Perangai-perangai puak pejuang Pas yang bertopeng Islam ini semakin hari semakin menunjukkan dirinya yang sebenar, memalukan, merosakkan dan tidak mustahil akan menghancurkan negeri Kelantan yang dtadbir mereka disebabkan pertelagahan yang berlaku itu.Bila rasa tidak puas hati wujud dan didedahkan secara terbuka dikalangan pemimpin didalam kerajaan, kita tidak fikir kerajaan itu mampu digerakkan dengan baik, unsur sabotaj dalam menggagalkan sesuatu usaha pasti akan berlaku, dan kesannya sudah tentu akan ditanggung oleh sekalian rakyat yang berada dinegeri ini.
Tutur kata Adun Salor Datuk Husam Musa dalam nada terlalu kecewa itu sudah cukup untuk dimengerti, rakyat tidak perlu untuk terlalu daif berfikir jika hendak menunggu Husam secara terbuka berkata "Menate Nik Amar nih, mapuhlah mu sikit lagi. aku nok lipat sekat-sekat nok, gapo nok jadi, jadilah" untuk menilai apa yang akan berlaku nanti, kerana Husam tidak bodoh untuk mengungkap seperti itu secara terbuka.
Untuk itu jadikanlah peristiwa ini sebagai iktibar untuk seluruh rakyat dinegara ini, adakah masih sukar lagi untuk masyarakat memahami dimana Pas dan Islam itu mempunyai perbezaan yang terlalu jauh, pemimpin Pas mengajak rakyat supaya mengundi mereka untuk mereka berkuasa, berpangkat, bergaji, berdriver dsbnya, manakala pemimpin Islam pula akan mengajak manusia kepada Allah, mengajak mengucapkan kalimah ???? ?? ???? .Apa yang ditekankan oleh Husam mempunyai kaitan dengan portfolio yang dipegang oleh YB Datuk Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yaitu Exco Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli. Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言