2013年7月18日 星期四

Video - Nik Amar Bantu Ahmad Said Jawab Isu Kerajaan Rampas Tanah Rakyat Di #KualaBesut @tunfaisal @ahmadmaslan

Menjelangnya PRK Kuala Besut, fitnah terhadap Kerajaan Negeri Terengganu yang didakwa rampas tanah rakyat di Kampung Layout, Tok Saboh semakin hangat dimainkan oleh Pas, namun Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said masih mampu menjawab dengan sabar dan 'tertib terning', sepatutnya MB Terengganu perlu belajar dengan TMB Kelantan cara bagaimana untuk menjawab isu berkenaan.

Zalimkah kerajaan Negeri Terengganu apabila bertindak mengambil semula tanah yang berstatus untuk diduduki sementara bagi tujuan membina rumah rakyat ? Pengambilan  dengan membayar wang pampasan serta turut diberikan seunit rumah itu seharusnya disyukuri rakyat.

Bagaimanapun untuk pengetahuan umum, hanya seorang saja daripada 4 keluarga yang terlibat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri mengambil tanah itu bagi pembinaan rumah rakyat, ianya dikenalpasti sebagai seorang pengikut tegar Pas dan punyai niat tertentu yang mendorong rasa tidak puas hatinya itu.

Jika tindakan Kerajaan Negeri Terengganu itu dianggap zalim, macammana pula dengan Kerajaan Pas Kelantan bilamana berdepan dengan masalah yang sama ? Bukankah Kerajaan Pas Kelantan lebih zalim ? Pengambilan tanah yang dilakukan mereka kemudiannya diberikan kepada 'tauke cina' tanpa diberikan rumah kepada rakyat apakah itu tidak zalim ?

Tindakan dan tujuan mengambil semula tanah oleh kedua-dua kerajaan negeri ini jauh berbeza, diatas sebab itu juga masalah yang berlaku pada 2012 ini tidak dijadikan isu semasa PRU 13, kerana Pas sedar kiranya ia dijadikan isu dalam PRU 13 yang lalu, sudah pasti isu berkenaan turut akan memberi kesan terhadap pemerintahan Pas di Kelantan.

Apapun MB Terengganu perlu belajar mengatasi perkara ini daripada pemimpin Pas itu dengan memberi jawapan rakus seperti TMB Kelantan, lagi cantik jika rakaman kenyataan TMB Kelantan bersabit isu tanah itu dipasang dalam cceramah-ceramah yang diadakan BN. Kerana dengan pendedahan itu ia mungkin akan menyedarkan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Momentum PRK Kuala Besut setakat ini tiada 'can' buat Che Long cari makan

Video diatas TMB Kelantan cuba bantu MB Terengganu jawab isu berkaitan 'rampas tanah rakyat, semantara video dibawah pula adalah rakaman yang dibuat dengan penduduk di Kampung Layout Tok Sabah


Penduduk di Kg Layout tekad terus sokong BN

Semua rumah dikawasan ini memasang bendera BN, rahsianya 'Janji Ditepati'

Biarpun tidak banyak bendera BN di salah satu lorong di Kg Layout ini , tapi bendera bulan tetap tidak kelihatan

BN akan terus kekal menguasai DUN di Kuala Besut, babai to 'Che Long cari makan'

沒有留言:

張貼留言