2013年5月31日 星期五

Ah Jib Gor Usah Terlebih Cina, Kelak Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Pula Keciciran

Ada perkara boleh untuk 1Malaysia, ada perkara tak boleh, jangan anggap semua perkara boleh untuk di 1Malaysia-kan, kepimpinan Umno tak perlu buang masa nak kaji mengenai cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Ini kerana hal itu hanyalah satu perangkap yang langsung tidak menguntungkan Umno dan orang Melayu.

Kalau BN nak di 1Malaysia-kan, cuba 1Malaysia-kan dahulu sayap-sayap parti dalam Umno, tak perlu ada sayap pemuda, wanita, puteri dan putera,  Kabinet juga perlu 1Malaysia, dan tak perlulah banyak kementerian dan banyak menteri, cukup saja Kementerian 1Malaysia, Menteri 1Malaysia, begitu juga dengan negeri-negeri, tak perlu banyak negeri, 1Malaysia-kan semua negeri.

Jika rasa hal itu tidak logik, maka samalah juga dengan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kerana setiap parti didalam BN itu mewakili kelompok ataupun kaum masing-masing. BN hari ini sudahpun bersifat parti tunggal, parti-parti didalam BN bertanding dalam PRU semuanya menggunakan lambang tunggal iaitu dacing, cuma selepas itu ia dipecahkan dengan masing-masing menjaga kepentingan kelompok atau kaum yang diwakili oleh mereka.

Umno nampaknya lebih suka yang dikendong keciciran dan yang dikejar tak dapat, Ah Jib Gor nampaknya nak jadi lebih cina daripada cina Chua Soi Lek, jangan pula sedikit masa lagi Ah Jib Gor jadi lebih cina daripada cina Lim Kit Siang, UmnoBN tak perlu kejar undi orang cina, dalam masa yang singkat sudah sukar untuk kembalikan undi cina, melainkan Umno perlu merubah strategi dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada orang Melayu, namun tidak sampai kepada tahap menyingkirkan orang cina, sebaliknya pengajaran kerana BN tidak ada cara lain selain memberi keutamaan kepada mereka yang menyokong, dan dilihat orang Melayu masih ramai lagi yang menyokong bahkan syukur dengan apa yang ada, kerana orang Melayu tidak untung dengan sama-rata dan sama rasa.

Bagaimanapun jika tetap ingin memenangi hati orang cina, pastinya Ah Jib Gor perlu menyaingi apa yang ditawarkan oleh DAP kepada kaum cina, Ah Jib Gor perlu menggugurkan beberapa dasar yang selama ini ditentang oleh DAP, hak keistimewaan orang Melayu, ketuanan Melayu tidak boleh ada didalam perjuangan Umno, kerana Anwar Ibrahim sudah pun mengajar rakyat khasnya orang cina mengenai ketuanan rakyat, sama-rata dan sama rasa.

Untuk itu bersediakah Ah Jib Gor dan UmnoBN menggunapakai polisi yang digunakan oleh Pakatan Rakyat dan menghadapi PRU 14 dengan tsunami Melayu ? Diulangi sekali lagi bahawa tidak ada cara lain jika nak dapatkan undi cina melainkan menawarkan keuntungan yang lebih kepada kaum cina melebihi apa yang ditawarkan oleh DAP kepada mereka. Namun bersedialah untuk menghadapi tsunami Melayu.

Kerana sebahagian orang Melayu akan menganggap, dalam pada UmnoBN duk perjuangkan ketuanan Melayu pun nasib melayu dah macam ni, bagaimana pula kalau sebaliknya, jika begitu baik beri peluang kepada PR, janji pun syok dan manis janji PR, petrol turun, pendidikan percuma, depan boleh belakang pun boleh, samada ditepati atau tidak kena try dulu baru tahu.

Kesimpulannya kenapakah pimpinan UmnoBN seringkali bertindak secara songsang? maksudnya, memberi perhatian kepada orang yang menentangnya dan mengabaikan orang yang menyokongnya, adakah mereka beranggapan, 'orang yang menyokong abai pun tak apa, sebab dah kuat sokong tentu dah tak lari, yang menentang ni kena beri perhatian supaya ia menyokong'. Bukankah cara itu menggalakkan kepada berlakunya banyak penentangan ?.

Perlu diingat, sejauhmana mereka yang menyokong itu mampu bertahan dengan keadaan yang tidak patut dilakukan terhadap mereka, lebih-lebih lagi orang yang sedikit sebanyak ada berjuang, jika mereka ini terus diabaikan bagaimana nasib mereka, adakah mereka akan fikir berjuang untuk UmnoBN benar-benar dapat membantu orang Melayu?, sedangkan nasib Melayu yang berjuang itu sendiri terumbang-ambing.

Justeru, berilah keutamaan perhatian itu kepada orang Melayu, termasuk pejuang yang sedikit sebanyak berjuang untuk menangkan kerajaan UmnoBN, samada yang berjuang dialam maya mahupun alam nyata, kerana selagimana perjuangan itu belum selesai maka selagi itulah perlu ada pejuang bagi terus mengimbangi sebuah perjuangan. Ah Jib Gor! Anda Mampu Mengubahnya.

沒有留言:

張貼留言