顯示具有 pakatan rakyat 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 pakatan rakyat 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年6月23日 星期日

Video - Anwar Dedah Pemimpin PR Bakal Melompat Lagi, Himpunan 'Blackout' Terhenti

Dakwaan tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan PRU 13 yang lalu, dimana pada mulanya beliau membawa isu pengundi bangla, dan kemudian isu 'blackout', seterusnya buat laporan polis mengenai dakwat kekal, akhirnya semalam dalam ucapan pada sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang, Anwar mengakui kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan penolakkan oleh masyarakat Melayu dan langsung tidak menyebut mengenai penipuan atau ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai punca kekalahan mereka.

Tindakan Anwar yang dilihat semakin kendur menyalahkan SPR itu dipercayai kerana kurangnya sambutan dikalangan rakyat bahkan dikalangan pemimpin didalam PR sendiri, disebabkan reaksi hambar kebanyakkan pemimpin PR yang lain mengenai isu ini, Anwar seperti biasa awal-awal lagi menuduh mereka dibayar oleh UmnoBN yang menyebabkan mereka 'letih'.

Selain itu Anwar mendakwa, propaganda dengan isu perkauman yang dimainkan oleh Umno berjaya menimbulkan kerungsingan dikalangan orang Melayu menyebabkan undi Melayu berpihak kepada BN.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin didalam PR berusaha mencari alternatif bagi menarik sokongan orang Melayu kepada PR, kerana menurutnya bumiputera Melayu adalah merupakan penentu bagi kuasa politk di Malaysia.

Terdahulu, Anwar turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Blackout 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya. Ada Mampu Mengubahnya.

2013年6月1日 星期六

Nik Abduh: "Lihatlah Betapa Ramai Penyokong PR Menjadi Mangsa Kencing Manis Anwar Ibrahim"

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

2013年5月27日 星期一

Anwar Perbudakkan Ulamak Sebagai Bebanan PR Capai Kemenangan, Pas Sedia Keluar Dari Pakatan?

Sikap Anwar Ibrahim yang ingin memperbudakkan golongan Ulamak didalam Pas tidak kesampaian apabila golongan tersebut sedar dengan matlamat sebenar Anwar bersama-sama mereka.

Golongan Ulamak Pas hanya dipergunakan oleh Anwar sebagaimana Anwar mempergunakan orang-orang muda untuk berhimpun demi mencapai cita-cita luar tabienya menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin golongan Ulamak Pas boleh tunduk patuh kepada setiap perancangan Anwar seperti sebahagian orang-orang muda, sedangkan mereka berpengalaman dan berilmu, takkanlah kalau Anwar kata 'tonggeng' mereka tonggeng, Anwar kata berhimpun mereka berhimpun, memang tak patutlah Anwar nak perbudakkan Ulamak.

Pas juga mulai sedar sokongan kepada mereka khasnya di Kelantan agak menurun, rakyat sudah tawar dengan perjuangan Pas setelah Pas bersama-sama DAP dibawah telunjuk Anwar, Pas dilihat tidak konsisten dengan perjuangan yang dibawa, mujurlah masih ada kebencian rakyat kepada pemimpin Umno Kelantan yang menyebabkan Pas masih lagi boleh kekal berkuasa.

Rentetan itu, tidak hairanlah jika 11 perhimpunan blackout diadakan diseluruh negeri namun tidak diadakan di negeri Kelantan, jika diimbau kembali program-program Pakatan Rakyat sebelum ini, sememangnya ia agak aneh jika Kelantan dikecualikan, namun itulah hakikat yang berlaku.

Bagaimanapun golongan Ulamak didalam Pas mendapat kritikkan keras daripada pimpinannya sendiri  yang pro kepada Anwar, mereka mengatakan golongan Ulamak inilah menjadi bebanan dalam usaha PR mencapai kemenangan menuju ke Putrajaya.

Menjawab tohmahan tersebut, dalam kekecewaan berkias Nik Abduh berkata, "Kekuatan PR adalah kerana para ulama mendukungnya. Apabila ulama dilihat sudah menjadi bebanan kepada PR dan melambatkan proses kemenangan, maka para ulama perlulah sedar mereka tidak lagi dianggap pendukung penting".

"Adakah ulama perlu menyisih diri demi kemenangan PR? Para ulama, di mana pun mereka berada, (PR/ BN) kemenangan akan segera mengekori mereka. Sebabnya, para ulama adalah obor kehidupan. Mereka tidak perlu kemenangan segera untuk memperolehi ridha Allah. Merekalah yang mengajar saya, untuk beroleh kemenangan agung, anda hanya perlu berjalan lurus". Anda mampu Mengubahnya.

2013年4月5日 星期五

3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....

KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. Bernama

Huru-Hara Didalam Pakatan Rakyat Bermula, Azmin Ali Dilihat Sebagai Punca

KUALA LUMPUR - Parti-parti didalam Pakatan Rakyat dilihat begitu kelam kabut dan tidak mempunyai perancangan yang teratur didalam menguruskan pentadbiran sesama mereka selepas pengumuman pembubaran parlimen dibuat semalam.
 
Keadaan huru-hara antara pemimpin didalam Pakatan Rakyat sudah tidak mampu disorok lagi, terdahulu  PAS Wilayah Persekutuan (WP) melahirkan kekecewaan mereka dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini beliau berkata kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya. .

"PAS WP berasa kesal dengan pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

"PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini, Jumaat.

Mohamad berkata PAS WP turut menegaskan bahawa pengumuman sebarang kerusi di WP perlu melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat WP.

"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam PR namun ia perlu diurus dengan baik.

"Sepatutnya perkara ini akan dapat diselesaikan melalui perbincangan.

"Kalau boleh dibincang di peringkat dalaman sebelum umum kepada media," katanya.

Pada Rabu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengumumkan parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen, iaitu di Labuan, Bera dan Setiawangsa.

Beliau dilaporkan berkata ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.

Sementara itu Azmin turut mengesahkan dimana Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini
 
Kenyataan yang dibuat Anwar semalam bahawa Wan Azizah tidak bertanding bagaimanapun disangkal oleh anaknya yang juga Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam Khamis, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.