2013年5月6日 星期一

Post Mortem Punca Kegagalan BN Tawan Kelantan Pada PRU13, Pengundi Luar VS Penyonglap

Pengundi luar adalah penyumbang utama kepada kegagalan BN untuk memenangi kerusi yang disasarkan di Kelantan, ia tidak dapat dinafikan dan memang itulah penyebabnya.

Namun adakah pengundi luar itu yang hendak kita persalahkan? Bagaimana dengan pemimpin dan jentera Umno melayani mereka ? Adakah janji ditepati ? Wang untuk pengundi luar siapa yang mengtekedarah ? Mereka bukan budak-budak untuk dipersenda mainkan. Harus diingat perbuatan tidak bertanggungjawab ini hanya akan menambahkan lagi kebencian masyarakat terhadap UmnoBN.

Sementara itu, keluhan pengundi luar mengenai perkara ini bermula PRU 12 yang lalu, dan PRU 13 sekali lagi ia berulang, dimana maruah Umno ? Ingatlah kerana adanya Umno-Umno seperti inilah yang menjadikan sebahagian rakyat Kelantan dipandang serong oleh orang luar, mereka menyangka orang Kelantan tak tahu berterima kasih, segala-galanya telah diberikan tetapi masih memilih kerajaan yang haprak. Dalam pada itu, pelbagai label negatif diberikan kepada orang Kelantan semata-mata hanya kerana perbuatan penyonglap.

Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan, Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan, dan Hapuskan terlebih dahulu penyonglap untuk BN bermimpi menang di Kelantan.

Cabaran berhadapan dengan situasi politik seperti hari ini pun masih lagi tak sedar, hebat berbicara soal perpaduan MELAYU, hakikatnya penyonglap didalam Umno inilah yang mengjahanamkan Melayu itu sendiri. Bertenggek didalam Umno untuk kerja menyonglap, dan cabut setelah selesai menyonglap. Segeralah bersihkan Umno dari penyonglap.

Kita cukup kasihan melihat kerja kuat jentera-jentera sukarelawan, Ketua-Ketua Bahagian termasuk Pengerusi Perhubungan yang bertungkus-lumus untuk memenangkan BN di Kelantan, tapi sayang kerja kuat mereka bertahun-tahun itu dinafikan sekelip mata dek kerana perbuatan penyonglap.

Urusetia yang mengendalikan pengundi luar atau pihak berkaitan keatas pengundi luar bagi Parlimen dan DUN yang tewas, seharusnya tampil memperjelaskan kedudukan sebenar mengenai masalah yang dibangkitkan ini. Antaranya data-data pengundi luar adakah ianya dikemaskini, sejauhmana kesungguhan mengesan pengundi luar itu dilakukan, kerana terdapat beberapa nama dan maklumat lengkap mengenai pengundi luar yang dihantar tetapi tidak dihubungi sehingga ke hari pengundian. Apa masalah sebenar yang berlaku?

Jangan biarkan anak-anak Kelantan dirantauan berterusan dipandang serong, sedangkan mereka hanya memprotes diatas rasa tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan keatas mereka. Sebagai bukti jelas, terang dan bersuluh, suka kita rujuk kepada kerusi Parlimen Tanah Merah yang telah dimenangi oleh BN.

Dimana calon BN Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz telah memenangi dengan jumlah majoriti yang selesa iaitu 4227 undi menewaskan calon dari PKR, kerusi ini sebelumnya disandang oleh calon PKR dengan majoriti sebanyak 1584 undi. Persoalannya kenapa pengundi luar di Parlimen Tanah Merah mengundi BN dan tidak mengundi Pas jika benar orang Kelantan tidak tahu berterima kasih,

Apa strategi Ikmal? Adakah beliau mengambil sikap tidak mempedulikan pengundi luar ? Kita bercakap diatas fakta yang berlaku, bukan auta nak penuhkan saku, kita cukup respect akan Ikmal mengendalikan pengundi luar, kerana Gk dimaklumkan oleh beberapa teman yang juga pengundi luar yang mengundi di Tanah Merah, kesemua mereka memuji Ikmal diatas faktor cakna yang diperlihatkan, jadi tidak mustahil ia boleh menang dengan majoriti yang seselesa itu. Syabas dan Tahniah. - Bersambung

Untuk rekod, dibawah adalah antara kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh BN Kelantan pada PRU13.

P.26-Ketereh - Anuar Bin Musa
P.27-Tanah Merah - Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz
P.29-Machang - Haji Ahmad Jazlan Yaakub

P.30-Jeli - Mustapa Mohamed
P.32-Gua Musang - Tengku Razaleigh Tengku Hamzah

Sementara kerusi Dewan Undangan Negeri pula BN berjaya memenangi 12 kerusi daripada 45 yang dipertandingkan.
N.1 - Pengkalan Kubor - Noor Zahidi Bin Omar
N.25 - Kok Lanas - Md Alwi Bin Che Ahmad
N.27 - Gual Ipoh - Bakri@Mohd Bakri Bin Mustapa
N.29 - Selising - Zulkifli Bin Ali
N.31 - Semerak - Zawawi Bin Othman
N.36 - Bukit Bunga - Mohd Adhan Bin Kechik
N.37 - Air Lanas -  Mustapa Mohamed
N.38 - Kuala Balah - Abdul Aziz Bin Derashid
N.42 - Dabong - Ramzi Ab Rahman
N.43 - Nenggiri - Mat Yusoff Abdul Ghani
N.44 - Paloh - Nozula Bin Mat Diah
N.45 - Galas - Ab. Aziz Bin Yusoff

沒有留言:

張貼留言