amanah yang hendak kita berikan. Anda Mampu Mengubahnya.

沒有留言:

張貼留言