2013年3月31日 星期日

COOL : Kafe Di Taman Botani Yang Indah Di Iceland

Kafe yang terletak di sebuah taman botani di Akureyri, Iceland ini direka oleh sebuah firma senibina, Kollgata Arkitektur. Antara ciri menarik yang terdapat pada kafe ini ialah rekabentuk tingkapnya yang menyerupai sebatang pokok. Kafe ini dibina khas untuk meraikan ulang tahun ke-150 pekan Akureyri dan juga ulang tahun ke-100 taman botani tersebut, di mana ianya telah dirancang oleh majlis perbandaran Akureyri sendiri.

Objektif utamanya adalah untuk membina sebuah bangunan yang dapat melambangkan suasana dan semangat taman botani tersebut. Oleh itu, untuk menampilkan ciri-ciri tempatan dan warisan tapak tersebut, perabot-perabot yang disediakan adalah perabot lama keluaran tahun 50an dan 60an dahulu. Bukan itu sahaja, perabot tersebut juga adalah merupakan hasil kraf dari pengukir dan pereka tempatan yang berasal dari pekan Akureyri sendiri, yang kebanyakannya diderma oleh warga dan syarikat-syarikat tempatan.













Sumber dari Contemporist

沒有留言:

張貼留言