2013年5月7日 星期二

SADIS : Keadaan Masjid Umayyad Yang Dimusnahkan Tentera Bashar Al-Assad (6 Gambar)

ALEPPO - Menara Masjid Umayyad dibina pada kurun ke-8 dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Unesco di Aleppo musnah teruk selepas terkena bedilan mortar ketika pertempuran Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan Syria.


Media tempatan melaporkan, masjid itu adalah sasaran tentera rejim Bashar Al-Assad selepas mendakwa, tentera pembebasan menjadikan kawasan itu sebagai markas dan kubu kuat mereka.

"Bedilan itu dipercayai dilakukan tentera sayap FSA dari puak Jabhat al-Nusra. Namun, kumpulan itu menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa tentera rejim sengaja mahu memusnahkan masjid yang menjadi kawasan tumpuan penduduk Syria," menurut laporan itu.


沒有留言:

張貼留言