Ketaksuban tidak lagi relevan dengan perkembangan dunia hari ini, lebih-lebih lagi ketaksuban kepada parti politik sehingga membuatkan pengikutnya 'isim' dan sanggup lakukan apa sahaja, dengan replika-replika yang dibina seperti dibawah, dapatkah bayangkan pemikiran mereka ini berada ditahap mana ?
Apa untungnya ? Bukankah itu semua kerja yang sia-sia ? Nikmat apa yang sudah dikecapi hasil dari ketaksuban yang dilahirkan itu, kekolotan masih menyelaputi minda sebahagian besar pengikut Pas, sehinggakan bendera Dap pun sama mereka julang, mungkin Dap itulah yang membantu mereka selama ini.
Anak-anak kecil diheret memikul bendera parti, rumah-rumah dihiasi gambar menyerupai amalan penganut agama Kristian, bendera dijadikan baju dan jubah, untuk apa semua ini ? Bagi rakyat di PRK Kuala Besut yang akan membuang undi esok, sama-samalah renungkan, jika anda memilih calon Pas, anda akan dapat Che Long yang mulutnya sudah diplaster sekaligus anda turut mendapat replika-replika dibawah yang boleh menjamin masa anda dan generasi yang akan ke bulan.
|
Maaflah Che Long, rasonya di Kuala Besut ni tidak banyak mana hok spesis ni. Spesis yang diancam kepupusan. |
|
Ohh bersungguh keh, duk main jual supo budok2 ko ? |
|
Berat dohhh, kasihan!!! kapalterbang untuk ke Putrajaya. |
Bandingkan...Manakah yang lebih bermanfaat...
Adapun jika anda tidak merasakan perkara diatas sebagai satu keperluan, sebaliknya kebajikan dibawah yang diinginkan, anda tidak ada pilihan, kerana satu-satunya yang mampu membuktikan segala janji yang sudah ditepati adalah kerajaan 1Malaysia, kerajaan yang bertanggungjawab memberi kebajikan kepada rakyatnya. Kepimpinan yang mempunyai keintelektualan saja yang mampu membawa kita dan negara seiring bersaing dengan negara-negara maju diseluruh dunia.
Namun kalau pemimpin yang dipilih itu diakui oleh kepimpinannya sendiri bahawa ia kurang cerdik, bercakap merapu, dan dinafikan hak untuk bersuara, apa lagi yang hendak didambakan kepada pemimpin seperti itu, tiada istilah simpati dalam memilih pemimpin, kerana mereka itu bukan dikalangan yang miskin, bahkan kontraktor kelas 'A' yang punyai projek berjuta-juta dan langsung tidak memerlukan kebajikan seperti dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.
|
Jika inginkan Kuala Besut yang ceria, sokonglah pemimpin yang ceria. Hanya pemimpin yang ceria mampu menceriakan hidup anda. Jadikan Kuala Besut seceria wajahnya. |
|
Pengistiharan ini secara automatik akan melayakkan anda menikmati semua kebajikan dibawah |
|
Pelbagai kemudahan disediakan untuk rakyat |
|
Baucar buku 1Malaysia ringankan beban ibubapa dan pelajar |
|
Bantuan lesen 1Malaysia |
|
Kad diskaun siswa 1Malaysia |
|
Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia |
|
Kedai Rakyat 1Malaysia |
|
Klinik 1Malaysia |
|
Ini bukan replika Pas, replika ni ada hasilnya... |
|
Profram Perumahan 1Malaysia |
|
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia |
|
Dan pelbagai lagi yang kesemuanya sudah ditepati |
Pastikan ianya menjadi pilihan anda.
沒有留言:
張貼留言