
Demi menutup kata bohongnya yang ingin bersara itu dan meneruskan matlamatnya untuk menjadi PM, Anwar mencari helah dengan mencipta isu bagi memburukkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya serta menuduh sistem pilihanraya tidak dilaksanakan dengan adil dan kemenangan BN adalah dengan undi Banglasia.
Namun malang sekali, tuduhan beliau itu hanyalah tuduhan semata-mata tanpa sebarang bukti yang mampu untuk dibuktikan kepada rakyat jauh sekali untuk dibuktikan kepada mahkamah, Anwar merasakan politiknya sudah cukup licik untuk 'cover' kenyataannya yang ingin bersara. Tapi kita yakin ramai rakyat sudah dapat membaca taktik beliau ini.
Asas kepada perjuangan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri, mana mungkin beliau dengan mudahnya akan bersara selagimana hayat dikandung badan, tapi untuk tidak menampakkan kenyataannya yang ingin bersara itu sebagai bohong, maka pelbagai lagi rekayasa yang akan ditimbulkannya.
Ketika berucap di Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi Anwar berkata "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan,".
"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat,".
Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言