顯示具有 spr 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 spr 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年7月23日 星期二

DAKWAT KEKAL DI PRK DUN KUALA BESUT ADALAH YANG TERAKHIR SEUMPAMANYA DI MALAYSIA!!!




SPR dilaporkan akan membuat usul agar penggunaan dakwat kekal yang bermula semenjak PRU13 yang lalu, dimansuhkan memandangkan penggunaan dakwat kekal itu lebih banyak mendatangkan keburukan serta digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk berpolitik, berbanding menjadi benteng keselamatan agar undian berulang tidak berlaku.

Dari awal lagi telah dikatakan, desakan Pakatan Rakyat agar SPR

2013年6月23日 星期日

Video - Anwar Dedah Pemimpin PR Bakal Melompat Lagi, Himpunan 'Blackout' Terhenti

Dakwaan tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan PRU 13 yang lalu, dimana pada mulanya beliau membawa isu pengundi bangla, dan kemudian isu 'blackout', seterusnya buat laporan polis mengenai dakwat kekal, akhirnya semalam dalam ucapan pada sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang, Anwar mengakui kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan penolakkan oleh masyarakat Melayu dan langsung tidak menyebut mengenai penipuan atau ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai punca kekalahan mereka.

Tindakan Anwar yang dilihat semakin kendur menyalahkan SPR itu dipercayai kerana kurangnya sambutan dikalangan rakyat bahkan dikalangan pemimpin didalam PR sendiri, disebabkan reaksi hambar kebanyakkan pemimpin PR yang lain mengenai isu ini, Anwar seperti biasa awal-awal lagi menuduh mereka dibayar oleh UmnoBN yang menyebabkan mereka 'letih'.

Selain itu Anwar mendakwa, propaganda dengan isu perkauman yang dimainkan oleh Umno berjaya menimbulkan kerungsingan dikalangan orang Melayu menyebabkan undi Melayu berpihak kepada BN.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin didalam PR berusaha mencari alternatif bagi menarik sokongan orang Melayu kepada PR, kerana menurutnya bumiputera Melayu adalah merupakan penentu bagi kuasa politk di Malaysia.

Terdahulu, Anwar turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Blackout 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya. Ada Mampu Mengubahnya.

SAKIT HATI SUNGGUH LA DENGAN TIMBALAN PENGERUSI SPR NIH!!!




Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar bagaikan sengaja mencurahkan minyak ke dalam api. Dia yang sepatutnya menjaga perjalanan Pilihanraya di Malaysia, sekarang ini berlebih-lebih pula bertindak bagaikan salah seorang pemimpin UMNO. Sekaligus membuatkan para pecacai Pakatan bersorak kerana cemuhan mereka kepada SPR selama ini, kelihatan benar.

Cabaran Wan Ahmad Wan Omar agar 89 orang

2013年6月17日 星期一

TU LA... IKUT LAGI CAKAP PAKATAN... DAKWAT KEKAL AKHIRNYA JADI BAHAN BALUN SPR!!!



Muka tak malu!Itulah yang boleh diperkatakan tentang gelagat para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR dan DAP yang terus mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana kononnya tidak menjalankan tugas dengan jujur dan telus.Alasan mereka, PRU-13 dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan taktik untuk memenangkan Barisan Nasional. Tuduhan-tuduhan mereka

2013年5月25日 星期六

VIDEO BLACK-OUT ADALAH FITNAH PAKATAN RAKYAT, TETAPI SPR TAK BOLEH BUAT APA-APA!!!




Penjelasan yang diberikan berhubung sekeping gambar yang telah disebarkan menerusi Facebook, kononnya pengiraan undi dibuat ketika lampu terpadam di sebuah pusat pengiraan undi, telah pun dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR. Penjelasan itu samalah seperti penjelasan-penjelasan lain bahawa penipuan undi sepertimana yang dimasyhurkan oleh Anwar Ibrahim, dipandang sepi dan tidak dijawab oleh

2013年5月19日 星期日

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Nafsu Cari China Doll

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nafsu cari china doll, selain dari penglibatannya dalam krisis yang berlaku di Lahad Datu, kenyataan ingin bersara sekiranya PR gagal ke Putrajaya yang dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu membuatkan beliau terpaksa mencari jalan supaya kekal relevan bagi meneruskan angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Demi menutup kata bohongnya yang ingin bersara itu dan meneruskan matlamatnya untuk menjadi PM, Anwar mencari helah dengan mencipta isu bagi memburukkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya serta menuduh sistem pilihanraya tidak dilaksanakan dengan adil dan kemenangan BN adalah dengan undi Banglasia.

Namun malang sekali, tuduhan beliau itu hanyalah tuduhan semata-mata tanpa sebarang bukti yang mampu untuk dibuktikan kepada rakyat jauh sekali untuk dibuktikan kepada mahkamah, Anwar merasakan politiknya sudah cukup licik untuk 'cover' kenyataannya yang ingin bersara. Tapi kita yakin ramai rakyat sudah dapat membaca taktik beliau ini.

Asas kepada perjuangan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri, mana mungkin beliau dengan mudahnya akan bersara selagimana hayat dikandung badan, tapi untuk tidak menampakkan kenyataannya yang ingin bersara itu sebagai bohong, maka pelbagai lagi rekayasa yang akan ditimbulkannya.

Ketika berucap di Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi Anwar berkata "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan,".

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat,".
Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月17日 星期五

Video Penjelasan SPR Dan Apa Lagi Anwar Mahu, 16 September, 6 Kotak Hitam Atau Jahanamkan Negara ?

Kenapa masih ramai yang terpengaruh dengan individu yang gila hendak menjadi Perdana Menteri yang meroyan tanpa sebarang bukti.

Anwar kata seramai 40,000 pengundi bangla menjadi pengundi pada PRU13 yang lalu, tapi mana buktinya, biarpun bukti tiada warna ataupun hitam putih kemukakan bukti jika tuduhan itu benar. Lebih percaya kepada tuduhan tanpa sebarang bukti daripada mempercayai bukti hitam putih adalah tanda-tanda orang tidak waras.

Cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan Anwar Ibrahim yang hendak jadi Perdana Menteri, ia menyusahkan rakyat dan ianya boleh memudaratkan negara. Berapa kali nak kena tipu wahai segelintir orang muda Malaysia ? Jangan terlalu bodoh sehingga terpedaya dengan kata-kata fitnah Anwar Ibrahim.

Apa saja tuduhan yang dibuat kepada SPR mengenai undi hantu atau ketidaktelusan SPR dalam menjalankan proses pilihanraya, kemukanlah bukti, bariskanlah peguam terbaik PR dan lakukan pendakwaan keatas SPR, kenapa perlu kejalanraya ? Apa motifnya ? Secara peribadi cukuplah mempercayai dengan 16 September  dan enam kotak hitam sebelum jahanamnya negara !!! Anda Mampu Mengubahnya.
Untuk sound yang lebih clear dan penjelasan penuh sila klik http://www.mobtv.my/current_affairs-3324.html

2013年5月11日 星期六

SPR AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT? 'AKAN' SAJA? BILA YANG 'BETUL-BETUL'NYA?




SPR telah melahirkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat yang menfitnah SPR membabitkan keputusan PRU13. Buat masa ini, SPR sedang meneliti undang-undang dan akta yang berkaitan.

Itu yang dikatakan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.

Fitnah yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan keseluruhan Pakatan Rakyat terhadap SPR,