顯示具有 pm 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 pm 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年9月13日 星期五

PM Umum Dana Tambahan RM1 Billion Kepada Tekun Dan Amanah Ikhtiar

SHAH ALAM, 14 Sept � Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.

Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, Najib berkata peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti AIM, Tekun Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh dalam mengatasi isu akses kepada pembiayaan bagi kalangan usahawan kecil dan sederhana.

Ini, kata Najib bagi memastikan bilangan usahawan Bumiputera yang menerima pembiayaan dapat ditingkatkan.

Perdana Menteri turut memperkenal skim pembiayaan unik baharu � Skim Permulaan �Entrepreneur� Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.

Superb akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik dan mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

�Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baharu Usahawan Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko.

�Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi dalam menyertai bidang bidang baharu berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau,� katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menjawab keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses pasaran, semua Kementerian dan GLC telah diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera.

Pemilihan vendor juga mestilah berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera bagi memastikan mereka dapat dipupuk supaya berdaya maju dan mampan, katanya.

Menyentuh pemerkasaan Program Pembangunan Vendor (VDP), Najib berkata Petronas akan melonjakkan program VDPnya bagi mengukuhkan rantaian bekalan sektor minyak dan gas.

Tindakan yang sama akan dilaksanakan Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

�Seiring itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat berjalan lancar,� katanya.

Sementara itu, sebagai langkah untuk memastikan peluang syarikat Bumiputera memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar �Carve-out� akan diperluas kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC.

�Dasar ini telah berjaya dilakukan dalam projek MRT, dengan 47 peratus atau RM9.0 bilion diluluskan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.

�Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal pasti untuk terlibat dalam program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh,� kata Najib. - Umno Online

2013年5月2日 星期四

Najib Umum Tambahan 2,000 Unit Rumah Rakyat Untuk Warga Kota Bharu

KOTA BHARU - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata suasana politik di Kelantan ini kini dilihat lebih baik berbanding ketika pilihan raya umum pada 2004 dan 2008, yang memberi indikasi sokongan rakyat semakin cenderung kepada BN.

"Peluang berjumpa orang Kota Bharu hari ini saya nak tanya adakah suasana hari ini lebih baik daripada 2004, 2008 ?

"Kalau hari ini lebih baik, saya nak isytiharkan tahun ini sebagai tahun Kelantan tukar kepada BN...kalau tahun ini tak tukar jugak saya tak tahu la bila lagi," katanya yang disambut sorakan kira-kira 15,000 warga Kota Bharu yang berkumpul di Maktab Sultan Ismail di sini.

Hadir sama Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan pengerusi Datuk Dr Awang Adek Hussein, calon BN bagi parlimen Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim, Tan Ken Ten (Kota Lama) dan Kanidy Omar (Tanjung Mas).

Sementara itu Najib turut mengumumkan tambahan 2,000 unit rumah akan dibina di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk warga Kota Bharu.
  
Najib berkata ini merupakan tambahan kepada 1,000 unit rumah PPR di Mukim Bandar dekat sini yang dilancarkan semasa lawatan beliau ke negeri itu Mac lepas.
  
"Rumah ini penting... bagaimana nak duduk rumah satu bilik, anak ramai. Saya cukup hairan perkara macam ini. Ini (pembinaan rumah) adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan ini adalah pembaharuan yang perlu kita buat," katanya.
  
Mengumumkan berita gembira itu pada majlis perasmian Tuisyen Rakyat 1Malaysia di Maktab Sultan Ismail di sini, pengumuman Najib disambut tepukan gemuruh oleh ribuan penduduk Kota Baharu yang menghadiri majlis itu.
  
Pelaksanaan projek PPR fasa pertama itu mencatat rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan perdana menteri pada 20 Jan lepas, selain bukti kukuh kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan Barisan Nasional menepati janji yang telah dibuat.

PPR Mukim Bandar berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Pastikan kita memilih calon yang berguna, supaya rahmat dapat kita kecapi bersama, tak tepati PRU 14 ni kan ada lagi...

2013年4月21日 星期日

Video - Rahsia Penipuan Mustafa Spender PRU13 Akhirnya Terbongkar

Semakin hampir PRU 13 maka semakin kencanglah rakyat jelata berbicara mengenai politik walau dimana saja berada, namun antara kenyataan paling kelakar yang sempat dirakamkan ialah "BN selok (ko) doh trip nih, sampai ke nok buat pilihanraya pun takut terpaksa tunggu masa rapat gandar"

Itulah pemikiran yang ditanam kepada setiap penyokong Pas yang pergi mendengar ceramah-ceramah Pas dan menyebarkan kepada masyarakat sekitarnya, persepsi, andaian dan fitnah adalah antara sumber yang sering dilontarkan kepada pemimpin dan kerajaan BN.

Namun adakah kita patut membiarkan mereka terus tersesat dengan cara mereka berfikir yang telah dicemari dengan dakyah songsang itu, justeru penyokong Pas perlu tahu bahawa BN masih kukuh dan soal tarikh PRU itu ianya perlu dilihat dalam konteks yang luas dan cerdik.

Setakat andaian spender pun boleh diandaikan, samalah juga dalam satu ceramah spender Setiausaha Spender Pas Datuk Mustafa Ali @Spender  yang mengatakan PRU 13 akan dipanggil awal sekitar Februari hingga April 2012 kerana difitnahnya Perdana Menteri terlibat dengan kes Altantuya, dan untuk mengelakkan PM diheret menjadi saksi kes tersebut, PM terpaksa mengumumkan PRU 13 dengan segera. Akhirnya spender cap 'boyo' jugak yang terbongkar.

Kesimpulannya adalah serba tak kena, buat PRU awal difitnah sebab takut kerana terlibat dengan kes Altantuya, bila buat lewat dikatanya BN sudah lemah dan takut nak buat PRU awal, akhirnya kedua-dua fitnah itu tersasar dari realiti yang berlaku.

Diatas kebijakkan seorang PM mentadbir ia tidak mempedulikan apapun tohmahan yang dibuat keatas beliau, mungkin kerana pengalaman luas beliau menyebabkan beliau cukup matang dan tidak menjadikan mahkamah sebagai sarkas politiknya.

Hendak dijelaskan kepada pencacai PR yang sedang merapu-rapu dimana Perdana Menteri Malaysia tidak sebodoh pemikiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Najib jadi PM bukan sebab nafsu meroyan macam Anwar nak jadi PM, tapi Najib ada misi dan visinya serta tahu tanggungjawab seorang Perdana Menteri yang namanya akan disematkan didalam catatan sejarah negara.

Buktinya Najib seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin serta amanah didalam melaksanakan tugasnya adalah beliau meletakkan tempoh masa beliau berkhidmat sebagai PM dan memastikan setiap misinya terlaksana tepat sebagaimana yang dirancangnya, bukan macam Nik Aziz, jika ditanya bila nak buat hudud, Nik Aziz jawab "Nanti dulu, sekarang ni tak boleh sebab Umno ada duk berdiri, lampu merah lagi, bila lampu hijau dan Umno tumbang kita buatlah".

Kalau Najib pakai formula tu jugak gamaknya melingkuplah negara, sebaliknya Najib meletakkan tempoh genap 4 tahun beliau sebagai PM untuk beliau melaksana, mencipta dan mencapai antara 100 perkara yang telah dirancang oleh beliau, dan pada saat-saat akhir sebelum genap 4 tahun beliau menjadi PM, beliau masih lagi berkerja dan berusaha untuk mencapainya antara seperti berikut:

15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.

11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

Jadi kita perlu tahu pentadbiran ni bukan perkara main-main, menjadi PM juga bukan sekadar untuk melempiaskan nafsu angan yang besar, tetapi ia perlu ada KPI, dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab ia bukan sekadar hebat dipentas ceramah dan bercakap kosong untuk diukur oleh rakyat, tetapi ia perlu dinilai kepada realiti apa yang dilaksanakan dari apa yang dijanjikan itu ditepati. Anda Mampu Mengubahnya.