顯示具有 husam 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 husam 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年10月17日 星期四

Video - Husam Setuju 'Pimpinan Ulamak Tak Relevan Dalam Politik, Hanya Retorik'

Samada persoalan yang diutarakan cinabeng itu sudah dirancang oleh pimpinan tertentu Pas atau sebaliknya, itu tidak penting, apa yang jelas ialah umat Islam berideologi Pas ini begitu mudah dilaga dan diperbodohkan sehingga bertepuk tangan sakan bilamana si budak 'kulup' mempersendakan dua orang Ulamak mereka yaitu Harun Taib dan Harun Din, tambah mengjengkelkan, Husam dan Dzulkifli sendiri turut ketawa besar menyambut baik apa yang diperkatakan oleh cinabeng tersebut.

Bukankah betapa cacar-marbanya Pas apabila dasar parti serta teras kepimpinan Ulamak, hanya menjadi bahan sindiran budak yang belum bersunat, secara terbuka dihadapan Naib Presiden dan AJK Pas pusat, budak berkenaan dengan selamber mempertikaikan tindak tanduk pimpinan Pas serta menganggap kepimpinan Ulamak didalam Pas hanya retorik semata-mata, dimana maruah Pas ?

Dalam bahasa kasarnya, perlukah Pas menjadi kafir hanya untuk mendapat undi daripada orang-orang kafir ? Inilah rosaknya 'Pas for all', sanggup menjual apa sahaja asalkan dapat berkuasa, tak cukup bersekongkol dengan DAP, ingin dilacurkan pula dasar perjuangannya yang mempergunakan nama ISLAM. ( elok dikaji semula penggunaan nama Parti Islam SeMalaysia, merosakkan!!!.)

Orang-orang Pas harus sedar, yang mana patut didahulukan dan yang mana harus dikemudiankan, jangan hanya kerana orang bukan Islam memanggil dengan nama panggilan 'Tok Guru' atau 'Ustaz', anda merasa bangga sehingga bangang tidak terkata. 

Bayangkan, kalau 'budak kulup' ni pun boleh pertikai sendakan Pas, mahu Karpal Singh tak berani nak kata kalau nak buat undang-undang Islam "Langkah mayat saya dulu"? Anda Mampu Mengubahnya.

Sekarang diketengahkan pula dengan retorik samada kepimpinan Ulamak ataupun tidak. Orang non muslim akan keliru, apakah relevannya kepimpinan ulamak dengan sesebuah parti politik yang mahu memerintah negara kita ?.

2013年6月14日 星期五

Video - Husam Fatwa Mati Syahid Di Himpunan Blackout 22 Jun Ini

Rejected Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa Al-Jamnapari dilaporkan telah dilantik menjadi Mufti 'Blackout 505' tajaan Anwar Ibrahim dan Ambiga bersama Yahudi, sejurus lantikkan dibuat Husam telah mengeluarkan fatwa 'WAJIB menentang' kerajaan semata-mata mendakwa kerajaan menipu pada PRU13 yang lalu biarpun tanpa sebarang bukti dan melalui proses perundangan yang ada.

Mufti 'Blackout' mendakwa, hasil dari beliau 'baca buku-buku', maka beliau mengistiharkan fatwa penentangan yang dilakukan mereka adalah satu jihad, dan sekiranya ada antara peserta demontrasi terkorban dalam himpunan 'Blackout' itu ianya dikira sebagai mati syahid. 

Bagaimanapun pada masa sama Husam turut memberi amaran kepada ulamak-ulamak didalam Pas yang enggan bersama sekaligus tidak menyokong himpunan itu supaya diam dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang disifatkan sebagai 'pelik-pelik' yang mungkin boleh menggangu perancangan beliau dan Anwar.

"Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa sebenarnya maksud tersirat Husam? Selain berfatwa sesat kononnya syahid, mungkin syahid kepala kambing. Apakah beliau dan Anwar mempunyai perancangan untuk mengorbankan seorang anak muda? Husam dari awal lagi sudah mengumumkan dengan andaikata  "satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa yang hendak dilakukan pada perhimpunan 22hb itu nanti? Kerana beliau seolah-olah sudah menjangkakan polis akan bertindak kasar dan diatas tindakan kasar itu, beliau mengandaikan ada satu antara mereka yang akan terkorban, kemudian korban itu dikira sebagai syahid.

Jadi, oleh kerana Husam berandaikata, apa kata kita juga membuat andaikata, sekurang-kurangnya pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam berhadapan dengan situasi diluar jangkaan manusia rakus yang meroyan nak jadi Perdana Menteri dan akan sanggup membuat apa saja.

Andaikata beberapa anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal himpunan yang akan diadakan itu nanti, ia diupah supaya memukul peserta demonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kononnya syahid, ini bertujuan dengan mengharapkan satu kebangkitan rakyat bagi menuntut bela diatas kezaliman pihak polis yang menyebabkan kematian tersebut.

Ketika itu peluang untuk mereka menyalahkan kerajaan sangat cerah, sekaligus berpeluang untuk menggulingkan kerajaan diatas kebangkitan dan kemarahan rakyat mengenai perkara itu. Apapun semua pihak perlu berhati-hati, mereka terlalu teruja untuk mengadakan perhimpunan ini, mesti ada motifnya, dan dikemuncak kerakusan Anwar nak jadi PM, sukar untuk percaya beliau akan tunggu sehingga PRU14 nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月12日 星期日

TMB Kelantan Dah Mula Angkuh: Tidak Ada Nik Aziz Pun Pas Boleh Bertahan - Video

TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

�Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam. katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

Ibarat tanah kubur masih merah, namun Nik Amar sudah angkuh berbicara, patutnya saat-saat begini hanya ucapan-ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Nik Aziz sahaja yang perlu keluar dari mulutnya dan bukan menafikan sumbangan serta kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Mengapa begitu cepat Nik Amar mengzahirkan perasaan itu kepada kewujudan Nik Aziz didalam Pas, ? benarkah tanpa batang tubuh Nik Aziz Pas mampu untuk bertahan di Kelantan ? Begitu rendah sekali tahap Nik Aziz diletakkan oleh Nik Amar, umpama baik ada dari tiada adalah menunjukkan kewujudan Nik Aziz tidak begitu penting kepada Pas, dan jika itulah balasan dari pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam terhadap jasa-jasa bekas ketuanya, apalah ada pada seorang rakyat biasa.

"Sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu", kenyataan penyedap sebegitu sungguh pedih bagi penyokong Pas dan seolah-olah menafikan air mata Nik Aziz yang digantung dimerata-rata tempat, tiada gunalah Nik Aziz mempamerkan zuhudnya kepada umum dengan menjilat pinggan dsbnya selama ini.

Ada baiknya jika Nik Amar tidak bersifat angkuh sekaligus mengakui sepenuhnya akan kekuatan Nik Aziz kepada Pas, kemudian merendah diri dengan mengajak semua penyokong Pas untuk bersama-sama membantu menyambung perjuangan Nik Aziz jika mereka sayangkan Nik Aziz. Kerana Pas sudah terlalu sukar untuk mencari pemimpin seperti Nik Aziz, ketiadaan Nik Aziz umpama Pas kehilangan permata yang paling berharga yang tidak ada nilainya kerana sudah nyanyuk, kahkahkah.

Penyokong-penyokong Pas harus mengajar Nik Amar supaya beliau tahu langit ini tinggi mahupun rendah, menafikan hakikat seorang tokoh agung Pas merupakan satu penghinaan yang amat dasyat kepada seluruh penyokong Pas yang memberi maksud pemimpin yang diagungkan selama ini tidaklah indah sebagaimana khabarnya.

Penyokong Pas juga harus celik dan sedar apa yang berlaku didalam Pas itu sendiri, antaranya dengan melihat permainan Husam menjatuhkan Nik Aziz sebelum ini telah mendapat ganjaran apabila namanya tidak termasuk dalam senarai barisan Exco yang dipegangnya selama 3 penggal, kalau hanya nak mengharapkan yang terang bersuluh dan tak reti menterjemah akan yang kabur, butalah selamanya.

Begitulah apa yang dapat disaksikan dalam klipvideo dibawah, tanpa meminta izin, Husam menjadikan Nik Aziz sebagai tunggul, sikap sengaja tidak beradab Husam begitu disenangi oleh Nik Amar, perhatikan riak wajah Nik Amar, adakah Nik Amar khusyuk mendengar penjelasan Husam ataupun Nik Amar sedang mengelamun kerana peluangnya untuk jadi MB semakin cerah. Kahkahkah. Anda Mampu mengubahnya.

Kalau Nik Aziz masih MB, agaknya berani tak Nik Amar nak cakap seperti itu

2013年5月6日 星期一

Ahmad Yaakob MB Kelantan, Nik Amar Timbalan, Husam Tak Tersenarai Dalam Exco, Harakah Memboikot

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.

Antara nama baru yang juga ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, Adun Bunut Payong,  Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Namun agak memeranjatkan apabila Harakah selaku lidah rasmi Pas tidak membuat liputan akan peralihan jawatan orang terpenting ini, sedangkan semalam Nik Aziz yang sedang tidur pun turut diberitakan oleh Harakah dalam usaha merendahkan kemampuan Nik Aziz.

Apa makna semuanya ini, siapa yang kuasai Harakah ? adakah timbulnya isu tidak puashati dikalangan pemimpin Pas Kelantan khasnya Datuk Husam Musa, kerana nama Husam selaku orang paling kuat merancang dan berjanji tidak tersenarai dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Habislah macam ni! bagaimana dengan lebuhraya rakyat, nanti Husam merajuk tak nak sambungkan janjinya itu susahlah, apapun sebelum Husam nak merajuk tu pastikan duit derma tabung lebuhraya rakyat itu diistihar dan diserahkan, lepas tu merajuklah kalau nak merajuk pun. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月23日 星期二

Video - Hebatkah Husam Dimata Putrajaya, Ustaz Budak Ada Ceritanya

Mempergunakan Islam dan berlagak seolah-olah arif dengan Islam sudah menjadi tabiat pemimpin Pas, namun perlu diketahui bahawa ilmu itu hendaklah berada didalam hati bukannya berada diatas kertas.

Kerana jika ilmu hanya berada diatas kertas, kita khuatir keberanian seseorang untuk menjadi Imam solat disesebuah masjid itu terlakon dengan aksi menangis bilamana surah yang dibacakan olehnya gagal disambung disebabkan terlupa mengingatinya.

Hal ini pernah berlaku disalah sebuah masjid di Kelantan, dilaporkan seorang pemimpin Pas yang beraksi sebak ketika mengimamkan solat pada bacaan surah yang tidak sepatutnya sebak, sehingga hari ini masih menjadi perbualan penduduk disekitarnya.

Namun apakah peristiwa sebak itu akan berulang dimasjid Putrajaya pula ? Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

2013年4月13日 星期六

Tun M: "Saya Belum Lagi Nyanyuk Macam Nik Aziz" - Tetap Konsisten Tidak Akan Bertanding

PENDANG - "Saya belum lagi nyanyuk macam Nik Aziz tu" kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Kenyataan itu sekali gus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan bertanding di Putrajaya menentang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

�Saya sudah buat keputusan tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebab rasa terima kasih kepada parti yang melantik saya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.

�Saya nak kempen saja. Itu sebagai tanda balas budi kita kepada jasa Umno dan BN,� katanya selepas menyempurnakan himpunan rakyat peringkat Parlimen Pendang di sini, hari ini.

Terdahulu akhbar Sinar Harian melaporkan Tun M dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

�Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

�Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu,� katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.
 
Bagaimanapun dengan kenyataan itu juga jelas menunjukkan BN tidaklah terlalu terdesak untuk melatakkan Tun M yang sudah banyak berjasa dan Tun M juga tidaklah pelahap semacam pemimpin yang ada kat Kelantan tu.

Khabar angin bahawa Tun M akan bertanding semula itu mungkin dirancang oleh calon Pas untuk kerusi Putrajaya yaitu Datuk Husam Musa yang bertujuan memperlihatkan kekuatan beliau sehinnga BN terdesak dan terpaksa meletakkan Tun M untuk melawan beliau, wow hebatnya Husam !!!

Tapi sayang, Tun M tidaklah sekolot pemikiran Husam dan Dinasour itu...Namun pengundi di Putrajaya harus melihat dimana Husam belum menang lagi dah timbul persepsi 'kampung' yang kolot terhadap Mantan Perdana Menteri, dan itulah kerja pemimpin pembangkang, sehariannya berfikir untuk perancangan politik semata-mata tanpa memikirkan bagaimana untuk memajukan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年3月17日 星期日

Janji Tanah Tak Tunai, Husam Tambah Janji Taman

Kelantan tubuh panel kaji beri bekas tentera tanah

4 April 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan telah membentuk satu jawatankuasa berhubung pemberian tanah kepada bekas anggota tentera yang dilahirkan di Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abd Rahman.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang diketuainya dan dibantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Datuk Abdul Fatah Mahmood akan mengenal pasti kriteria tertentu sebelum melaksanakan pemberian tanah tersebut.

"Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti jumlah sebenar bekas tentera yang akan dianugerahkan tanah tersebut berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan... mengenal pasti tempat atau kawasan tanah yang akan dianugerahkan," katanya pada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian sekurang-kurangnya 0.809 hektar tanah kepada bekas tentera itu dibuat selaras dengan perintah Majlis Angkatan Tentera bahawa bekas anggota tentera layak diberi tanah. Md Anizam berkata, langkah pemberian tanah tersebut juga diambil selepas menerima banyak permohonan daripada persatuan bekas tentera dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Kita faham bahawa bekas tentera, ada yang berhenti daripada perkhidmatan, tidak berpencen dan sebagainya, mereka membuat permohonan berikutan tidak mempunyai tanah untuk berladang ataupun tapak rumah," katanya lagi.

Sehingga kini janji tinggal janji, jawatankuasa demi jawatankuasa dibentuk oleh kerajaan Pas Kelantan, Exco bohong silih berganti, dalam pada bohong tu sempat lagi nak tambah bohong.

Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

�Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.

Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.

2013年3月16日 星期六

Husam Musa Tiada Kredibiliti, 3 Pembohongannya Terbongkar - Video


Pertama - Mengenai perumahan rakyat

Dakwaan Husam:
1.) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan apabila menjual hampir 70 peratus dari  1003 unit rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas kepada sebuah syarikat lain.

- Penjualan unit rumah tidak memerlukan kelulusan kerajaan negeri kerana projek dibina di atas tanah persendirian dan bukan di atas tanah kerajaan negeri. SPNB terpaksa menjual rumah itu kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan. Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit  yang berjaya dijual sehingga Disember 2010. 

Penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor selain membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB. Jumlah unit pembinaan pula ialah 905 unit sahaja.

2.) SPNB telah menjual hampir 70 peratus lot-lot rumah itu secara pukal kepada syarikat Panca Astaka yang ditubuhkan pada tahun 2010.

- Penjualan itu bukan secara pukal tetapi secara pembayaran individu dan bersyarat di mana pihak syarikat perlu mendapatkan kelulusan pindah milik daripada kerajaan negeri. 

3.) SPNB memperolehi peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan sepatutnya menjual rumah-rumah itu secara langsung. 

- SPNB tidak memperolehi peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebaliknya membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP).

4.) Syarikat Panca Astaka telah membuat pembelian  pada 1 Disember 2010 dengan terma yang begitu mudah iaitu pembayaran deposit sebanyak RM300  seunit.

- Pembayaran sebanyak RM 6.6 juta kepada SPNB sehingga kini iaitu bersamaan 13 peratus daripada harga jualan dimana secara purata penerimaan hasil jualan adalah RM10,000 seunit. 

Kedua - Mengenai durian runtuh kepada felda, percanggahan persepsi auta dengan Rafizi

1.) Husam kata Kerajaan sepatutnya bagi RM 38,000 setiap keluarga, Rafizi pula kata RM 50,000 sekeluarga.

2.) Husam kata kerajaan hanya membelanjakan RM 500 juta bukannya RM 2 Billion seperti yang di war-warkan dan mempertikaikan kemana perginya RM 1.5 Billion lagi ? Rafizi kata kerajaan membelanjakan RM 1.689 Billion dan mempertikaikan kemana perginya RM 3,942 Billion lagi.

Ketiga - Mengenai Mustapa Mohamad menang dengan undi tentera bukan undi rakyat

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logik faktanya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan yang diperolehi Mustapa? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, bukankah Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat.

Setelah melihat secara rambang tiga fakta dakwaan Husam itu cacar marba, apakah anda tidak dapat membayangkan kalau 100 perkara yang keluar daripada mulut Husam itu, makanya kesemua 100 perkara itu tidak boleh dipakai, kerana itu adalah hakikat sebenar Husam dan pemimpin Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

"Tak dok ko tuan loyar nok tulong ambo nok fail saman ko Husam kecep pelawok ni , sebab kes duk pelawok lagu ni lah rakyat Kelate tertipu dan sokong Pas, natijahnya kesengsaraan dan derita jua yang ditanggung rakyat".