顯示具有 nik abduh 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 nik abduh 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年7月8日 星期一

NIK ABDUH PULA BALUN KARPAL SINGH... TUNGGU KARPAL BERSUARA NANTI, TENGOK TERKESOT KE TIDAK PUAK PAS NANTI!!!




Selepas Takiyuddin Hasan, muncul pula Nik Abduh membalun Karpal Singh berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Karpal Singh sebelum ini telah mengugut agar Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam PAS dan PKR bersama-sama DAP untuk mendesak agar Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara membabitkan penentuan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah.

Setakat ini

2013年7月3日 星期三

MAMPUS LER NIK ABDUH LEPAS NIH... LEPAS BERAHIM ALI TERPAKSA JADI PEMANDU TEKSI, ANWAR PULA MAHU DIPUPUSKAN!!!




Penulis tidak tahu apa reaksi dan respons yang harus diberikan kepada kenyataan Presiden PERKASA yang rumahnya, walaupun bukanlah bersaiz agam tetapi masih juga banglo sebuah di tepi jalan utama Taman Melawati, Ulu Kelang apabila memberitahu, dia akan menjadi PEMANDU TEKSI SEPENUH MASA.

Walaupun ada kawan-kawan yang menyatakan bahawa Ibrahim Ali sebenarnya hanya bermain-maina dengan BAHASA,

2013年6月17日 星期一

NIK ABDUH PULA JADI ANCAMAN BESAR KEPADA HUSAM MUSA... MATI TEGAK LAGI HUSAM MUSA!!!




Sudah ada gerakan di dalam PAS untuk mengenepikan Husam Musa sebagai Naib Presiden. Walaupun Husam Musa banyak duit dan menonjolkan karismatik dalam dirinya sebagai pemimpin, tetapi disebabkan hati dan perasaannya adalah Anwar Ibrahim walaupun pakaiannya adalah PAS, maka Husam dilihat tidak sesuai berada dalam jemaah PAS.

Husam Musa perlu digantikan dengan seorang lagi tokoh yang disenangi

2013年6月1日 星期六

Nik Abduh: "Pas Kalah Di Putrajaya, Yang Ramai Dan Bising Adalah Penyokong Bukan Pengundi"

Setelah hampir sebulan pilihanraya umum ke 13 berlalu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz muncul dengan analisis beliau mengenai keputusan pilihanraya di Parlimen Putrajaya yang ditandingi oleh calon Pas, Datuk Husam Musa.

Menurut Nik Abduh, beliau tidak terkejut dengan kekalahan Pas di Parlimen Putrajaya, kerana pada awal lagi sudah mengjangkakan kekalahan Pas di sana, beliau berpendapat,  kehadiran yang ramai di program yang diadakan Pas di Putrajaya itu bukannya kehadiran pengundi dikawasan tersebut, tetapi kehadiran penyokong Pas yang dibawa daripada seluruh kawasan.

"Pas kalah lagi di Putrajaya. Ia agak sukar diterima para penyokong yang begitu kuat bekerja. Tetapi tidak saya dan tidak bagi mereka yang melihat seperti saya lihat. Keyakinan para wartawan sendiri yang melihat kilauan PR sepanjang kempen berjalan di sana. Saya kata, kami sedang berlawan dalam pilihan raya umum di seluruh negara kecuali di Parlimen Putrajaya. Bagi saya, ia adalah sebuah pilihanraya kecil dalam sebuah pilihan raya umum".

"Sifat pilihan raya kecil adalah keramaian dan kebisingan. Tetapi yang ramai dan bising hanyalah para penyokong. Mereka memiliki segala kekuatan kecuali satu. Mereka tidak memiliki kertas undi. Adapun para pengundi, kebanyakan mereka berehat di rumah menunggu hari mereka memangkah dan menghukum".

Bagaimanapun Nik Abduh juga turut menyindir perjalanan kempen pilihanraya di Putrajaya yang disifatkannya terlebih gimik atau bersifat menang sorak kampung tergadai.

"Lebih menarik adalah kekuatan Pas di negeri Kelantan dan kerusi Parlimen Putrajaya yang begitu kuat gema dan hangatnya yang telah berjaya membakar semangat para petugas parti untuk mencipta kejayaan merampas Putrajaya dan membentuk kerajaan baru pilihan rakyat".

Nik Abduh: "Lihatlah Betapa Ramai Penyokong PR Menjadi Mangsa Kencing Manis Anwar Ibrahim"

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

2013年5月27日 星期一

Anwar Perbudakkan Ulamak Sebagai Bebanan PR Capai Kemenangan, Pas Sedia Keluar Dari Pakatan?

Sikap Anwar Ibrahim yang ingin memperbudakkan golongan Ulamak didalam Pas tidak kesampaian apabila golongan tersebut sedar dengan matlamat sebenar Anwar bersama-sama mereka.

Golongan Ulamak Pas hanya dipergunakan oleh Anwar sebagaimana Anwar mempergunakan orang-orang muda untuk berhimpun demi mencapai cita-cita luar tabienya menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin golongan Ulamak Pas boleh tunduk patuh kepada setiap perancangan Anwar seperti sebahagian orang-orang muda, sedangkan mereka berpengalaman dan berilmu, takkanlah kalau Anwar kata 'tonggeng' mereka tonggeng, Anwar kata berhimpun mereka berhimpun, memang tak patutlah Anwar nak perbudakkan Ulamak.

Pas juga mulai sedar sokongan kepada mereka khasnya di Kelantan agak menurun, rakyat sudah tawar dengan perjuangan Pas setelah Pas bersama-sama DAP dibawah telunjuk Anwar, Pas dilihat tidak konsisten dengan perjuangan yang dibawa, mujurlah masih ada kebencian rakyat kepada pemimpin Umno Kelantan yang menyebabkan Pas masih lagi boleh kekal berkuasa.

Rentetan itu, tidak hairanlah jika 11 perhimpunan blackout diadakan diseluruh negeri namun tidak diadakan di negeri Kelantan, jika diimbau kembali program-program Pakatan Rakyat sebelum ini, sememangnya ia agak aneh jika Kelantan dikecualikan, namun itulah hakikat yang berlaku.

Bagaimanapun golongan Ulamak didalam Pas mendapat kritikkan keras daripada pimpinannya sendiri  yang pro kepada Anwar, mereka mengatakan golongan Ulamak inilah menjadi bebanan dalam usaha PR mencapai kemenangan menuju ke Putrajaya.

Menjawab tohmahan tersebut, dalam kekecewaan berkias Nik Abduh berkata, "Kekuatan PR adalah kerana para ulama mendukungnya. Apabila ulama dilihat sudah menjadi bebanan kepada PR dan melambatkan proses kemenangan, maka para ulama perlulah sedar mereka tidak lagi dianggap pendukung penting".

"Adakah ulama perlu menyisih diri demi kemenangan PR? Para ulama, di mana pun mereka berada, (PR/ BN) kemenangan akan segera mengekori mereka. Sebabnya, para ulama adalah obor kehidupan. Mereka tidak perlu kemenangan segera untuk memperolehi ridha Allah. Merekalah yang mengajar saya, untuk beroleh kemenangan agung, anda hanya perlu berjalan lurus". Anda mampu Mengubahnya.

2013年4月17日 星期三

Anak Dan Menantu Nik Aziz Akan Bertanding, Pas Kelantan Sedang Berantakkan

Patutlah Pas senyap Bila BN Umum Calon, rupanya Pas Kelantan dilaporkan berantakkan sesama sendiri selepas timbulnya perasaan tidak puas hati dikalangan pemimpin mereka didalam isu pemilihan calon PRU 13 kali ini, unsur kronisme melampau yang berlaku didalam Pas sehingga tercalonnya anak dan menantu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kekesalan banyak pihak sekaligus memudarkan penghormatan mereka kepada Nik Aziz.

Segala keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz difahamkan dipengaruhi oleh keluarga beliau terutama anak dan menantunya. Amalan yang diterapkan oleh Nik Aziz ini sudah tidak mampu disorok lagi, pemimpin Pas yang tersingkir dek kerana kronisme ini juga mula membongkar kebusukkan yang sebenar berlaku didalam Pas yang selama ini terselindung dibalik belitan semutar.

Hubbud dunya wakaro hiyatul maut, kerana terlalu cintakan dunia sehingga takut kepada mati inilah jadinya, namun penyokong Pas disuruh jangan takut kepada mati didalam memperjuangkan Pas kerana akan masuk syurga, sebaliknya pemimpin tertinggi mereka jangankan tak takut mati, tak dicalonkan pun dah mengamuk sakan.
Kalau pencacai Pas kata tarikh tersebut telah diedit oleh Cybertrooper Umno, sila rujuk akhbar Sinar Harian bertarikh 16 April 2013
Jadi usah peliklah jika selepas pengumuman calon daripada BN kita tidak mendengar sebarang kritikkan daripada Pas, kerana mereka sendiripun duk kalut dan 'berembas' sesama mereka, sehingga banner pengistiharan calon Pas pun tersilap cetak, itulah makbulnya keterbalikkan doa KO BN, BN KO...

Dalam blog otai Pas MSO turut menyentuh isu ini, katanya, "Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi. Unsur kronisme ini menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat didalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan ditinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih dan dia ajak berjemak berkira.

PAS parti Islam sewajarnya menegakkan prinsip keadilan dan kesamarataan. Sisi inilah yang membezakan PAS dengan Umno. Dalam pemilihan calon dan apa-apa juga aspek keadaan atau pendekatan secara Islam biarlah jujur dan bersih sesuai dengan pengakuan dan syahadat kita terhadap perjuangan yang berpaksikan kepada perinsip Islam.

Perkara ini disebut kerana perkara ini jelas. Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Persuruhjaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.

Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin. Dipersembakan kepada Tokguru Nik Aziz sebagai barang persembahan yang indah. Puak-puak inilah penipu Tokguru sebenarnya bukan Umno Barisan Nasional. Merekalah yang menjadi ulat yang memakan PAS dari dalam dengan bersela lendik dan berkopiah putih.

Saya akan senaraikan macam mana calon-calon yang dipilih kali ini ada hubungan relatif dengan individu-indivdu yang disebut di atas tadi. Ada orang yang menjadi pemegang 'jabel' pitis kepada ahli Dewan Harian dipilih menjadi calon, bukan kerana orang itu berwibawa, tetapi kerana hanya menjadi pemegang jabel duit. Al maklumlah saat pilihan raya ia memerlukan duit banyak. Menjadi proxy dalam pemberian kawasan balak, getah klun dan biji besi. Perlu ditegaskan anggota Dewan Harian Dr Mohd Fadzli Hassan iaini Ketua Penerangan tidak diajak berunding langsung dalam soal pemilihan calon ini. Kenapa?

Justeru apa pendapat anda dengan apa yang sebenarnya berlaku disebalik lilitan alim si lebai kelarah, adakah undi Pas dapat pahala ? Jadi buatlah pilihan yang bijak bukan berdasarkan bulan, tapi pilihlah berdasarkan bintang yang menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada pada seseorang calon, jangan kerana undi anda ia akan melahirkan lebih ramai lagi manusia-manusia yang disifatkan munafik oleh otai Pas itu. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月15日 星期一

20 Bakal Calon Dari Pemuda Pas, 11 Takut Istihar Harta Termasuk Nik Abduh Dan Abdul Latif

KUALA LUMPUR - Dilaporkan daripada 20 bakal calon Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dari kalangan pemimpin Dewan Pemuda Pas hanya sembilan orang sahaja dari mereka yang bersedia menandatangani borang pengisytiharan harta, selebihnya belum lagi menyatakan untuk berbuat demikian.

Sembilan bakal calon Pemuda Pas itu antaranya Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan, Ketua PemudaPas  Johor Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan Khairil Anuar Abd Wafa, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Yusni Mat Piah dan Setiausahanya Afnan Hamimi Taib, Setiausaha Dewan Pemuda Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Pusat Abang Ahmad Kardee Abang Masagus dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami serta Ketua Pemuda Pas Melaka Yuhaizad Abdullah.

Bagaimanapun nama Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Pemuda Pas Kelantan yang juga sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang tidak kelihatan, kenapa agaknya ? Apakah dia tidak akan bertanding atau juga kerana sudah bertanding dan memiliki apa yang tidak sepatutnya beliau miliki ?

Bagi sembilan orang daripada mereka yang bersedia itu mungkin sebelum ini belum bertanding dan belum memiliki apa yang tidak sepatutnya dimiliki, namun kalau yang belum pernah bertanding seperti Nik Abduh tapi tidak bersedia untuk mengistiharkan harta, itu mungkin disebabkan lebihan harta hasil daripada bapanya yang bertanding dan menjadi Menteri Besar selama lebih 23 tahun. Anda Mampu Mengubahnya.