顯示具有 skandal 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 skandal 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年8月23日 星期五

Pendedahan: Bukti 'Six Million Dollar Man' Lantik Menantu Sebagai Setiausaha Sulit Di Kementeriannya @NajibRazak

Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mengecam laporan berita online mengenai menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz yang bekerja di bawah kementeriannya.

Dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap portal berkenaan, Tajuddin berkata:

"Siapa mereka? Saya tidak perlu melaporkan kepada mereka. Apa yang mereka tahu mengenai pengorbanan yang telah saya lakukan kepada rakyat dan parti sejak 40 tahun lalu? Adakah mereka tahu saya salah seorang yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang pada 1987?."

Tajuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz, bekerja dengan kementeriannya.

Tajuddin mendakwa laporan portal berkenaan tidak mempunyai kredibiliti untuk menyoalnya, kerana mereka lebih berminat untuk agenda yang bermotifkan politik berbanding isu yang berkaitan dengan rakyat.

"Saya tahu mereka menantikan penafian secara terus atau pengakuan bersalah. Saya tidak akan memberi muka kepada mereka kerana saya tidak mahu terlibat sama dalam permainan politik murahan seperti ini," katanya.

Tajuddin yang juga Ketua Umno bahagian Pasir Salak, turut didakwa mempengaruhi ahli Umno bahagian itu supaya memilih dua orang anaknya yaitu Dr Faizal sebagai ketua pemuda bahagian manakala Seri Rahayu sebagai ketua puteri bahagian didalam pemilihan Oktober ini. Berita mengenainya klik di SINI.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata ahli keluarga boleh menawarkan perkhidmatan mereka sebagai sukarelawan, namun mereka tidak boleh menerima gaji atau dibayar elaun Oleh kerajaan.

Hebat sungguh Datuk Tajuddin bermain lidah, jika tidak masakan disebut sebagai ahli politik!, tapi masihkan relevan buat Umno dipimpin oleh pemimpin seperti Tajuddin ? Ketika mana ahli bawahan Umno mengharapkan perubahan dan keinsafan pimpinan atasan, Pemimpin Umno seperti Tajuddin langsung tidak mempedulikan mengenai perkara itu. Apa yang mereka fikir adalah merebut apa saja kesempatan yang ada dalam mengkayakan diri sendiri dan juga kroni.

Apapun yang didolak-dalihkan oleh Tajuddin mengenai menantunya yang memang terbukti berkerja di kementeriannya sebagai Setiausaha Sulit kepada beliau, terpulanglah untuk anda semua menilainya.
Siapa ni ? Amboiii!!! Bergayanya menantu Menteri, biasalah menantu Menteri katakan...!

Namun, perlu disedari, pemimpin yang terkenal dengan jolokan 'Six million dollar man' ini juga pernah dipecat pada 1995 oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta bagi merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut didakwa menerima projek pembinaan UiTM di Tapah yang bernilai RM1.3 bilion menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd walaupun syarikatnya itu tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan.

Selain itu, kesamseng-ngan beliau juga dilaporkan telah menampar beberapa individu yang terdiri dikalangan ahli Umno, pemandunya serta wartawan. Didalam parlimen pula, keintelektualan beliau sering diragui dan pada masa sama dipertikaikan oleh MP yang lain ekoran kenyataan yang keluar dari mulut beliau selalunya bersifat kurang cerdik, jumud, porno dan seumpama dengannya. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Bakal menyusul cerita dari Kelantan, bapa Saudara Penyelaras DUN, anak saudara pula Penggawa

2013年4月22日 星期一

Video - Hj Hadi Dedah Calon PKR Berfahaman Komunis Dan Pengedar Pil Kuda

Bagaimana individu-individu seperti yang disebutkan oleh Presiden Pas itu boleh berlegar didalam PR sehingga ke peringkat pentadbiran iaitu cubaan untuk diletakkan sebagai calon, kalau setakat tampal poster parti tu bolehlah kita terima lagi, ini boleh terlepas sampai ke peringkat jadi calon ni sudah tahap membahayakan negara ni.

Bila perkara semacam ini boleh timbul didalam pemilihan calon-calon dalam PR, mampukah untuk kita percaya mereka punyai barisan kepimpinan yang baik ? Ini bukan kes terpencil, dapat kita faham dimana disetiap yang berlaku pertindihan kerusi diantara calon-calon dalam PR ia mempunyai masalah seperti yang dijelaskan oleh Presiden Pas itu.

Sejauhmana mereka mampu mengekang masalah ini ? kerana kalau kita lihat Pas sendiri pun gagal untuk membariskan pemimpin mereka dikalangan individu yang berakhlak, sebagai contohnya Timbalan Presiden Pas sendiri yang terkantoi di bilik 121 serta terbaru Setiausaha Agungnya dengan isu skandal 'spender'.

Mereka yang berlatarbelakang tidak mempunyai akhlak ini diletakkan sebagai calon dan pemimpin dalam parti kemudian ia di make-up baik punyer bahkan dinobatkan sebagai ulamak maka seluruh rakyat akan tertipu, namun perkara ini hanya akan terbongkar setelah ianya kantoi.

Bagaimanapun akibat make-up yang dipakai terlalu tebal, walaupun kantoi ia tetap suci dan masih boleh diterima oleh sebahagian penyokong mereka, tapi apa yang kita tahu, jika ia seekor lembu, bagaimana sekali sukanya ia kepada dedak, namun rumput tetap menjadi pilihan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月5日 星期五

3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....

KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. Bernama