2013年5月31日 星期五

Pembongkaran Kesemua Aset Mahathir Berjumlah USD 544 Billion, Bankruplah Negara

Dalam duk membelek dan menganalisis keputusan PRU 13, dimana bandar-bandar utama kecuali Johor Bahru dan Kangar, kesemuanya telah dimenangi oleh pembangkang, kemenangan dikawasan bandar-bandar itu kerana dikatakan semua rakyat dapat akses maklumat dengan tepat menerusi capaian rangkaian internet dan tidak bergantung kepada media yang telah didoktrin dengan suku bersuku.

Persoalannya sejauhmana ketepatan maklumat yang berjaya diakses oleh pengundi dikawasan bandar ? Apakah ia benar-benar maklumat yang tepat yang disajikan kepada mereka? Atau capaian berita fitnah pembangkang yang lebih dasyat ?

Antara beribu-ribu fitnah yang dilemparkan pembangkang, suka kita merujuk salah satunya sebagaimana lampiran print screen dibawah daripada laman page Facebook milik pembangkang yang menyenaraikan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditempat pertama antara bekas-bekas pemimpin negara yang mempunyai aset tertinggi berjumlah $500 Billion. Page FB berkenaan turut membuat pautan link kepada sumber maklumat yang dinyatakan.
Fitnah seterusnya yang dibuat kepada Tun M adalah pemilikkan aset berjumlah $44 Billion, laman web yang tidak berteraskan kepada berita politik dan satu lagi blog pro Pas adalah antara ratusan cybertrooper PR yang telah membuat penyebaran fitnah seperti ini.

Yang anehnya, masing-masing mereka membuat pautan link kepada sumber yang sama yaitu Wikipedia, namun setelah dibuka pautan Wikipedia yang diberi itu, nama Tun M langsung tidak tersenarai sebagaimana yang mereka fitnah.

Sungguhpun begitu, mereka turut melampirkan print screen yang kononnya daripada Wikipedia, dan lampiran itu menunjukkan nama Tun M dengan aset $44Billion tersenarai selepas Hosni Mubarak, agaknya bagaimana penerimaan pengundi dikawasan bandar ? Apakah mereka punyai waktu yang cukup untuk mengkaji perkara ini, sudah pastinya tidak, sebahagian besarnya mungkin mengambil pendekatan untuk mempercayainya dan menghukum BN semasa PRU.
 
Lebih parah lagi  jika ada yang berminda tidak bertamadun seperti individu yang membuat komen dibawah, angkara percaya dengan berita fitnah, siap ajak untuk pergi kerumah Tun M lagi, nasib baiklah negara kita ini masih aman tidak berlaku sebagaimana negara-negara huru-hara yang lain.

Tidak kurang juga pendapat yang mengatakan Tun M telah membeli pengendali Wikipedia menyebabkan nama Tun M sudah tidak disenaraikan, macam-macam komen.
Apapun, kita menganggap ianya satu fitnah, kalau ada maklumat dalam Wikipedia sekalipun, Wikipedia bukanlah satu sumber yang tepat untuk dipercayai 100 peratus, apatah lagi jika tidak ada dan bersumberkan fitnah edit semata-mata. 

Mungkin ramai yang tidak perasan, jika diperhatikan betul-betul pada barisan kedua mengenai Tun M, tulisannya ada sedikit berbeza, dan lebih ketara kecacatannya dari semua senarai yang lain iaitu ejaan Prime Minister of Malaysia, M untuk minister adalah berhuruf kecil.

Apakah pengendali Wikipedia yang tersilap ataupun cybertrooper pembangkang yang tersilap edit. Anda Mampu Mengubahnya.

Hakikat sebenar yang pembangkang tak beritahu pada rakyat ialah:

沒有留言:

張貼留言