2013年5月21日 星期二

Video - MB Baru Kelantan Dah Mula 'Onar' Dengan Peruntukkan RM69 Juta Kerajaan Pusat

Selaku rakyat di Negeri Kelantan, kita mengharapkan Menteri Besar yang baru YAB Datuk Ahmad Yakob tidak sebagaimana MB yang dulu yang sering memburukkan kerajaan persekutuan dan tidak bersikap telus terhadap apa-apa sumbangan ataupun peruntukkan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat.

Dalam menghadapi politik baru yang lebih matang, MB perlu lebih jujur dan amanah tanpa perlu dilihat seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat. Kita pun dah letih dah nak menyerang Pas Kelantan ni, diharapkan MB baru bersifat lebih terbukalah selepas ini.

Dalam satu sesi temubual antara MB Kelantan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, MB Kelantan tidak selesa dan seolah-olah cuba menyembunyikan peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta kepada Kelantan.

Perkara itu terlebih dahulu disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum keterpaksaan diperjelaskan oleh beliau, sedangkan dalam pertemuan ini, perkara yang paling penting dan utama adalah mengenai peruntukkan RM69 juta itu, namun kenapa ia cuba dipencilkan.

Mengukuhkan lagi sangkaan itu ia sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh MB di laman Facebook beliau yang turut tidak menyebut mengenai peruntukkan tersebut. Tidak salah, cumanya nampak sangat cuba menyembunyikan peruntukkan itu dari diketahui oleh rakyat, adakah supaya isu kerajaan pusat menganak-tirikan Kelantan itu akan boleh terus dimainkan oleh Pas ?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata "Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan.

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pegawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim di sini hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

沒有留言:

張貼留言