顯示具有 umno 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 umno 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年9月27日 星期五

Mangkuk-Jebauk Marah Betul Sampai Terbalikkan Lambang Umno Ni

Pejuang Umno perlu ada disiplin dan tahu menghayati roh perjuangan parti yang sebenarnya, namun 'pencari makan' dalam Umno tidak semestinya perlu tahu semua itu kerana perjuangan mereka bukan bermatlamat untuk mengangkat parti sebaliknya mengutip ufti walaupun dengan menterbalikkan parti.

Kita tidak fikir nurani seorang pejuang sanggup menterbalikkan lambang kepada perjuangan agama, bangsa dan tanahair !!! Tindakkan itu terlalu biadap !!! Langsung tidak menghormati  sensitiviti jutaan ahli yang bernaung dibawah parti keramat itu.

Pemimpin datang dan pergi, tapi parti tetap dulu, kini dan selamanya, oleh demikian, bila timbul sesuatu isu, adakah wajar mereka yang mengaku pejuang Umno menyerang dan menterbalikkan lambang Umno seolah-olah memperlihatkan kepada umum dimana Umno tidak lagi relevan, terlalu rosak serta mengiyakan 1001 persepsi negatif yang lain.

Sedangkan yang menjadi permasalahan atau timbul rasa tidak puas hati adalah kepada pemimpin didalam parti bukannya parti, seranglah pemimpin dengan hujah, kenapa menyerang parti ?, menyerang parti seolah-olah semua yang ada didalam parti itu buruk sebagaimana gambaran buruk yang diberikan, dengan itu apa kita fikir rakyat atau golongan muda yang baru hendak mengambil tahu perkembangan politik akan tertarik dengan parti yang dikutuk oleh pejuangnya sendiri ?

Inilah yang payahnya bila pejuang mangkuk-jebauk ni naik toncang kemaruk 'budu', habis semua tembok dia nak langgar, lebih pada 'gangster', asal tak puas hati je 'lerat mejo', tapi habuk pun tarak, tak reti nak guna pendekatan yang baik dan menguntungkan semua, alih-alih yang tak berguna tu jugaklah yang terkial-kial berhempas pulas berguna sepanjang masa walaupun tak terguna seketika, mujur tak gila....

Apapun, dalam hidup ni masalah tetap berlaku tidak semesti dalam politik, jadi kalau hanya dengan satu sahaja masalah yang masih lagi punya ruang rayuan, meroyannya sudah sampai tergamak menterbalikkan lambang kemegahan ahli Umno, apa sebenarnya yang nak diperjuangkan ? Atau sekadar mengampu ? Perlukah membela sehingga menterbalikkan lambang Umno? Atau sudah jadi amalan cari makan terbalikkan apa sahaja tak kira kawan mahupun perjuangan ?.... Anda Mampu Mengubahnya.

2013年9月18日 星期三

Apa Keistimewaan Ahli Umno ? Pemegang Kad Keahlian Bakal Terima 'Durian Musang' King Runtuh ?

Apakah beza antara ahli Umno dan bukan ahli Umno ? Sebagai contoh, jika anda memegang kad keahlian mana-mana pasaraya, anda pasti akan mendapat faedah khas seperti diskaun keatas pembelian sesuatu barangan dimana ia berbeza dengan mereka  yang bukan ahli.

Namun, aneh sedikit apabila anda menjadi Ahli Umno, ini kerana anda tidak akan punyai apa-apa keistimewaan biarpun anda mempunyai kad keahliannya, tiada apa yang boleh dibanggakan selaku ahli kepada parti yang berjaya membentuk kerajaan dinegara ini.

Hakikat itu hendaklah disedari oleh ahli Umno sempena pemilihan parti yang akan diadakan tidak lama lagi, berpuluh tahun menjadi ahli kepada parti yang memerintah sehingga pemimpin atasan bersilih ganti, berlalu pergi membawa isi, tapi ahli bawahan cuma mampu menggigit jari....

Sepatutnya selaku penyokong parti yang bertanggungjawab dalam mengangkat kerajaan Umno-BN untuk kekal memerintah, adalah sangat wajar kiranya ia diberi keistimewaan diatas sesuatu perkara yang berbeza daripada rakyat kebiasaannya, ini supaya mereka dapat berbangga dan terus setia menyokong BN sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi masyarakat untuk menyokong BN.

Pimpinan tertinggi Umno hendaklah peka akan hal demikian dan sudah tiba masanya untuk ia dipertimbangkan, keikhlasan yang ada kepada ahli Umno itu perlu setara dengan keikhlasan yang ada pada pemimpin Umno, jika keikhlasan pemimpin Umno itu turut menerima projek atau tender, kenapa keikhlasan ahli Umno tidak punyai apa-apa kelebihan atau keistimewaan seperti pemimpin mereka.

Jika ahli Umno mendapat BR1M, penyokong Pas atau rakyat kebiasaan juga mendapat BR1M,  jumlah yang dapat pun sama-sama RM500, tiada apa-apa beza, malah ahli Umno juga perlu beratur seperti ahli Pas bagi mendapatkan wang bantuan tersebut. Adakah ianya adil buat ahli Umno yang menyokong untuk mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini ?

Demi masa depan seluruh ahli Umno, bertindaklah sekarang selagimana anda punyai suara yang masih laku untuk digadai, kerana anda juga bakal menjadi veteran, pilihlah pemimpin yang anda yakin ia akan mempedulikan nasib anda sewaktu anda benar-benar memerlukan, ujilah pemimpin yang bakal anda angkat itu supaya kelak anda tidak pernah akan rasa menyesal.

Sebagaimana yang berlaku kepada bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa yang juga merupakan usahawan ikan linang yang tersohor satu masa dahulu, Hj Syukri ikan linang bukanlah satu nama asing bagi warga tempatan, berpuluh tahun beliau berjuang didalam Umno, namun setelah beliau tidak lagi aktif didalam politik disamping keuzurannya, beliau terus tersisih tanpa mendapat pembelaan seolah-olah perjuangan beliau didalam Umno selama ini langsung tidak dihargai.

Bayangkanlah, dengan keterbatasan sumber kewangan, beliau melalui satu kehidupan yang tidak setara dengan segala pengorbanannya terhadap parti kerajaan yang memerintah hari ini, maksud setara itu bukanlah mengharap wang berjuta atau berlapis projek dan tender, namun takkanlah untuk mendapatkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan pun masih tak dapat.

Dimana keistimewaan beliau selaku ahli dan bekas pemimpin bawahan parti yang sedang menguasai kerajaan ini ? Dimana tanggungjawab pemimpin bahagian dikawasan beliau ini ? Apakah nasib beliau dan sewaktu dengannya itu disebabkan kerana ahli Umno sendiri yang tersilap memilih pemimpin ? Kerana dikhabarkan pemimpin bahagian kawasan berkenaan telah pun digantung selama dua tahun kerana didakwa menyeleweng wang peruntukkan PRU13 yang lalu ?

Apapun itulah realitinya yang berlaku hari ini, bergegar berjuang membela kepentingan orang Melayu, tapi pada masa sama nasib ahli parti sendiri pun masih tetap tidak terbela, justeru pilihlah pemimpin yang berwibawa, selidiki dahulu kelayakkan calon pemimpin, terutamanya calon Ketua Pemuda, samada calon itu 'ori' berlatarbelakangkan ketokohan kepimpinan atau hanya calon lompat tikam tunggu projek nak terkam... - Bersambung... Anda Mampu Mengubahnya...
Ramai juga ahli Umno tapi tak daftar sebagai pemilih, kenapa dan mengapa ???

2013年9月10日 星期二

PENDEDAHAN GEMPAR!!! UMNO PULA DISABOTAJ OLEH PEGAWAINYA SENDIRI AGAR PEMILIHAN UMNO JADI TIDAK SAH DAN DIBATALKAN ROS!!!





Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Bahagian Sistem Maklumat(IT) ibupejabat UMNO di PWTC?Bagaimana bahagian keahlian dan unit IT ini boleh membuang dan memasukkan sesiapa saja yang dikehendaki sesuka hati dari atau ke dalam senarai keahlian UMNO?Ramai ahli dari cawangan yang datang ke pejabat UMNO tingkat 20 PWTC kerana nama mereka tiba-tiba hilang dari senarai ahli cawangan setelah

2013年9月2日 星期一

Tun M: Masuk Umno Kerana Mahu Kaya, Beri Peluang Kepada Orang Muda Bersihkan Umno

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya. Beliau juga turut meminta supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan.

"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.

"Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima oleh masyarakat," kata Dr Mahathir yang dipetik dalam satu wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam wawancara itu lagi, Dr Mahathir turut membidas golongan muda zaman ini yang dilihatnya terlalu mengagumi barat serta corak politik liberal barat tetapi pada masa sama masih bergantung kepada bantuan kerajaan.

"Kita dapati ada di antara mereka, termasuk yang terpelajar, yang berpendapat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara tidak lagi relevan. Mereka berpendapat perjuangan untuk bangsa Melayu adalah lapuk dan ketinggalan zaman.

"Yang anehnya ialah mereka sendiri berjaya kerana menikmati dasar kerajaan untuk menolong mereka," kata beliau lagi.

Walaupun golongan muda dilihat penting demi masa depan Umno, Dr Mahathir berkata parti tersebut masih perlu berhati-hati dengan golongan terpelajar yang berpandangan politik liberal kerana bimbang ia akan memesongkan matlamat parti utama kaum Melayu tersebut.

"Kalau mereka ini menyertai Umno, besar kemungkinan Umno akan bertukar menjadi parti yang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi parti liberal ala barat.

"Mereka perlu diberi kursus politik Melayu dan perjuangan Umno mesti diadakan. Walaubagaimanapun, kemasukan mereka adalah penting jika Umno ingin membersihkan imej mereka," ujarnya lagi.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Tun M tak kata

2013年8月20日 星期二

Video - Tajuddin Gila Seks, Keluar Air Dalam Parlimen, Boleh Juga Jadi Pemimpin UMNO ?

Inikah taraf percakapan seorang pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan agama, bangsa dan negaa ? 'UMNO' ? Didalam dewan yang mulia yang sepatutnya digunakan bagi membahaskan perkara yang melibatkan kepentingan umum ternyata disalahgunakan untuk melepaskan klimaks porno yang sedang bermain didalam kepala otak MP Pasir Salak ini.

Andai rakyat mengetahui beginilah sikap pemimpin Umno, adakah rakyat akan terus memberi kepercayaan kepada Umno sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara?, sedangkan pemikiran anak-anak muda hari ini jauh terkedepan dan mempunyai pilihan yang dilihat lebih condong kepada pembangkang.

Ketika mana pembangkang begitu agresif dengan pimpinan muda mereka, Umno terus dihuni oleh pemimpin 'puaka' seperti ini. Penapis 'transformasi' nampaknya turut gagal sehingga dapat dibolosi oleh sekerat dua pemimpin spesis 'puaka' tersebut.

Tidak cukup dengan kekolotan 24 jam berfikiran 'seks',  Tajuddin juga turut dikenali dengan gensterism 'taik kucing' kerana hanya berani terhadap sesama ahli Umno dan juga wartawan, namun bila berdepan dengan pemimpin pembangkang, Tajuddin umpama anjing-anjing kurap yang menyalak bukit.
Dalam parlimen berbahas bagai nak 'rak', bila keluar parlimen dibelainya Salehuddin Ayub sampai tersenyum 'stim', spesis Pak Anu jugak ker ni ?
Kalau Tajuddin berani menampar sesama ahli Umno, kenapa tidak ditamparnya pemimpin-pemimpin pembangkang semasa beliau bertekak didalam parlimen ? Sudah pastilah ada sebabnya dan ada rahsianya...Mengenai kisah Ahli Umno yang ditampar sila rujuk diSINI

Bagaimanapun dek kerana terlalu banyak masalah moral yang melibatkan Tajuddin ini, pendedahan bersiri mengenainya akan menyusul dari masa ke semasa, ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ahli Umno yang bakal menentukan masa depan dan halatuju Umno bersama-sama Tokoh Transformasi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya ianya tidak tersalah pilih. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Cakap merapu porno macam ni pun boleh jadi pemimpin UMNO....Nasib....

2013年8月11日 星期日

Najib: Umno Mesti Berubah, Tapi Tugas Amat Besar Melibatkan Emosi... Ah Jib Gor Tak Yakin Ke ?

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa Umno perlu melakukan perubahan, namun menurut beliau, usaha itu adalah satu "tugas amat besar" yang melibatkan emosi para individu dalam parti tersebut.

Katanya, kesabaran amat diperlukan jika parti tersebut mahu melaksanakan perubahan kerana ia tidak akan hanya berlaku dalam semalaman. Umno sudah melakukan perubahan sebaik sahaja beliau mengambil alih dengan meminda perlembagaan bagi pemilihan pucuk pimpinannya yang mana ia bakal dilaksanakan semasa pemilihan parti pada 5 Oktober ini.

Buat kali pertamanya kira-kira 150,000 anggota Umno dijadualkan memilih pemimpin tertinggi parti itu. Ini berbanding dengan hanya 2,600 delegasi yang biasanya memilih pemimpin parti mereka pada masa-masa lalu.

Menurutnya, agenda perubahan tidak terletak pada dirinya seorang, tetapi ia bermula daripada legasi Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Maka (kini) giliran saya melakukan transformasi, dan saya akan memberi sepenuh komitmen dan yakin akan mampu melaksanakan," kata beliau.

Umno mesti berubah, tapi perubahan itu tidak sebagaimana mudahnya ia disebut, bukan setakat Presiden parti saja yang merasai kepayahan itu, bahkan seluruh rakyat Malaysia turut merasakannya.

Jika Umno benar-benar mahu berubah, daripada mana ianya ingin bermula ?, kerana bila bercakap mengenai perubahan dalam Umno, ia samalah seperti ayam dan telur, kerana bermulanya ayam daripada telur dan bermula juga telur daripada ayam, yang mana lebih dahulu ?

Namun ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan perubahan didalam Umno, perubahan itu mestilah bermula diperingkat bawahan lagi, diperingkat atasan ia sememangnya sudah sukar untuk melenturnya.

Tapi jika diperingkat bawah, ia tidaklah sesusah mana jika benar-benar inginkan perubahan, pertaruhkan saja mereka yang berwibawa, pilih mereka yang berkelayakkan dan punyai ciri-ciri kepimpinan yang mampu membawa masa depan parti ke arah yang lebih baik daripada keadaan yang ada sekarang.

Kalau tidak dipilih pemimpin yang cacar marba, masakan Umno tidak disenangi oleh rakyat dan perlukan perubahan ? Siapa yang menyebabkan pemimpin cacar marba dapat naik bertenggek mengjahanamkan parti ? Bukankah ianya naik kerana dipilih ?

Adapun hendak melakukan perubahan diperingkat atasan, ianya bukanlah satu tindakan yang bijak selain hanya akan menghuru-harakan parti, sebagai contoh jika Najib dibaringkan, pengganti beliau belum tentu juga mampu untuk melakukan perubahan, lagipun Najib ni dah cukup baik dah, yang tak baiknya Ah Jib Gor jer.

Seterusnya faktor masa, keberadaan parti semasa beliau mengambil alih dan tekanan politik dari luar dan dalam yang dihadapi oleh Najib juga perlu diambil kira, dan dalam masa sesingkat itu yang diberikan kepada beliau, sangat tidak adil jika kita mengatakan beliau gagal membawa apa-apa kebaikkan kepada parti, malah....Sambung semula... Ko guano Tok Jib dih ? Anda Mampu Mengubahnya.

2013年8月10日 星期六

#PemilihanUMNO - Calon-Calon Berjiwa Projek Besar Tak Layak Bertanding, Sedang Dikenalpasti

Setiap calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Oktober ini perlu mempunyai kriteria antara lain berjiwa besar dan mempunyai nilai integriti yang tinggi, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata ciri-ciri itu penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih dapat membantu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memperkasakan parti.

"Seramai 150,000 ahli yang layak mengundi perlu memilih pemimpin yang betul-betul dapat terjemah hasrat dan cita-cita rakyat,"

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung tidak merosakkan atau menggugat Umno sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, Umno kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Justeru, untuk tidak menjadikan kenyataan pimpinan Umno itu sebagai retorik, maka hendaklah calon-calon yang akan bertanding itu nanti sedar diri akan kebolehan yang ada pada diri masing-masing.
 
Calon-calon yang berjiwa projek besar dinasihatkan memberi ruang kepada calon yang benar-benar layak atau berintegriti untuk memimpin parti, ia bagi kita melihat UmnoBN mampu berentap dengan asakan pembangkang yang semakin tersusun dan tidak mustahil boleh menumbangkan BN dalam PRU 14 nanti.

Tanpa calon-calon pemimpin yang berwibawa, Umno hanya akan menjadi bahan sejarah yang akan diabdikan dalam lipatan sejarah politik negara, kerana pasti sukar untuk sesebuah parti mempertahankan sebuah kerajaan jika parti itu terpimpin oleh pemimpin 'cacar marba' yang semata-mata ingin mencari projek sekaligus menghambakan orang yang berkhidmat kepada parti dengan segalanya percuma seperti..Klik DiSINI.

Misi serta visi seseorang calon yang akan bertanding itu perlu jelas dan tampil memperjelaskannya, ia juga perlu dilihat mampu untuk diterjemahkan supaya benar-benar dapat direalisasikan dan bukan sekadar penyedap bicara semata-mata.

Perubahan zaman dalam merintis dunia hari ini dengan akses maklumat dihujung jari, sudah tidak relevan lagi bagi pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan sukar untuk berkerjasama dalam perkara yang melibatkan kepentingan parti sebagaimana...Klik DiSINI. Anda Mampu Mengubahnya.

Sedang mengenalpasti calon-calon di Kelantan yang berjiwa projek besar untuk dikongsikan...

2013年8月7日 星期三

Peringatan Dan Akibat Daripada Perbuatan Menyonglap



??????????? ????????? ????????? ????????????? ???????????? ????????? ????????????
�Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil.........� (QS. An Nisaa�: 29)

Di samping itu Rasulullah shallallahu �alaihi wa sallam bersabda:

??? ??????? ????? ??????? ???????? ?????? ???????? ?????? ??????
�Tidak halal mengambil harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya.� (HR. Abu Dawud dan Daruquthni, dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami� no. 7662)

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu �alaihi wa sallam bersabda:

??? ??????? ????????? ????? ??????? ?????? ????????? ????? ???????? ???????? ????? ???????? ?????? ????????? ????? ???????? ????? ???????? ?????? ????????? ????? ?????????? ????????? ???????? ???????? ???????? ?????? ????????????? ????? ????????????? ?????? ????????

"Tidaklah seseorang berzina dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang meminum minuman keras ketika meminumnya dalam keadaan beriman, tidaklah seseorang melakukan pencurian dalam keadaan beriman dan tidaklah seseorang merampas sebuah barang rampasan di mana orang-orang melihatnya, ketika melakukannya dalam keadaan beriman." (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadits yang lain yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Umamah secara marfu' disebutkan:

???? ????????? ????? ??????? ???????? ???????????? ?????? ???????? ????? ???? ????????? ????????? ???????? ??????????� ??????? ???? ??????: ?????? ????? ??????? ???????? ??? ??????? ?????? ?????: �?????? ???????? ???? ???????
"Barangsiapa yang mengambil harta saudaranya dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan masuk surga. Lalu ada seorang yang bertanya, "Wahai Rasulullah, meskipun hanya sedikit?" Beliau menjawab, "Meskipun hanya sebatang kayu araak (kayu untuk siwak)."

BAGI mengingatkan umat Islam mengenai hal ini, Allah SWT berfirman: �Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.� (Al-Baqarah: 188)

Ketahuilah, pemberian terbaik yang Allah anugerahkan kepada seorang hamba adalah keimanan dan ketakwaan. Kekayaan dan kecukupan hidup, hendaknya tidak menjadi kendala seseorang untuk bertakwa. Dia juga harus yakin, bahwa iman dan takwa merupakan nikmat dan kurnia Allah semata. Oleh karena itu, pemberian yang sedikit, jika disyukuri dan dirasa cukup, itu lebih baik daripada banyak tetapi masih menganggapnya selalu kekurangan. Sehingga tidaklah berfaedah limpahan nikmat dan banyaknya harta bagi orang-orang yang tidak bersyukur kepada Allah.  Ingatlah, kekayaan tidak disebabkan harta yang melimpah. 
 
Namun kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan yang terdapat pada jiwa. Yaitu jiwa yang selalu qana�ah (yaitu rela menerima dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki, serta menjauhkan diri dari sifat tidak puas dan merasa kurang yang berlebihan, red) dan menerima dengan lapang dada setiap pemberian Allah kepadanya, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu �alaihi wa sallam.

�Sungguh beruntung orang yang telah berserah diri, diberi kecukupan rizki dan diberi sifat qana�ah terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya�. [HR Muslim]

Dengan sifat qana�ah ini, seorang muslim harus bisa menjaga dalam mencari rezeki atau mata pencaharian. Ketika bermu�amalah dalam mencari penghidupan, jangan sampai melakukan tindak kezaliman dengan memakan harta orang lain dengan cara haram. Inilah kaidah mendasar yang harus kita jadikan barometer dalam bermu�amalah. Allah berfirman :

�Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu�� [an Nisaa/4 : 29].

Rasulullah Shallallahu �alaihi wa sallam telah mengingatkan :
�Setiap muslim terhadap muslim yang lain adalah haram darahnya, harga dirinya, dan hartanya�. [HR Muslim].

Ketahuilah, seseorang yang memakan harta haram, hidupnya tidak akan tenang dan bahagia. Doa yang dia panjatkan akan tertolak. Rasulullah telah menyebutkan sebuah kisah. Yaitu seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sampai keadaannya menjadi kusut dan berdebu, kemudian dia menengadahkan tangannya ke langit seraya berdoa �ya Rabbi, ya Rabbi,� akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dikenyangkan dari yang haram. Lantas, bagaimana mungkin doanya bisa dikabulkan?! [HR Muslim]. 
 
Kepada para majikan, ingatlah! Janganlah Anda menyunat upah para pegawai, atau malah enggan membayarnya. Takutlah kepada Allah. Ketahuilah, para pegawai yang telah bekerja tersebut, mereka telah mengorbankan pikiran, waktu dan tenaga untuk Anda. Para pekerja itu juga memiliki tanggungan anak dan isteri yang harus dinafkahi. Sungguh, celakalah orang-orang yang berbuat zalim. Rasulullah Shallallahu �alaihi wa sallam telah mengingatkan.

�Berilah upah kepada para pegawai sebelum kering keringatnya�. [HR Ibnu Majah].
Bahwa usaha yang haram tidak akan menghasilkan, kecuali kebinasaan. Suap demi suap makanan yang didapat dari jalan haram, akan menurunkan harga diri kita di masyarakat. Sebaliknya, usaha yang baik dan halal, walaupun sedikit, akan menjadi pahala dan tabungan yang selalu bertambah tidak terputus di akhirat dan berbarakah.
 
 Sabda Nabi Shallallahu �alaihi wa sallam.
�Barangsiapa yang memperhatikan orang yang dilanda kesusahan, atau bahkan ikut menghilangkan kesusahannya, maka Allah akan menaungi dirinya pada hari Kiamat� [HR Muslim].

Akhirnya, marilah dalam mencari rizki, tetaplah dari jalan yang halal, yang diridhai Allah, sehingga kita akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Kita hindari sejauh-jauhnya jalan-jalan yang diharamkan. Dan tidak ada kebenaran, kecuali datang dari Allah dan RasulNya. Wallahu a�lam. - Sumber pelbagai

2013年8月3日 星期六

Video - Sadis! Niat Murni Blogger Hancur Berkecai

Niat murni seorang remaja untuk menyambung pelajaran ke menara gading menggunakan wang perbelanjaan sendiri tanpa menyusahkan kedua orang tuanya tidak kesampaian setelah virus 'kencing tikus' dilaporkan telah mengjangkiti remaja berkenaan.

Kesungguhan remaja itu datang ke Kelantan dalam usaha membantu jentera maya UmnoBN ketika PRU 13 sebelum membina sebuah blog yang dikenali sebagai 'KakirayauKB' itu dikatakan langsung tidak dihargai, malah segala janji pihak pengurusan Siber BN Kelantan kepada remaja itu juga didakwa turut dimungkiri, dan biarpun sudah 4 bulan hal ini berlalu, namun difahamkan tidak ada sebarang respon daripada pihak terbabit, bahkan panggilan dan pesanan ringkas yang dibuat oleh beliau dan 'mangsa' juga tidak dilayan.

Di usia remaja yang baru hendak mengenali dunia politik dan perjuangan, beliau sudah terkena dengan penangan 'perosak' yang berimej Umno, apa yang remaja ini akan rasakan setelah beliau dikencing sebegitu kejam? niat murninya yang sudah diberitahu kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan sedikit sebanyak membuatkan beliau rasa malu apabila perkara itu tak dapat ditunaikan. Pernahkah pemimpin Umno terfikir akan akibat dari merosakkan jiwa anak muda ? Tidak memberontakkah mereka ini ? Bukankah Umno juga yang akan jadi mangsanya ?.

Sedarlah, sejauhmanakah kita ingin melindungi perbuatan yang langsung tidak bermoral ini ? perbuatan yang menyusahkan sekalian 'orang' tidak seharusnya bermaharajalela lagi didalam Umno. Andai ringan mata memandang, sangat berat bahu yang memikulnya, andai hari ini terkena pada orang, esok lusa entah giliran siapa pula. 

Antara hasil kerja yang dibuat oleh blogger kakirayauKB sebagaimana video dibawah, biarpun beliau bukan berasal dari Kelantan, tapi kesungguhannya dalam membantu BN pada PRU 13 lalu memberanikan beliau untuk turun padang dan meninjau serta menemuramah penduduk kampung yang telah diabaikan oleh kerajaan Pas Negeri Kelantan. Usaha yang sepatutnya dihargai ini tidak terlepas dari menjadi mangsa kepada virus 'kencing tikus' berkenaan.
 
Semasa saya berkhidmat dalam Team Jentera Siber Kelantan yang diketuai oleh Dot Dot Dot tersebut, saya dijanjikan dengan elaun dimana dalam fikiran saya elaun tersebut saya mahu simpan dan guna untuk menampung perbelanjaan saya ketika saya mula melanjutkan pelajaran. Tetapi malangnya, elaun tersebut hanya didalam fikiran sahaja dan tidak pernah wujud didalam alam nyata.

Saya juga pernah mendengar bahawa Dot Dot Dot tersebut menjanjikan elaun harian kepada jentera. Tetapi seperti saya katakan tadi, hanya dijanjikan sahaja tetapi elaun tersebut tidak pernah ada depan mata. Saya bukan mata $ ataupun kaki kipas, saya hanyalah orang yang berpegang pada janji. Saya lakukan kerja apa yang.....Selanjutnya baca diSINI

# Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti dan maklumat berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya 'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.

2013年7月30日 星期二

Video - Noh Omar 'Kecep Kelate' Dengan NKP Kota Bharu Mengenai Projek ?

Sekali imbas tiada apa yang tidak kena dengan pemuda ini, gaya penampilan dan tutur katanya mantap umpama seorang kontraktor, namun difahamkan pemuda yang mengaku dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Kota Bharu ini sebenarnya adalah golongan insan teristimewa.

Apapun, bakat 'sembang' yang ada pada pemuda ini nampaknya lebih kurang saja dengan bakat yang ada pada sebahagian pemimpin Umno yang lain, kekerapan pemuda ini mendengar pemimpin Umno bersembang  mengenai projek menyebabkan beliau juga  turut terikut-ikut serta mampu mewatakkan kembali watak sebagai seorang pemimpin Umno yang sedang berbicara mengenai projek.

Mungkin jika pemimpin Umno sentiasa bercakap mengenai agama, bangsa dan negara, pemuda istimewa ini juga akan turut bercakap mengenai hal yang sama, begitulah cerminan buat pemimpin Umno, dengan cerminan itu, usahlah orang Umno merasa malu jika 'Adik Mat' yang mengaku sebagai NKP Kota Bharu ini menjadi salah seorang dari pemimpin anda. 

Kerana setakat mempunyai bakat sembang projek, 'Adik Mat' juga turut punyai bakat yang sama yang tidak ada bezanya dengan sebahagian besar pemimpin Umno Kelantan yang ada hari ini, sukar sekali untuk kita mendengar sebahagian pemimpin Umno sekarang yang berbicara mengenai perjuangan dan masa depan orang Melayu dalam konteks yang berilmu.

Kebanyakkan mereka apabila mempunyai jawatan didalam parti mereka hanya menggunakan jawatan sebagai platform untuk mencari kepentingan peribadi bukan menyumbang kepada pengukuhan parti, untuk itu pada pemilihan kali ini kita ingin melihat berapa ramai pemimpin yang mempunyai bakat lebih kurang sama dengan 'Adik Mat' ini yang menawarkan diri untuk bertanding, seolah-olah sudah tidak ada lagi golongan profesional yang lebih berkelayakkan untuk diangkat menjadi pemimpin didalam parti. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年7月28日 星期日

'Jogho Kelate' Menghilang 'Jogho Malaysia' Pula Yang Menimbul

Dimanakah anak muda ini ? Sewaktu PRU 13 yang lalu beliau antara dari salah seorang yang dilihat paling 'kalut' bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kelantan, dan pernah satu ketika, hampir jam 1 pagi, dimana orang lain sedang nyenyak tidur atau sedang ber'kopitiam', saya terjumpa beliau dan beberapa orang jenteranya yang sedang memasang poster gerakkan TUKAR di Jalan Lundang, namun sekarang, ketika mana orang lain sedang 'kalut' lagi 'ribut' menawarkan diri bertanding merebut jawatan didalam Umno, beliau pula sunyi sepi, membuatkan saya tertanya dimanakah beliau ?

Bukan berniat untuk menafikan hasil kerja atau sumbangan orang lain, tapi sekadar menyatakan kebenaran mengenai individu yang pernah tampil menghidupkan kembali suasana politik UmnoBN di Kelantan dalam PRU 13 lalu. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih ingat dengan sebuah gerakkan yang dikenali sebagai gerakkan TUKAR, dan sebagai makluman, beliau jugalah perancang utama kepada gerakkan tersebut.

Sebuah gerakkan yang boleh kita anggap sebagai berjaya biarpun BN masih lagi gagal menawan negeri berkenaan, kerana kegagalan itu adalah disebabkan kegagalan yang dicipta sendiri oleh kebanyakkan jentera BN, namun bilangan kerusi yang dimenangi oleh BN tetap bertambah.

Berbalik kepada cerita mengenai individu ini, saya difahamkan 'sunyi sepi' beliau disaat orang lain sedang 'kalut ribut' adalah disebabkan sekarang ini beliau sedang mengerjakan umrah, mungkin sekembalinya nanti dari mengerjakan umrah beliau akan kembali aktif dan menawarkan diri untuk bertanding dalam apa-apa jawatan yang beliau rasa layak untuk digalasnya.

Pada pendapat peribadi, individu seperti beliau seharusnya diangkat oleh ahli-ahli Umno supaya kepimpinan Umno nanti akan terdiri dikalangan mereka yang agresif dan punyai idea yang boleh memberi manfaat kepada parti. Bayangkan jika mereka yang mengepalai sayap-sayap parti di semua bahagian di Kelantan merupakan individu seperti beliau, apakah anda rasa mustahil untuk BN mengambil alih pentadbiran negeri itu dalam PRU 14 nanti ?.

Pertelagahan pendapat dalam sesuatu hal memang sukar untuk dielakkan, tapi tidak semestinya kita menyempitkan fikiran dengan pertelagahan pendapat itu bagi kita menafikan kebolehan yang ada padanya. Tambahan pula jentera-jentera yang berkerja dibawah beliau yang setakat saya tahu tidak ada seorang pun yang merungut di'kencing' oleh beliau, masing-masing mereka berpuas hati.
Bagaimanapun jika kita pergi jauh sedikit, kita dapat melihat individu yang lebih kurang sebaya juga dengan beliau dan diberikan amanah untuk mengepalai sesuatu kumpulan, dan pada masa sama bercita-cita besar sama besar dengan 'bual'nya, terbukti cacar marba dan tidak amanah sekaligus boleh menjadi ancaman kepada parti jika individu seperti ini yang diangkat untuk menjadi pemimpin dalam parti.

Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Justeru, mana-mana individu yang merasakan layak untuk bertanding jawatan didalam parti, pastikan anda benar-benar layak dan terbukti kelayakkanya setelah berpengalaman menjadi 'Jogho', kalau pengalaman menjadi 'Jogho' kumpulan pun gagal kerana tidak amanah, macammana nak jadi 'Jogho' untuk negeri ? Hah apa ? Nak jadi 'Jogho' Malaysia !!! lagi-lagilah brotherrrr!!! Anda Mampu Mengubahnya.

Gosip panas mengenai calon-calon Umno di Kelantan klik diSINI.

Berani kerana benar, takut kerana saloh, kito jange brona, takutnya buleh pekdoh...

PEMIMPIN UMNO YANG TERINGIN NAK TAWARKAN DIRI, PERLU TENGOK DIRI SENDIRI DULU!!!




Pemilihan Agung UMNO sudah semakin menghampiri. Biarpun kempen secara rasmi belum diumumkan namun, sudah ramai yang membayangkan yang mereka akan menawarkan diri untuk kesemua jawatan utama yang terdapat dalam UMNO.

Antara alasan yang akan diberikan oleh para pemimpin berkenaan adalah, mereka mahu menyemarakkan demokrasi dalam UMNO. Mereka juga akan BERAZAM untuk memastikan UMNO bergerak maju

2013年7月27日 星期六

PERTANDINGAN MEREBUT JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO AKAN BERTAMBAH MERIAH TAHUN INI!!!




Nama-nama mereka yang memegang jawatan selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO setiap negeri telah diumumkan semalam. Walaupun ada yang sebelum ini melantik diri sendiri, namun akhirnya dia berjaya mendapat apa yang diidam-idamkan walaupun hakikatnya negerinya kalah.

Pun begitu, perlantikan tersebut dilihat hanya bersifat sementara. Ramai yang menyatakan bahawa ianya

2013年7月8日 星期一

PEMIMPIN UMNO MANA YANG SEBENARNYA JADI KUDETA ANWAR IBRAHIM DAN KIT SIANG?




Benda buruk dan busuk memang susah nak disorokkan. Walaupun lakonan sebagai ahli dan pemimpin UMNO kelihatan mantap tetapi hakikatnya para pengundi UMNO dan Barisan Nasional dapat melihat serta menilai sendiri tingkah laku yang ditunjukkan jelas adalah gerak kerja dan penyusupan Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang.

Bukan sedikit pemimpin UMNO termasuklah yang berjawatan Menteri yang telur dan

2013年7月5日 星期五

Perebutan Jawatan Dalam Umno Kelantan Parah, Alwi Sifatkan Bermain Muzik Atas Kapal Titanic

Demi perjuangan untuk agama, bangsa, dan negara, beberapa pemimpin dalam bahagian Umno di Kelantan dilaporkan sedang bercakaran dan memburukkan keperibadian antara satu sama lain, ia bertujuan untuk memastikan kemenangan mereka bagi mengepalai bahagian dalam meneruskan kesinambungan perjuangan parti yaitu demi agama, bangsa dan negara. ( bukan projek )

Situasi ini berlaku setiap kali adanya pemilihan didalam Umno, dimana pemimpin saling berebutan untuk memegang jawatan penting didalam parti tersebut, bayangkan betapa murninya hati mereka untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara sehingga sanggup berhabisan wang dan bercakaran sesama sendiri, namun kemurnian hati mereka itu langsung tidak dinilai oleh rakyat Kelantan, apabila didapati kesemua bahagian yang sedang bercakaran itu kalah pada setiap PRU termasuk PRU13 yang lalu.

Bahagian-bahagian yang dilihat ketara dengan masalah ini adalah bahagian Pengkalan Chepa dan Pasir Mas, manakala dibahagian Kubang Kerian masalah ini dilihat baru ber'bunga' dan belum lagi berbuah, sementara di lain-lain bahagian ianya dilihat masih terkawal biarpun ada desas-desus yang mengatakan keadaannya turut 'tak berapa sedap duduk'.

Bagaimanapun melihat keadaan yang semakin tidak keruan itu, ia melahirkan rasa kekecewaan Setiausaha Barisan Nasional Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, beliau dalam satu kenyataan di media sosial Facebook berkata,

"Sangat sedih hati melihat beberapa gelagat mereka di beberapa bahagian umno di kelantan.... kerana nak berebut jawatan dalam parti terutama ketua dan timbalan..habis porak peranda memburukkan rakan rakan dan sahabat dalam parti sendiri.. budaya apa kah ini ?.. Jika nak menawarkan diri.. tawar lah atas kewibawaan dan kehebatan kita.. Jangan punahkan kawan-kawan dan jangan MELAMPAU??? apa yg nak direbut ni...macam-macam slogan keluar.. ASAL BUKAN SI ANU..... YaAlllah.. Memualkan dan memalukan......"
Alwi turut mengingatkan pemimpin yang sedang berebut jawatan itu dan mengumpamakan perebutan itu sebagaimana dalam filem Titanic, dimana pasukan muzik masih bermain gitar dan violin saat kapal mereka sudah hampir tenggelam.

"Usahlah berebut jadi pemimpin.. Kuasa apa yang nak di gilai.. Rakyat dah dok kata???? ADA AKU KESAH?..  Kita dok berebut lagi.. Macam dalam filem titanic.... Kapal dah nak tenggelam.. Pasukan music masih dok main guitar dan tiup violin... Apa nii?..."

Dah nak tenggelam ni sudah kira parah ni, betul-betul parah, agaknya bila nak tenggelam ?, jom sama-sama henjut bagi cepat tenggelam, ingat ke pemimpin berhati murni kisah ke nak tenggelam ke nak timbul ke ?, Ada aku kisah ? Aku tak kisah!, janji aku nak dan aku dapat projek, kalau tak, takkan gila aku nak berebut, yang tak berkaitan tak payah sibuk-sibuk, jangan nak dengki kerana aku KAYA dan aku berjaya untuk dapatkan projek.

Pasal perjuangan Umno ni tak perlulah nak diambil serius sangat, tiada apa yang penting dan perlu untuk di'seriuskan'. Kalau nak tenggelam, tenggelamlah, kaau nak berkubur, berkuburlah. Kalau buat serius dah jadi macam lawak bangang, kerana dapat kita lihat pemimpin Umno sendiri pun buat main-main je, atau anda lihat mereka serius ? Serius mereka itu POLITIK, perjuangan mereka itu RETORIK, hakikatnya semua DUIT @ PROJEK.

Siapa yang nak nafi ?, mana ada orang zaman sekarang ni gila nak perjuangkan demi agama, bangsa dan negara sampai berebut-rebut  macam ni.

Tapi sayang, hanya suara Setiausaha Barisan Nasional Kelantan sahaja yang kedengaran, dimana suara Pengerusi Perhubungan BN Kelantan ? Sebagai 'kepala' atau nakhoda kepimpinan negeri yang bertanggungjawab, tak patut beliau bisu, langsung tidak menunjukkan tokoh kepimpinan yang baik dalam menerajui Umno di Kelantan.

Difahamkan, biarpun sudah dimaklumkan kepada Tok Pa akan berlakunya penyelewengan sehingga ada protes dan pemberontakkan di bahagian Pengkalan Chepa, tapi Tok Pa tak ambil kisah, malah Tok Pa melindungi pemimpin tertentu sebelum berindak mengarahkan akhbar-akhbar supaya tidak melaporkan mengenai demontrasi yang dilakukan oleh Umno bahagian Pengkalan Chepa pada beberapa bulan yang lalu.

Masalahnya, jika tuduhan yang dibuat itu tidak benar, kenapa tidak diambil tindakan, yang menuduh itu bukan orang luar Umno, bukan 'anonymous', tapi mereka yang dikenali yang turut punyai jawatan didalam Umno, sepertinya tuduhan itu benar, tapi ada cubaan untuk melindungi 'perosak'. Kalau bantahan dan rasa tidak puashati itu dibuat di media sosial, tidak kisah sangat, namun jika bantahan dibuat secara terbuka dan nyata, siap konvoi lori dan kereta, ini bukan kecil punya hal.

Kita akui, sukar untuk buat semua orang suka, tapi bila tak suka itu lantang dan nyata dizahirkan mengalahkan pembangkang, apa lagi yang nak ditunggu ? Ia mesti disiasat, dan salah satu pihak perlu diambil tindakan, lepas tu barulah boleh Tok Pa nak mengulangi kata-kata "kali ni (PRU14) kita yakin BN mampu tawan Kelantan, kerana kita lihat penerimaan rakyat semakin baik, banyak program yang kita buat mendapat sambutan, InsyaAllah, gelombang.....merah... gelombang.....merah... gelombang.....merah... Pah cerah..... Anda Mampu Mengubahnya.

2013年7月3日 星期三

UMNO PATUT BELAJAR DARI DAP!!! JANGAN MALU, JANGAN SEGAN, TIRU SAJALAH!!!




Belum pernah berlaku dalam sejarah, tiada sebarang soalan lisan dibenarkan untuk disoal dalam persidangan Dewan Undangan. Hanya setelah Pakatan Rakyat menang, barulah ianya berlaku. Penggal lepas, ia berlaku di Kedah. Penggal ini berlaku pula di Pulau Pinang.

Tak payah ulas panjang-panjang mahupun mengutuk mengecam keputusan yang telah dibuat oleh Speaker DUN Pulau Pinang atas arahan Kerajaan

2013年6月28日 星期五

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO-BN... TOLONGLAH JANGAN JADI BALACI PAKATAN RAKYAT!!!



PRU13 dan selepas itu, bukan lagi seperti PRU sebelum-sebelum ini. Terlalu banyak isu yang dibangkitkan dan terlalu banyak semangat yang ditunjukkan oleh para pengundi mahupun penyokong. Gabungan PAS-PKR-DAP sememangnya mantap dan sentiasa dapat menyibukkan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan parti-parti komponen Barisan Nasional, khususnya UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN bercempera dan cuba

2013年6月27日 星期四

MUHYIDDIN YASSIN AKAN TENTANG NAJIB ABDUL RAZAK SEBAGAI PRESIDEN UMNO... PERANG PASTI HEBAT!!!




Seronok sungguh menengokkan perangai pecacai yang tidak tahu pun bagaimanan UMNO bergerak dan beroperasi lebih-lebih mereka yang begitu sibuk dengan pemilihan agung UMNO nanti, merupakan orang luar yang dalam kebanyakan masanya membela Pakatan Rakyat walau dengan apa cara sekalipun.

Mereka cukup seronok membicarakan tentang pertembungan antara Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dengan

2013年6月20日 星期四

Zahid Hamidi Sifatkan Peluk Lim Guan Eng Seperti Melepaskan Anjing Tersepit ?

"Spt melepaskan anjing tersepit, biarpun nilai kemanusian patut atasi perbezaan. Semua dipolitikkan. Murahnya nilai maruah dia". Itulah kenyataan yang menggambarkan kemarahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Umno. (rujuk pada klip video dibawah.)

Kenapa Zahid tak tanya 'apa lagi cina mahu?', setelah beliau sendiri yang turun padang melawat keluarga mangsa disamping mesra berdakapan dengan Lim Kit Siang, akhirnya sebagai tanda penghargaan diatas keprihatinan Zahid itu, Lim Guan Eng membalasnya sebagaimana kenyataan pada rakaman video diatas.

Lim Guan Eng - "Who ever lah, Umno ka, JKP ka, kakaka ka, kita hantar saja"

Ahmad Zahid Hamidi - "Murahnya nilai maruah dia".

Bagaimanapun, wayang cina yang dimainkan oleh Lim Guan Eng sangat jelas kelihatan, tapi tidak mengapa, masa masih panjang, kita akan sama-sama boleh melihat sejauhmana wayang itu hendak dimainkan. Secara zahirnya mungkin kenyataan mereka itu bunyinya seperti 'kasar', tapi itulah politik, disebaliknya punyai maksud yang tersirat demi masing-masing menjaga kepentingan politik masing-masing.

Pemimpin Umno selamanya takkan serik dipermainkan oleh komunis, mereka lebih suka membantu komunis daripada membantu pejuang, apakan daya ? Anda Mampu Mengubahnya.

2013年6月16日 星期日

BN Gagal Tawan Kelantan Kerana 'Pitis'

Punca kegagalan Barisan Nasional Kelantan mengambil alih negeri itu sehingga ada sesetengah pihak lantang menyalahkan pihak lain seharusnya tidak timbul jika semua pihak sedar akan kedudukan yang sebenar.

Lebih malang lagi kesalahan itu diletakkan kepada pihak luar seperti NGO dan juga media khasnya media maya. Biarpun bunyinya agak 'lucu', tapi itulah hakikat yang syok diperdendangkan oleh sebahagian pihak yang kita fikir punyai kepentingan tertentu keatasnya.

Perlu diketahui, sehebat manapun gerakan NGO dan media, itu bukan penentu mutlak kepada kemenangan, faktor utama kemenangan adalah terletak kepada calon itu sendiri, bagaimana calon mengendalikan jenteranya supaya berkerja dengan lebih jujur dan amanah, tapi hal ini jarang untuk diperkatakan, mungkin kerana ia tidak mendatangkan manfaat yang besar sekalipun ianya diperkatakan atas sebab tidak ada kepentingan tertentu.

Sebagai contoh apa yang berlaku dan diperkatakan oleh pengundi disini adalah mengenai sikap seekor dua jentera BN yang mungkir janji atau menipu pengundi, antaranya, dilaporkan sebelum hari mengundi ada beberapa petugas parti yang mengadakan perjumpaan dengan pengundi selain menjanjikan sedikit saguhati yang akan diberikan semasa perjumpaan tersebut.

Pada awalnya perjumpaan itu dirancang di New Horizon Garden dan menjanjikan RM100 seorang sebagai saguhati, namun selepas itu perjumpaan tersebut diadakan di restoran sebelah stesyen minyak Caltex Wakaf Che Yeh dan diberikan cuma RM20 tidak sebagaimana yang dijanji, dengan kelakuan jahat yang seolah-olah memperbodohkan pengundi itulah yang menyebabkan kebanyakkan pengundi berdendam dan membalasnya semasa pilihanraya.

Bukan satu dua kes saja yang berlaku, banyak kes seperti itu berlaku, namun ianya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, jadi tidak perlu dihairankan jika anda melihat calon terbaik yang diletakkan oleh BN tewas dengan majoriti yang begitu teruk sekali, kadang-kadang buntu memikirkannya, kenapalah rakyat tolak pemimpin sebaik ini ? Sedangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat sebelum hari pengundian dan semasa hari penamaan calon mustahil untuk pemimpin berkenaan kalah dengan majoriti seteruk itu.

Kalau dari awal lagi kita lihat rakyat tidak cenderung kepada BN, tidaklah kita terkejut dengan kekalahan dengan majoriti yang teruk itu, namun itulah penangan hasil dari tindak tanduk segelintir mereka yang pentingkan poket sendiri tanpa melihat kesannya kepada parti.

Begitu juga dengan sebahagian Penyelaras DUN yang angkuhnya mengalahkan Menteri, buat apa kerajaan melantik Penyelaras DUN ni pun kita tak tahu ? Kalau tiada Penyelaras DUN tentu rakyat tidak akan pergi memohon apa-apa bantuan, rakyat pun tak sakit hati, tapi bila sudah ada, maka rakyat akan pergi pohon bantuan, yang menjadi masalahnya bantuan yang nak diberikan itu seolah-olah kepunyaan peribadi Penyelaras DUN.

Disamping masa proses yang lama, jawapan Penyelaras DUN ni pun dah buatkan rakyat sakit hati, tapi kalau bantuan itu dipohon oleh saudara mara mereka, cepat pula bantuan tu sampai, ni masalahnya, tak telus, sepatutnya kewujudan Penyelaras DUN ni menguntungkan BN, sebaliknya sangat-sangat merugikan, jadi buat apa ada Penyelaras DUN wahai Kerajaan ? Adakah untuk menambahkan kebencian rakyat ?

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbetulkan diperingkat bawah ini, itu belum dikira lagi pasal peruntukkan yang disonglap, ada setengah tu peruntukkan jentera pun disonglap apatah lagi peruntukkan kepada rakyat, tapi yang tu biarlah dulu, kita kira semula, sebab panjang sangat.

Kesimpulannya kekalahan BN tidak seharusnya dipersalahkan kepada NGO, media, rakyat dan pengundi luar, sebaliknya perkara yang disebutkan diatas perlu diberikan perhatian, yang tidak bersalah saling menunding jari, namun yang sebenar-benarnya bersalah sedang syok menikmati hasil dari memberi sumbangan kepada kekalahan BN di PRU 13 yang lalu. Anda Mampu Mengubahnya.

GSPS - 'Gerok Sikit Pitis Selaluh'