Biarpun PRU13 sudah dua bulan berlalu, kami selaku pengundi di Parlimen Kota Bharu belum lagi berkesempatan untuk menyuarakan pandangan berhubung punca kekalahan BN di parlimen berkenaan disamping tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai masa depan dan hala tuju Umno bahagian Kota Bharu selepas keputusan PRU 13 diumumkan.
Pada PRU13 lalu BN sekali lagi tewas di Parlimen Kota Bharu termasuk kesemua DUN didalamnya, kekalahan dengan majoriti yang terlalu besar dan tidak patut itu menimbulkan 1001 persoalan, mujurlah calon di parlimen berkenaan seorang yang beriman, jika tidak mungkin keputusan untuk membunuh diri sudah diambil oleh beliau akibat kecewa dengan kekalahan yang sungguh memalukan itu.
Dimana ada gula disitulah adanya semut
Sedangkan gerak kerja yang dilakukan tidak mewajarkan ia tewas dengan majoriti sedemikian rupa, tambahan pula Ketua Bahagian yang juga calon BN pada PRU13 yang lalu merupakan Setpol kepada YAB Perdana Menteri, namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, malah beliau dilihat hanyut dilambung terlalu tinggi oleh 'semut-semut' yang mengelilinginya. Masalah semut-semut ni memang tak boleh dielakkan, dimana ada gula disitulah adanya semut. Yang menjadi masalah pada pandangan kami sebagai pengundi bukan sebagai penganalis politik adalah mengenai sikap mereka yang diberi tanggungjawab tapi kurang bertanggungjawab, antaranya seperti Penyelaras DUN. Kami tidak bermaksud untuk mengaibkan sesiapa, namun jika tidak diperkatakan, kami juga tidak sanggup lagi melihat BN menjadi sebuah parti belasahan Pas di parlimen ini. Apapun kami amat menghormati keperibadian Datuk Fatmi Che Salleh selaku Ketua Umno Bahagian KB, beliau sendiri tidak punyai apa-apa masalah, sikapnya yang baik 'mudoh baso sene kiro' itu adakalanya buatkan kami segan, namun ianya sampai bila harus kami diamkan ? mahu tidak mahu, jika Datuk Fatmi masih tidak berputus asa serta berhasrat untuk meneruskan perjuangannya, beliau perlu ada keberanian pada diri sendiri dan tidak bergantung harap kepada mana-mana pihak yang sering kita lihat dimana beliau lebih banyak dipimpin daripada memimpin.
Penyelaras DUN mengalahkan Menteri
Pergerakkan beliau terlalu eksklusif dengan dikerumuni oleh gerombolan sehingga rakyat melihat beliau seorang yang sukar untuk didekati, situasi itu agak kurang sesuai dengan sebahagian rakyat disini, tambahan pula Penyelaras DUN yang dilantik juga 'eksekutif'nya terlebih dan mengalahkan Menteri, bayangkanlah untuk dapatkan satu-satu respon pun kita terpaksa SMS berkali-kali, sudahlah begitu, respon yang diberikan pula tidak mendekatkan rakyat kepada BN, bukan juga setakat menjauhi malah lebih kepada membenci. Hal ini sama sekali tidak boleh dibiarkan, Datuk Fatmi sebagai seorang pemimpin perlu beri perhatian serius dan tegas dalam membuat keputusan agar masalah ini tidak terus menjadi liabiliti kepada kemenangan beliau dan BN, jangan kerana tindakkannya melantik kroni itu membuatkan hilangnya penghormatan rakyat kepada beliau.
Perlukah Penyelaras DUN yang berfungsi untuk anak beranak ?
Penyelaras DUN adalah jawatan yang dilantik bagi menjalankan kerja-kerja mirip seorang wakil rakyat bagi DUN yang BN tewas, sejauhmanakah Penyelaras DUN yang dilantik itu berfungsi dalam menjalankan tanggungjawabnya ? Berbaloikah dengan elaun yang dibayar dan projek yang diberikan kepada Penyelaras DUN ini dengan sumbangannya untuk kemenangan parti ? Atau wujudnya penyelaras DUN ini hanyalah semata-mata untuk mencari kepentingan peribadi seterusnya menambahkan benci rakyat kepada parti ? Penyelaras DUN perlu sedar dan tidak usahlah bersifat angkuh serta pentingkan diri sendiri, setakat undi anak beranak mustahil boleh memenangkan BN, takkan hanya nak berkhidmat kepada anak beranak sahaja ? Ini tidak betul, tapi demi untuk menjaga 'mood' bahawa BN akan menang pada PRU13 yang lalu, hal ini tidak dibangkitkan dahulu, natijahnya BN tewas dengan majoriti yang besar, dan dengan itu juga terbukti biarpun tidak dikritik BN tetap tewas, kerana pada hakikat yang nyata rakyat lebih merasainya.

Oleh yang demikian, jika Penyelaras DUN ini wujud dikalangan mereka yang pentingkan diri sendiri serta kroni, sampai kiamat pun BN tak mampu untuk menang, apabila tak mampu untuk menang wajarkah khidmat Penyelaras DUN seperti ini terus dibiayai rakyat dan dilantik oleh Ketua Bahagian?, atau mungkinkah Ketua Bahagian pun dua kali lima sahaja jika pengalaman tewas pada PRU 12 dan PRU 13 langsung tidak dijadikan sebagai iktibar seterusnya menghadapi PRU14 dengan situasi yang sama ? Mohon Ketua Bahagian tidak was-waskan prasangka kami terhadap beliau. Apa yang rakyat inginkan daripada seorang pemimpin adalah khidmat, jasa serta baktinya, jika tidak boleh ditumpang pada hartanya, boleh ditumpang pada ilmunya, jika keduanya tidak boleh ditumpang, apa yang boleh rakyat harapkan daripada seorang pemimpin untuk rakyat menyokongnya ? Apa jasa seorang Penyelaras DUN kepada parti dan juga kepada rakyat ? Apakah menyampaikan wang BR1M itu mahu dianggap jasa Penyelaras DUN kepada rakyat ?
Untuk makluman Penyelaras DUN, terlantiknya anda sebagai Penyelaras DUN yang tidak bertanggungjawab, pemalas dan hanya berkhidmat untuk suku sakat, adalah sama sekali tidak layak dan perlu malu dengan elaun anda yang dibayar dengan wang rakyat, Ketua Bahagian jika masih melantik seorang Penyelaras DUN yang sedemikian juga kewibawaannya diragui dan wajar dipertikai untuk sepanjang masa. Sepatutnya, dalam masa yang cukup getir bagi sebuah parti yang menghadapi cabaran pembangkang yang kritikal, Penyelaras DUN tidak harus menyibukkan diri dengan urusan peribadi, sebaliknya berfikir dan berusaha untuk memperlihatkan kepada rakyat dimana parti UMNO sebagai parti yang benar-benar berjasa kepada rakyat, tidak cukup dengan BR1M, alternatif untuk membantu rakyat hasil daya fikir Penyelaras DUN yang dibayar elaun sebanyak RM3800 sebulan itu juga perlu dtampilkan. Kalau benar hendak menangkan BN, otak Penyelaras DUN perlu berfungsi kearah rakyat bukan kearah poket sendiri, sebagai contoh jka meletakkan perjuangan memenangkan parti nombor satu peribadi nombor dua, kesungguhan itu hendaklah menampakkan satu hasil yag boleh dikenangkan oleh rakyat.

Penubuhan Syarikat ABC - Asal Bukan Contractor Enterprise
Secara ringkas, diatas kapasiti kuasa yang ada, demi kemenangan parti, Penyelaras DUN yang ikhlas boleh mewujudkan satu perniagaan rakyat dan keuntungannya 100 peratus diberikan kepada rakyat, misalnya mewujudkan sebuah syarikat perniagaan ABC - Asal Bukan Contractor Enterprise yang menjalankan perniagaan kerja-kerja kimpalan besi contohnya.
Kerja kimpalan besi bagi projek-projek kerajaan, parti dan awam, dengan mengsasarkan untung bersih sebanyak RM100,000 sebulan, operasi syarikat berjalan seperti biasa dengan menggajikan penduduk tempatan sebagai pengurus, kerani, tukang dan pekerja am , Penyelaras DUN hanya perlu menjadi pemantau sahaja, oleh kerana keuntungan ini 100 peratus akan disumbangkan kepada rakyat yang memerlukan, disamping projek kerajaan, tidak sukar untuk ia dapatkan projek dari orang awam.
Dengan mengsasarkan dan mengehadkan keuntungan bersih sebanyak RM100,000 sebulan, ia juga tidaklah menjejaskan mana-mana perniagaan kimpalan besi yang lain yang berada dalam DUN berkenaan. Faedahnya, selain dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, hasil keuntungan RM100,000 sebulan itu juga boleh digunakan untuk aktiviti rakyat dan membantu rakyat.
Keuntungan RM100,000 sebulan itu selain membantu rakyat miskin ia juga boleh digunakan untuk mendekatkan hati rakyat yang tidak miskin, sebagai contoh, memberi sumbangan, hadiah seperti basikal atau bawa melancong bagi pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun, UPSR, PMR dan SPM dengan mendapat 5A, 8A dan 10A, ibu bapa mana yang tidak suka jika semangat kecemerlangan anak mereka itu dbakar serta dihargai.
Bahkan sumbangan itu lebih dihargai kerana mereka tahu ia datangnya daripada pengorbanan ikhlas seorang pemimpin bukannya wang kerajaan atau wang cukai yang dikutip dari rakyat. itu. Jika dengan usaha sebegitu besar untuk parti dan rakyat telah dilakukan, namun rakyat tetap juga tidak menyokong, barulah puas hati, dan gugurnya pemimpin itu sebagai seorang pejuang dan pemimpin yang bermaruah, bagaimanapun kita tidak fikir rakyat tidak akan menyokong dengan usaha murni sebegitu.
Transformasikan Penyelaras DUN, buktikan Transformasi itu bukan sekadar retorik

Calon BN bagi DUN Tanjung Mas, Kota Lama dan Bunut Payung, sapu bersih, licin 'mone'.... |
Apakah sukar untuk seorang Penyelaras DUN yang mengatakan ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara melakukan pengorbanan sebegitu ? Atau apakah Penyelaras DUN merasakan aktiviti bermain bowling bersama anak beranak itu yang boleh memenangkan BN ? Maka sudah sampai masanya untuk pemimpin Umno bahagian KB ini melakukan transformasi dengan mengenalpasti setiap kelemahan untuk diambil tindakan dalam sama-sama kita memastikan kemenangan BN di parlimen KB pada PRU14 nanti adalah satu kemenangan yang bersifat realiti bukannya kemenangan yang yang hanya dicanang oleh 'semut' ataupun 'langau' semata-mata. Justeru, kami ingin meminta tolong dan mengharapkan agar Ketua Bahagian supaya lebih ikhlas dalam perjuangannya, kerana kami yakin dan percaya beliau mampu lakukan, sungguh besar harapan kami agar selepas ini Ketua Bahagian melakukan transformasi dengan melantik Penyelaras DUN yang berwibawa dan pentingkan perjuangan parti bukanya perjuangan peribadi, dari situ jugalah penanda aras bagi kami akan kesungguhan Ketua Bahagian untuk menangkan BN di Parlimen Kota Bharu ini. Jika sebaliknya, usahlah beretorik lagi, kerana ternyata perjuangan yang dibawa tidak ikhlas dan tidak berniat untuk menang. Kerana semua orang tahu Datuk Zaid Ibrahim yang pernah menang di parlimen KB itu bukannya malaikat, ia manusia seperti Datuk Fatmi Che Salleh, bezanya mungkin cara dan pendekatan sahaja, malah dari segi moral Datuk Fatmi dilihat lebih bersih tanpa pernah terpalit dengan apa jua skandal, tapi jentera yang lemah dan Penyelaras DUN yang terang-terang pentingkan diri sendiri itulah antara punca kekalahan dua penggal berturut-turut dengan majoriti yang sangat besar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Biarpun janji untuk membina rumah rakyat, tapi rakyat tetap tidak terpesona, kerana apa ? Kerana rakyat beranggapan kalaupun dibina rumah rakyat mereka belum tentu boleh mendapatkannya, kroni dan anak beranak Penyelaras DUN nak campak kemana?, biarpun tak sokong BN, tapi asal saja anak beranak mereka tetap didahulukan, daripada sakit hati, lebih baik menggigit jari. Buktinya bantuan JPP.
沒有留言:
張貼留言