Sekali imbas tiada apa yang tidak kena dengan pemuda ini, gaya penampilan dan tutur katanya mantap umpama seorang kontraktor, namun difahamkan pemuda yang mengaku dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Kota Bharu ini sebenarnya adalah golongan insan teristimewa.
Apapun, bakat 'sembang' yang ada pada pemuda ini nampaknya lebih kurang saja dengan bakat yang ada pada sebahagian pemimpin Umno yang lain, kekerapan pemuda ini mendengar pemimpin Umno bersembang mengenai projek menyebabkan beliau juga turut terikut-ikut serta mampu mewatakkan kembali watak sebagai seorang pemimpin Umno yang sedang berbicara mengenai projek.
Mungkin jika pemimpin Umno sentiasa bercakap mengenai agama, bangsa dan negara, pemuda istimewa ini juga akan turut bercakap mengenai hal yang sama, begitulah cerminan buat pemimpin Umno, dengan cerminan itu, usahlah orang Umno merasa malu jika 'Adik Mat' yang mengaku sebagai NKP Kota Bharu ini menjadi salah seorang dari pemimpin anda.
Kerana setakat mempunyai bakat sembang projek, 'Adik Mat' juga turut punyai bakat yang sama yang tidak ada bezanya dengan sebahagian besar pemimpin Umno Kelantan yang ada hari ini, sukar sekali untuk kita mendengar sebahagian pemimpin Umno sekarang yang berbicara mengenai perjuangan dan masa depan orang Melayu dalam konteks yang berilmu.
Kebanyakkan mereka apabila mempunyai jawatan didalam parti mereka hanya menggunakan jawatan sebagai platform untuk mencari kepentingan peribadi bukan menyumbang kepada pengukuhan parti, untuk itu pada pemilihan kali ini kita ingin melihat berapa ramai pemimpin yang mempunyai bakat lebih kurang sama dengan 'Adik Mat' ini yang menawarkan diri untuk bertanding, seolah-olah sudah tidak ada lagi golongan profesional yang lebih berkelayakkan untuk diangkat menjadi pemimpin didalam parti. Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言