2013年5月25日 星期六

PR Fail 27 Petisyen Untuk Ambil Alih Putrajaya, BN Kelantan Fail 2 Petisyen Untuk Apa ?

PASIR PUTEH - Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Bachok dan tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam tempoh terdekat.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keutamaan akan diberikan bagi kawasan Parlimen Bachok dan kerusi Dun Jelawat ekoran calon Barisan Nasional (BN) kalah dengan majoriti kecil manakala jumlah undi rosak pula terlalu tinggi.

"Bagi kawasan lain yang membabitkan kerusi Dun Gaal dan kerusi Dun dalam Parlimen Kuala Krai, kita akan buat (petisyen) selepas mendapat pandangan dari akar umbi secara terperinci," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Bendang di sini, hari ini.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa petisyen boleh dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 diwartakan pada 22 Mei lepas.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, calon Parlimen Bachok iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin hanya kalah 201 undi kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary manakala jumlah undi rosak pula sebanyak 946 undi.

Bagi DUN Jelawat, calon BN Datuk Dr Ilias Hussin tewas 102 undi kepada calon Pas Abdul Aziz Kadir manakala jumlah undi rosak pula sebanyak 349 undi.

Pakatan Rakyat fail 27 petisyen pilihanraya untuk tumbangkan BN dan ambil alih Putrajaya, BN Kelantan fail 2 petisyen untuk apa ? PR fail petisyen untuk kepentingan parti mereka, BN Kelantan fail petisyen untuk kepentingan siapa ?

Kalau BN Kelantan menang pun dalam petisyen itu, ia tidak membawa apa-apa perubahan selain perubahan kepada individu semata-mata, yang parlimen mungkin boleh jadi menteri dsbnya, agak-agak kalau nak buat biarlah yang boleh menumbangkan kerajaan Pas Kelantan, baru berbaloi. Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

沒有留言:

張貼留言