顯示具有 putrajaya 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 putrajaya 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年6月1日 星期六

Nik Abduh: "Pas Kalah Di Putrajaya, Yang Ramai Dan Bising Adalah Penyokong Bukan Pengundi"

Setelah hampir sebulan pilihanraya umum ke 13 berlalu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz muncul dengan analisis beliau mengenai keputusan pilihanraya di Parlimen Putrajaya yang ditandingi oleh calon Pas, Datuk Husam Musa.

Menurut Nik Abduh, beliau tidak terkejut dengan kekalahan Pas di Parlimen Putrajaya, kerana pada awal lagi sudah mengjangkakan kekalahan Pas di sana, beliau berpendapat,  kehadiran yang ramai di program yang diadakan Pas di Putrajaya itu bukannya kehadiran pengundi dikawasan tersebut, tetapi kehadiran penyokong Pas yang dibawa daripada seluruh kawasan.

"Pas kalah lagi di Putrajaya. Ia agak sukar diterima para penyokong yang begitu kuat bekerja. Tetapi tidak saya dan tidak bagi mereka yang melihat seperti saya lihat. Keyakinan para wartawan sendiri yang melihat kilauan PR sepanjang kempen berjalan di sana. Saya kata, kami sedang berlawan dalam pilihan raya umum di seluruh negara kecuali di Parlimen Putrajaya. Bagi saya, ia adalah sebuah pilihanraya kecil dalam sebuah pilihan raya umum".

"Sifat pilihan raya kecil adalah keramaian dan kebisingan. Tetapi yang ramai dan bising hanyalah para penyokong. Mereka memiliki segala kekuatan kecuali satu. Mereka tidak memiliki kertas undi. Adapun para pengundi, kebanyakan mereka berehat di rumah menunggu hari mereka memangkah dan menghukum".

Bagaimanapun Nik Abduh juga turut menyindir perjalanan kempen pilihanraya di Putrajaya yang disifatkannya terlebih gimik atau bersifat menang sorak kampung tergadai.

"Lebih menarik adalah kekuatan Pas di negeri Kelantan dan kerusi Parlimen Putrajaya yang begitu kuat gema dan hangatnya yang telah berjaya membakar semangat para petugas parti untuk mencipta kejayaan merampas Putrajaya dan membentuk kerajaan baru pilihan rakyat".

2013年5月1日 星期三

HUSAM MUSA TIDAK AKAN BERANI HAMPIR DENGAN PRESINT 8 PUTRAJAYA HARI INI SEPERTI TAKUTNYA SYAITAN DENGAN PETIR!!!




Para penyokong PAS, pemuja Husam Musa, pengkagum pembohongan dan penipuannya serta yang kurang berotak pastinya menafikan apa-apa sahaja fakta penyelewengan membabitkan Husam Musa yang telah didedahkan. Bahkan mereka bermati-matian untuk membela Husam Musa dan menyatakan bahawa segala pendedahan tersebut adalah tidak benar kerana ia adalah rekayasa UMNO dan Barisan Nasional yang sedang

2013年4月30日 星期二

Video - Husam Bersama Pemerintah Zalim Bashar Assad Di Padang Masyar Kelak - Shaikh Ali Al-Sobuni (Terjemah)

Ulamak terkenal daripada Syiria Shaikh Ali Al-Sobuni menyifatkan sesiapa dikalangan umat Islam yang menyukai dan bersangka baik terhadap Iran, ia akan berkumpul bersama-sama pemerintah zalim Syiria Bashar al-Assad laknatullah di padang masyar kelak.

Keprihatinan umat Islam dinegara kita ini terhadap Syiah sangat tinggi, tanpa mengira perbezaan ideologi politik, rata-ratanya secara mutlak menolak fahaman Syiah dan juga pemimpin  yang bersekongkol dengan puak-puak Syiah ini.

Terdahulu, setelah isu Husam Musa yang berfahaman Syiah didedahkan, seorang pemilik akaun FB Azmi Hussin turut mendakwa dimana terdapatnya satu tugu plat Syiah Iran yang dibawa ke Kelantan oleh Husam, bagaimanapun kita masih belum dapat mengesahkan dakwaannya itu dan sedang menyelidiki kesahihannya.
Isu Syiah ini juga mendapat perhatian seluruh umat Islam, dan kita ucapkan jutaan terima kasih buat semua pelawat yang telah bersama-sama mengongsikan isu ini sehingga hampir mencecah 500 kongsian Facebook sekaligus merupakan antara isu yang tertinggi dkongsikan dari blog ini.
Apa yang dikongsikan ini tidak bertujuan mengaibkan mana-mana pihak melainkan bertujuan mengzahirkan perkara yang sebenar supaya setiap rakyat tidak terus tertipu dengan imej seni lakon yang berbakat besar yang ditampilkan oleh pihak berkenaan. 

Sebagai umat Islam kita seharusnya berwaspada dengan fahaman Syiah ini serta mengambil pedoman dari apa yang disampaikan oleh Shaikh Ali Al-Sobuni berhubung kerjasama umat Islam termasuk Husam dengan pihak Iran. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月23日 星期二

Video - Hebatkah Husam Dimata Putrajaya, Ustaz Budak Ada Ceritanya

Mempergunakan Islam dan berlagak seolah-olah arif dengan Islam sudah menjadi tabiat pemimpin Pas, namun perlu diketahui bahawa ilmu itu hendaklah berada didalam hati bukannya berada diatas kertas.

Kerana jika ilmu hanya berada diatas kertas, kita khuatir keberanian seseorang untuk menjadi Imam solat disesebuah masjid itu terlakon dengan aksi menangis bilamana surah yang dibacakan olehnya gagal disambung disebabkan terlupa mengingatinya.

Hal ini pernah berlaku disalah sebuah masjid di Kelantan, dilaporkan seorang pemimpin Pas yang beraksi sebak ketika mengimamkan solat pada bacaan surah yang tidak sepatutnya sebak, sehingga hari ini masih menjadi perbualan penduduk disekitarnya.

Namun apakah peristiwa sebak itu akan berulang dimasjid Putrajaya pula ? Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

2013年4月13日 星期六

Tun M: "Saya Belum Lagi Nyanyuk Macam Nik Aziz" - Tetap Konsisten Tidak Akan Bertanding

PENDANG - "Saya belum lagi nyanyuk macam Nik Aziz tu" kata Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Kenyataan itu sekali gus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan bertanding di Putrajaya menentang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

�Saya sudah buat keputusan tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebab rasa terima kasih kepada parti yang melantik saya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.

�Saya nak kempen saja. Itu sebagai tanda balas budi kita kepada jasa Umno dan BN,� katanya selepas menyempurnakan himpunan rakyat peringkat Parlimen Pendang di sini, hari ini.

Terdahulu akhbar Sinar Harian melaporkan Tun M dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

�Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

�Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu,� katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.
 
Bagaimanapun dengan kenyataan itu juga jelas menunjukkan BN tidaklah terlalu terdesak untuk melatakkan Tun M yang sudah banyak berjasa dan Tun M juga tidaklah pelahap semacam pemimpin yang ada kat Kelantan tu.

Khabar angin bahawa Tun M akan bertanding semula itu mungkin dirancang oleh calon Pas untuk kerusi Putrajaya yaitu Datuk Husam Musa yang bertujuan memperlihatkan kekuatan beliau sehinnga BN terdesak dan terpaksa meletakkan Tun M untuk melawan beliau, wow hebatnya Husam !!!

Tapi sayang, Tun M tidaklah sekolot pemikiran Husam dan Dinasour itu...Namun pengundi di Putrajaya harus melihat dimana Husam belum menang lagi dah timbul persepsi 'kampung' yang kolot terhadap Mantan Perdana Menteri, dan itulah kerja pemimpin pembangkang, sehariannya berfikir untuk perancangan politik semata-mata tanpa memikirkan bagaimana untuk memajukan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.