顯示具有 tanah 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 tanah 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年5月17日 星期五

14 Lot Tanah PMBK Atas Nama Nik Aziz Akhirnya Dihadiahkan Terus Kepada Nik Aziz ?

Bulan lalu kita digemparkan dengan isu pemilikkan tanah oleh bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum pihaknya menafikan pemilikkan itu dan mendakwa Nik Aziz hanyalah sebagai pemegang amanah kepada 14 keping tanah yang bernilai jutaan ringgit itu.

Oleh kerana Nik Aziz disebut sebagai Ulamak agung, maka sangat tidak wajar ia memiliki tanah sebanyak itu dan kita percaya akan penjelasan pihaknya yang mengatakan tanah-tanah itu sebenarnya kepunyaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Diatas sebab itu juga rakyat Kelantan khasnya ternanti-nanti akan pengumuman pindah milik tanah-tanah tersebut kepada PMBK ataupun Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Yaakob, adakah proses pindah milik itu sudah dilakukan memandangkan Nik Aziz sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai MB Kelantan dan sudah tentu kelayakkannya sebagai pemegang amanah juga sudah tidak terpakai.

Kita juga khuatir diatas faktor usia yang sering menyanyukkan, perpindahan milik ini tidak dibuat oleh Nik Aziz, dan MB baru pula agak segan untuk mengusulkan perkara itu kepada Nik Aziz, dan akhirnya akan berlaku kerumitan sekiranya sekali lagi isu ini ditimbulkan dan sudah pasti Umno jugalah yang akan dipersalahkan.

Justeru pihak kerajaan Pas Kelantan perlu tampil menjelaskan perkara berkenaan supaya ia tidak terus menjadi tanda tanya berkaitan pemilikkan tanah tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya Islam, perlihatkanlah ketelusan kerajaan anda itu jika benar ianya telus. Lebih telus lagi jika PMBK mengumumkan 14 keping tanah itu dihadiahkan kepada Nik Aziz sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa Nik Aziz selama mentadbir negeri Kelantan. Ada Brannnn!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Jawapan dan persoalan isu itu sebelum ini klik

Melayu Kelate jange mudoh lupo!

2013年5月1日 星期三

Video - Tauke Cina: Nik Aziz Menteri Besar Paling Kaya Di Malaysia

Jika benar semua elaun Nik Aziz tak ambil atau claim, banyak sungguh duit Nik Aziz, dari mana datangnya duit-duit yang dibelanjakan oleh Nik Aziz itu ?

Cukupkah gaji seorang Menteri Besar untuk perbelanjaannya dengan menolak semua elaun ?, atau semuanya ditaja sebagaimana tajaan haji yang pernah ditimbulkan beberapa tahun lalu. Atau juga persoalan ini boleh dikaitkan dengan botaknya hutan di Ulu Kelantan. Berpadalah dalam berdayareka.


Tanah-tanah ni apa cerita ? Tak baik menipu, berdosa, ini baru sikit, dengar cerita ada banyak lagi yang akan dibongkar!  Ya ke ? Anda Mampu Mengubahnya.

Lagi maklumat mengenai pemilikkan tanah oleh Nik Aziz rujuk diSini

Video - Isu Ulamak Jutawan, Pas Kelantan Jerat Nik Aziz, 7 Pertikaian Miliki Tanah

Berhubung isu pemilikkan tanah oleh Mursyidul Am Pas zuhud Datuk Sri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, jawapan yang diberikan oleh pimpinan Pas Kelantan adalah seperti berikut:

"Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007.

Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity). Di dalam definisi �Melayu� sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK".

Persoalannya ?

1.) Kenapa tarikh daftar tanah dicatatkan antara tahun 1990 hingga 2002 jika tanah berkenaan dibeli antara 2006-2007.

2.) Jika tanah berkenaan dibeli tahun 2006, ia dibeli atas nama siapa ? Sebabnya PMBK  membuat keputusan agar Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut pada tahun 2007. Atau Nik Aziz beli dulu baru PMBK buat keputusan.

3.) Sebelum Trust Deed dibuat pada 05 Nov 2007 , apa status tanah berkenaan. Adakah Nik Aziz beli tanah berkenaan pada harga yang rendah kemudian akan jual balik tanah berkenaan kepada PMBK dengan harga yang tinggi.

4. ) Berapa banyak tanah yang dimiliki oleh PMBK, apakah hanya 14 lot ini sahaja, jika lebih adakah semua lot-lot itu dinamakan diatas nama Nik Aziz ?

5.) Bukankah sudah melanggar undang-undang dalam maksud sengaja melakukan penipuan apabila menggunakan nama Nik Aziz bagi tujuan membeli  tanah yang tidak boleh dimilik oleh PMBK, kerana menurut Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930, mana-mana tanah dalam kawasan rizab Melayu boleh dipindah milik kepada orang-orang bukan Melayu hanya dengan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri atau Raja dalam Mesyuarat (Ruler-in-Council).

6.) Andaikata tanah-tanah tersebut memang benar milik PMBK dan bukan milik Nik Aziz, masa untuk proses bagi membolehkan tanah-tanah itu dimilik oleh PMBK hanyalah 6 bulan sehingga 1 tahun sahaja, dan tanah berkenaan didakwa dibeli antara tahun 2006-2007, sekarang ni dah 2013, dalam masa 6 tahun kenapa tanah-tanah berkenaan tidak dipindah milik.

7.) Sedangkan alasan awal tanah-tanah berkenaan dinamakan atas nama Nik Aziz disebabkan masalah pemilikkan oleh PMBK dan pemilik asal tanah hendak pakai wang dengan segera.

Kesimpulannya zuhud dengan pembohongan dan putar alam seluruh kepimpinan Pas Kelantan ini akan terbongkar kiranya diizinkan oleh Allah Taala. Isu ini memang ada yang tak kena, kenapa perlu berbohong jika benar tanah itu kepunyaan Nik Aziz, takut tak zuhud ke ?

Diharapkan supaya Datuk Ibrahim Ali kekal dengan 'Membujur lalu melintang patah' dan 'genggam bara api biar sampai jadi arang', jangan jadikan isu ini berOmbak hanya hasilkan buih, tapi kalau buih sabun boleh jugak buat basuh baju. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年3月26日 星期二

Video - Air Mata Rakyat Dizalimi Menjadi Saksi Kekejaman Pas Kelantan

TANAH MERAH � �Kami mahu hak kami! Kami sudah jelaskan bayaran hampir RM2000, sepertimana yang telah diarahkan. Mana geran tanah kami?�. Itu antara luahan kecewa hati Mohd Daud Mohamad, 69, peneroka yang sudah puluhan tahun tinggal di sini.

Bukan itu sahaja malah 49 orang peneroka lagi mengalami masalah yang sama. Katanya, dia sudah jelaskan bayaran itu sejak tahun lepas lagi, tetapi hingga sekarang, dia belum menerima geran tanah tersebut.

�Kami di sini semuanya bimbang. Hasil dusun yang kami usahakan puluhan tahun yang lalu, berkemungkinan satu hari nanti dituai oleh orang lain,� katanya.

Justeru Mohd Daud mengharapkan geran tanah itu diberikan segera bukan sahaja kepadanya malah kepada peneroka lain yang jelaskan bayaran tersebut.

�Kami bergolok bergadai jelaskan bayaran itu tetapi sehingga ke hari ini, sudah hampir lapan bulan menunggu geran tanah tersebut. Jadi janganlah aniayai kami yang sudah uzur ini,� katanya.

Sama juga dengan nasib yang menimpa mentua Khazani Mohd Solah iaitu Musa Harun.

Kata Khazani yang wakili mentuanya, sebaiknya bila semua bayaran dijelaskan, berilah geran tanah sepertimana yang dijanjikan dalam masa tiga bulan itu.

Katanya, apabila mereka jelaskan bayaran itu bermakna akur dengan arahan, tetapi mereka tetap risau kerana geran tanah yang dijanjikan akan diberikan dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh bayaran tidak ditunaikan.

�Jangan buat macam tu dengan kami warga Ulu Bertam, Air Naga ini. Duit tu duit kami cari dengan titik peluh kami sendiri. Masih ramai peneroka yang tidak bertapak rumah di
sini. Ada yang masih tinggal di dalam kebun getah. Kenapa semua itu berlaku ke atas kami,� katanya.

Sementara itu, Pengarah Dun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapa berkata, sekiranya kerajaan Barisan Nasional memerintah Kelantan dan Gual Ipoh, dia akan agihkan tanah-tanah tersebut secara percuma kepada penduduk setempat yang tidak bertanah. - Sinar Harian

2013年3月17日 星期日

Janji Tanah Tak Tunai, Husam Tambah Janji Taman

Kelantan tubuh panel kaji beri bekas tentera tanah

4 April 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan telah membentuk satu jawatankuasa berhubung pemberian tanah kepada bekas anggota tentera yang dilahirkan di Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abd Rahman.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang diketuainya dan dibantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Datuk Abdul Fatah Mahmood akan mengenal pasti kriteria tertentu sebelum melaksanakan pemberian tanah tersebut.

"Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti jumlah sebenar bekas tentera yang akan dianugerahkan tanah tersebut berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan... mengenal pasti tempat atau kawasan tanah yang akan dianugerahkan," katanya pada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian sekurang-kurangnya 0.809 hektar tanah kepada bekas tentera itu dibuat selaras dengan perintah Majlis Angkatan Tentera bahawa bekas anggota tentera layak diberi tanah. Md Anizam berkata, langkah pemberian tanah tersebut juga diambil selepas menerima banyak permohonan daripada persatuan bekas tentera dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Kita faham bahawa bekas tentera, ada yang berhenti daripada perkhidmatan, tidak berpencen dan sebagainya, mereka membuat permohonan berikutan tidak mempunyai tanah untuk berladang ataupun tapak rumah," katanya lagi.

Sehingga kini janji tinggal janji, jawatankuasa demi jawatankuasa dibentuk oleh kerajaan Pas Kelantan, Exco bohong silih berganti, dalam pada bohong tu sempat lagi nak tambah bohong.

Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

�Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.

Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.