顯示具有 pr 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 pr 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年6月7日 星期五

Hairie Othman Tamatkan Kontrak Politik Bersama Pas, Husam Orang Pertama Yang Dibalunnya

Kuala Lumpur - Selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat,pelakon Hairie Othman betul-betul rasa kecewa apabila dirinya tidak dipedulikan lagi apabila selesai Pilihan Raya Umum Ke-13 5 Mei lalu.

Beliau yang dihubungai mengaku sudah sebulan tidak menerima apa-apa panggilan atau jemputan ceramah dari mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat.

Tidak ada jemputan bermakna saya tidak ada pendapatan,''ujarnya dengan nada kesal.

Sebagai ketua keluarga,Hairie berkata dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur bayar ansuran kereta dan sebagainya.

Sejak menyertai PAS,Hairie meninggalkan bidang lakonan yang menjadi sumber pendapatan selama ini kerana memberi tumpuan membantu pakatan rakyat menghadapi PRU 13.

Hairie mengaku tidak menang tangan dibawa menjelajah ke seluruh pelosok tanah air membantu ceramah Pakatan Rakyat dan pendapatannya ketika itu mampu menyara keluarga.

Saya pelik sebaik selesai PRU 13,Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya,padahal mereka diberi mandat memerintah ,Kelantan,selangor dan Pulau pinang,''ujarnya.

Hero leftenan Adnan itu berkata,dia tidak boleh berterusan begini sebaliknya perlu melakukan sesuatu demi kelangsungan hidup keluarganya,

Saya berharap kerajaan Pakatan rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekrjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor,''ujarnya.

Senang cerita, kata Hairie ,kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tander potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Menurut Hairie,beliau mengambil keputusan menyertai PAS kerana amat yakin Pakatan Rakyat mempu menumbangkan Barisan Nasional pada PRU13 lalu.

Namun tidak berlaku seperti mana dijangkakan.BN masih diberi mandat memerintah. Bakat Hairie mula dicungkil menerusi filem Kad Cinta pada 1995 dan selepas itu beliau begitu laris dan menjadi rebutan penerbit filem dan drama.

Sejak menjadi penceramah tetap pakatan rakyat Hairie seolah-olah disenarai hitamkan dalam bidang seni dan sejak itu beliau tidak terima sebarang tawaran berlakon dari mana-mana penerbit.

Beliau sanggup mengambil risiko meninggalkan bidang seni yang menjadi sumber pendapatannya selama ini kerana yakin dengan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan. Sangkaan saya meleset sama sekali,BN masih diterima rakyat pada PRU13 lalu.

Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya,''ujarnya.

Hairie mula berkempen membantu jentera pilihanraya Pakatan Rakyat sebaik menyertai PAS pada 2011 dan kemuncaknya pada kempen PRU13beliau diberi tugasan berceramah empat kali sehari.

Sebagai aktivis Pakatan ,saya di hantar berceramah dan berkempen di seluruh negara bagi membantu calon Pakatan Rakyat,tidak kira PAS,DAP atau PKR,Saya berkempen dua tempat pada waktu siang dan dua tempat pada waktu malam,berlarutan sehingga ke pagi,''ujarnya.

Katanya,sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang,diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi,''keluhnya.

Secara sinis Hairie berkata,siapalah dirinya,hanya aktivis Pakatan sahaja,bukanya wakil ADUN atau wakil Ahli Parlimen.

Sebab itulah saya tidak dipedulikan,''katanya yang terasa seperti dipergunakan untuk meraih sokongan pengundi bagi kemenangan Pakatan Rakyat.sumber dari Warta Mingguan PERDANA


2013年4月22日 星期一

Video - Hj Hadi Dedah Calon PKR Berfahaman Komunis Dan Pengedar Pil Kuda

Bagaimana individu-individu seperti yang disebutkan oleh Presiden Pas itu boleh berlegar didalam PR sehingga ke peringkat pentadbiran iaitu cubaan untuk diletakkan sebagai calon, kalau setakat tampal poster parti tu bolehlah kita terima lagi, ini boleh terlepas sampai ke peringkat jadi calon ni sudah tahap membahayakan negara ni.

Bila perkara semacam ini boleh timbul didalam pemilihan calon-calon dalam PR, mampukah untuk kita percaya mereka punyai barisan kepimpinan yang baik ? Ini bukan kes terpencil, dapat kita faham dimana disetiap yang berlaku pertindihan kerusi diantara calon-calon dalam PR ia mempunyai masalah seperti yang dijelaskan oleh Presiden Pas itu.

Sejauhmana mereka mampu mengekang masalah ini ? kerana kalau kita lihat Pas sendiri pun gagal untuk membariskan pemimpin mereka dikalangan individu yang berakhlak, sebagai contohnya Timbalan Presiden Pas sendiri yang terkantoi di bilik 121 serta terbaru Setiausaha Agungnya dengan isu skandal 'spender'.

Mereka yang berlatarbelakang tidak mempunyai akhlak ini diletakkan sebagai calon dan pemimpin dalam parti kemudian ia di make-up baik punyer bahkan dinobatkan sebagai ulamak maka seluruh rakyat akan tertipu, namun perkara ini hanya akan terbongkar setelah ianya kantoi.

Bagaimanapun akibat make-up yang dipakai terlalu tebal, walaupun kantoi ia tetap suci dan masih boleh diterima oleh sebahagian penyokong mereka, tapi apa yang kita tahu, jika ia seekor lembu, bagaimana sekali sukanya ia kepada dedak, namun rumput tetap menjadi pilihan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月5日 星期五

3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....

KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. Bernama