顯示具有 menteri besar 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 menteri besar 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年5月6日 星期一

Ahmad Yaakob MB Kelantan, Nik Amar Timbalan, Husam Tak Tersenarai Dalam Exco, Harakah Memboikot

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.

Antara nama baru yang juga ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, Adun Bunut Payong,  Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Namun agak memeranjatkan apabila Harakah selaku lidah rasmi Pas tidak membuat liputan akan peralihan jawatan orang terpenting ini, sedangkan semalam Nik Aziz yang sedang tidur pun turut diberitakan oleh Harakah dalam usaha merendahkan kemampuan Nik Aziz.

Apa makna semuanya ini, siapa yang kuasai Harakah ? adakah timbulnya isu tidak puashati dikalangan pemimpin Pas Kelantan khasnya Datuk Husam Musa, kerana nama Husam selaku orang paling kuat merancang dan berjanji tidak tersenarai dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Habislah macam ni! bagaimana dengan lebuhraya rakyat, nanti Husam merajuk tak nak sambungkan janjinya itu susahlah, apapun sebelum Husam nak merajuk tu pastikan duit derma tabung lebuhraya rakyat itu diistihar dan diserahkan, lepas tu merajuklah kalau nak merajuk pun. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年3月16日 星期六

Husam Musa Tiada Kredibiliti, 3 Pembohongannya Terbongkar - Video


Pertama - Mengenai perumahan rakyat

Dakwaan Husam:
1.) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan apabila menjual hampir 70 peratus dari  1003 unit rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas kepada sebuah syarikat lain.

- Penjualan unit rumah tidak memerlukan kelulusan kerajaan negeri kerana projek dibina di atas tanah persendirian dan bukan di atas tanah kerajaan negeri. SPNB terpaksa menjual rumah itu kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan. Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit  yang berjaya dijual sehingga Disember 2010. 

Penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor selain membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB. Jumlah unit pembinaan pula ialah 905 unit sahaja.

2.) SPNB telah menjual hampir 70 peratus lot-lot rumah itu secara pukal kepada syarikat Panca Astaka yang ditubuhkan pada tahun 2010.

- Penjualan itu bukan secara pukal tetapi secara pembayaran individu dan bersyarat di mana pihak syarikat perlu mendapatkan kelulusan pindah milik daripada kerajaan negeri. 

3.) SPNB memperolehi peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan sepatutnya menjual rumah-rumah itu secara langsung. 

- SPNB tidak memperolehi peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebaliknya membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP).

4.) Syarikat Panca Astaka telah membuat pembelian  pada 1 Disember 2010 dengan terma yang begitu mudah iaitu pembayaran deposit sebanyak RM300  seunit.

- Pembayaran sebanyak RM 6.6 juta kepada SPNB sehingga kini iaitu bersamaan 13 peratus daripada harga jualan dimana secara purata penerimaan hasil jualan adalah RM10,000 seunit. 

Kedua - Mengenai durian runtuh kepada felda, percanggahan persepsi auta dengan Rafizi

1.) Husam kata Kerajaan sepatutnya bagi RM 38,000 setiap keluarga, Rafizi pula kata RM 50,000 sekeluarga.

2.) Husam kata kerajaan hanya membelanjakan RM 500 juta bukannya RM 2 Billion seperti yang di war-warkan dan mempertikaikan kemana perginya RM 1.5 Billion lagi ? Rafizi kata kerajaan membelanjakan RM 1.689 Billion dan mempertikaikan kemana perginya RM 3,942 Billion lagi.

Ketiga - Mengenai Mustapa Mohamad menang dengan undi tentera bukan undi rakyat

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logik faktanya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan yang diperolehi Mustapa? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, bukankah Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat.

Setelah melihat secara rambang tiga fakta dakwaan Husam itu cacar marba, apakah anda tidak dapat membayangkan kalau 100 perkara yang keluar daripada mulut Husam itu, makanya kesemua 100 perkara itu tidak boleh dipakai, kerana itu adalah hakikat sebenar Husam dan pemimpin Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

"Tak dok ko tuan loyar nok tulong ambo nok fail saman ko Husam kecep pelawok ni , sebab kes duk pelawok lagu ni lah rakyat Kelate tertipu dan sokong Pas, natijahnya kesengsaraan dan derita jua yang ditanggung rakyat".