Adakah stadium di Terengganu dan jambatan di Cyberjaya yang runtuh itu tidak ada pemeriksa bebas ?, pihak kerajaan tidak seharusnya memandang enteng permasalahan yang melibatkan nyawa rakyat ini, sebaliknya menyiasat punca sebenar kepada masalah keretakan yang berlaku itu.
Bukan soal keretakan yang berlaku pada peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius, tapi soalnya kenapa punca keretakan itu berlaku ? Itu yang perlu dijawab sebenarnya. Apakah punca keretakkan yang berlaku itu disebabkan adanya penyelewengan, rasuah dsbnya ?
Keadaan yang berlaku ini menyebabkan rata-rata rakyat Kelantan kurang yakin dengan pembangunan yang hendak dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional, pembangunan yang bersifat 'jerangkap samar' seperti ini harus dihentikan dan diambil tindakan secara tegas sekaligus memperlihatkan komitmen kerajaan yang tidak sekali-kali akan bertolak ansur dengan sesuatu yang melibatkan soal keselamatan rakyat.
Dalam situasi politik hari ini, adakah wajar kerajaan berpeluk tubuh melindungi penyeleweng sekiranya benar ada berlaku penyelewengan. Harus diingat, rakyat punyai pilihan, Jangan sampai emosi rakyat berubah dengan memilih pembangkang menerajui kerajaan hanya semata-mata ingin melihat penyeleweng yang tidak memikirkan nyawa orang awam itu terhukum.
Ini kerana sukar bagi rakyat menerima kenyataan secara jujur akan pembinaan jambatan hanya sepanjang 800 meter itu dengan tempoh pembinaan selama 6 tahun tak siap-siap yang mengatasi tempoh masa pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Pulau Pinang. Membina memakan masa, meretak sekelip mata...
Kata orang, ada yang tidak kena dengan jambatan Sultan Yahya Petra itu, namun apa sebenarnya yang tidak kena ? Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah tidak wajar membisu dan kaku tanpa sebarang tindakan yang adil dan berhemah serta meyakinkan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Tempoh pembinaan - 3 tahun, dari tahun 1982 dan siap pada tahun 1985
Kos pembinaan - RM 850 juta.
Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
Laluan: 6 Laluan
Tinggi menara dari aras air: 101.5
Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
Gantungan utama: 225 Meter
Gantungan hujung: 107.5 Meter
Gantungan lain: 40 Meter
Had laju: 80 km/j
Pencapaian - Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.
沒有留言:
張貼留言