2013年7月15日 星期一

Video - Panas !!! Che Long Umum Tarik Diri Bertanding PRK Kuala Besut ?, Merajuk Kerana Hanya 3 Minit Dibenarkan Bercakap

Apa sudah jadi dengan calon Pas PRK Kuala Besut Azlan Yusof@ Endut ni ? Macam-macam perkara pelik yang berlaku keatasnya, Pas yang sepatutnya dahulukan Ulamak sebagai calon diambilnya kontraktor kelas 'A' sebagai calon, bila rasa kurang percaya akan kesetiaan calon kontraktor itu, disuruhnya berbai'ah dihadapan khayalak ramai.

Tak cukup dengan itu, semalam mulutnya pula di plaster dan tidak dibenarkan untuk bercakap, bayangkanlah seorang kontraktor kelas  'A' dilabelkan sebagai kurang pandai dan lurus bendul, mahu dia tidak angin dan merajuk serta meng'kelaskan dirinya sebagai pengangkat bendera, aduh!!!! lagi gawat pengangkat bendera dijadikan calon oleh parti berwibawa Islam.

Adun Pas Chukai dilihat terlalu memperlekehkan calon berkenaan, tekanan yang dihadapi dari dalaman Pas sendiri sudah cukup membuatkan calon ini kelihatan 'isim', tindak tanduk beliau yang perlu diawasi seperti budak-budak itu pasti mengjengkelkan, bawa diri sendiri pun tak pandai, macammana nak bawa orang lain ? 

Dengan keadaan yang berlaku ini bersandarkan kepada ketahanan mental kontraktor kelas 'A' berkenaan, jika situasi itu berterusan tak mustahil beliau akan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding, kerana dalam bai'ah juga tidak disebutkan jika calon Pas itu menarik diri beliau akan dilaknat.

Tapi jika nak diikutkan, kalau seorang yang lurus bendul, jika diarahkan supaya tidak bercakap, ikut jerlah arahan, tak perlulah nak merajuk sampai kelaskan diri sebagai tukang gantung bendera, kerana tukang gantung bendera pun tak 'isim' seperti beliau, tukang gantung bendera, bila dipilih untuk menjadi tukang gantung bendera, rasanya belum ada lagi tukang gantung bendera yang tak nak ambil elaun dan mengupah orang lain untuk menggantungkan bendera.

Che Long dah jadi 'Wok Long Pok Dogol', bila jadi Wok Long Pok Dogol maka beliau sudah tidak boleh bergerak sendiri selain ia digerakkan oleh dalang, Watak Wok Long Pok Dogol seperti didalam wayang kulit itu samalah dengan Wok Long calon Pas ini. 

Untuk makluman, pertama kali dalam sejarah Pas apabila calon mereka hanya dibenarkan untuk menyampaikan ucapan selama kira-kira 3 minit sahaja, dan sejarah ini dimulakan oleh Wok Long pada ceramahnya semalam, dalam masa 1 minit setengah beliau menyampaikan kata-kata aluan, dan seminit pula isi ceramahnya, kemudian 30 saat lagi digunakan untuk termenung sebelum beliau mengakui beliau tidak boleh bercakap panjang kerana beliau hanya seorang angkat bendera sahaja. 

Bagaimanapun ada baiknya juga jika Wok Long kembali menjadi Che Long, mana mungkin seorang Kontraktor kelas 'A' yang berjaya 'deal' projek ratusan juta itu boleh diarahkan berhenti bercakap seperti cikgu arahkan budak darjah 1 supaya senyap semasa didalam kelas, tapi budak darjah 1 disuruh senyap hanya didalam kelas kerana bising bukan kerana kurang pandai seperti yang didakwa oleh Adun Chukai terhadap Che Long.

Kontraktor kelas 'A' diperbudakkan seperti badut sarkas oleh pimpinan Pas. Dimana maruah Wok Long ? Mana air muka Wok Long nak letak ? Tu pun belum lagi keluar isu mengenai kenapa isteri Wok Long langsung tidak kelihatan membantu Wok Long sebagaimana calon BN dan mana-mana calon yang lain, ehem, ehem, ada apa-apa ke Wok Long ? Macam mana Wok Long nak jawab ? Jawab betul-betul !!! kahkahkahkahkahkah . Anda Mampu Mengubahnya.

Bendera mana yang sebenarnya Wok Long angkat ? Adakah bendera putih sebagaimana yang dicadangkan oleh Datuk Seri Idris Jusuh ?....jeng...jeng...jeng

f

沒有留言:

張貼留言