顯示具有 lahad datu 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 lahad datu 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年5月19日 星期日

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Nafsu Cari China Doll

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak nafsu cari china doll, selain dari penglibatannya dalam krisis yang berlaku di Lahad Datu, kenyataan ingin bersara sekiranya PR gagal ke Putrajaya yang dibuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu membuatkan beliau terpaksa mencari jalan supaya kekal relevan bagi meneruskan angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Demi menutup kata bohongnya yang ingin bersara itu dan meneruskan matlamatnya untuk menjadi PM, Anwar mencari helah dengan mencipta isu bagi memburukkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya serta menuduh sistem pilihanraya tidak dilaksanakan dengan adil dan kemenangan BN adalah dengan undi Banglasia.

Namun malang sekali, tuduhan beliau itu hanyalah tuduhan semata-mata tanpa sebarang bukti yang mampu untuk dibuktikan kepada rakyat jauh sekali untuk dibuktikan kepada mahkamah, Anwar merasakan politiknya sudah cukup licik untuk 'cover' kenyataannya yang ingin bersara. Tapi kita yakin ramai rakyat sudah dapat membaca taktik beliau ini.

Asas kepada perjuangan Anwar adalah untuk menjadi Perdana Menteri, mana mungkin beliau dengan mudahnya akan bersara selagimana hayat dikandung badan, tapi untuk tidak menampakkan kenyataannya yang ingin bersara itu sebagai bohong, maka pelbagai lagi rekayasa yang akan ditimbulkannya.

Ketika berucap di Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi Anwar berkata "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan,".

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat,".
Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月15日 星期三

ISU DAN KES LAHAD DATU KIAN HAMPIR, TALI GANTUNG SUDAH ADA DI TENGKUK ANWAR IBRAHIM DAN TIAN CHUA!!!





Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.


Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama

2013年3月27日 星期三

GEMPAR!!! SMS ANWAR IBRAHIM DAN KONCO-KONCONYA KEPADA JAMALUL KIRAM III DIDEDAHKAN!!!





SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan

2013年3月24日 星期日

Terkini Di Lahad Datu - 4 Tali Barut Pengganas Ditembak Mati

LAHAD DATU - Empat individu yang dipercayai bersubahat dengan puak pengganas Sulu ditembak mati dalam kejadian pertempuran di Tanjung Batu pagi tadi.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, dalam pertempuran itu, seorang lagi cedera terkena tembakan dan dihantar ke Hospital Sandakan. - Kosmo

Sumber lain pula menyebut, satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

2013年3月22日 星期五

Video - Kumpulan Pengganas Ceroboh Lahad Datu Dan Angkasapuri Dipercayai Didalangi Individu Yang Sama


Belum lagi reda krisis dengan pengganas di Lahad Datu, kini pihak polis berdepan pula dengan pengganas di Angkasapuri Kuala Lumpur, namun kedua-dua kumpulan pengganas ini dipercayai didalangi oleh individu yang sama.

Bagaimanapun tiga pengganas mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri secara ganas dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun  Razak. Namun ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 malam  tadi.

Siswa yang ditahan seperti biasa antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat (dipercayai daripada balaci dalang kumpulan ini) bahawa pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.

2013年3月18日 星期一

Sultan Sulu Tarik Balik Gencatan Senjata, Arah Tenteranya Lancar Operasi 'Serang Dan Lari'

Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka.

2013年3月16日 星期六

Pejuang Yang Terkorban Di Lahad Datu Bukan Syahid 'Dunia Akhirat' - Ketua Dewan Ulamak Pas

KUALA TERENGGANU � Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah hanyalah sebagai 'syahid dunia' bukannya 'syahid dunia akhirat'.

�Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,� katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

�Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Kenapalah pemimpin-pemimpin Pas ni selalu menyakitkan hati umat Islam, asal saja tidak berjuang dengan Pas, kehidupan serta kematian mereka akan dicuba sedaya upaya untuk dipertikaikannya. Apa salahnya kita kata pejuang negara kita yang terkorban itu syahid, tak perlulah nak panjangkan sampai kepada syahid dunia dan syahid akhirat, cukup saja sekadar syahid.

Ini kerana, tentang niat itu perkara didalam hati, tiada siapa yang tahu melainkan Allah, apabila kita sendiri tidak jelas akan niat pejuang yang terkorban itu, kenapa kita memilih untuk meletakkan ia sekadar 'syahid dunia' dan bukannya syahid dunia akhirat, apakah kerana politik ? Jika niat pejuang itu untuk mempertahankan Islam bagaimana ?, adilkah kita untuk melabel ianya sekadar syahid dunia.

Apabila kita sebut mempertahankan negara, maknanya ia sudah merangkumi Islam, kalau negara huru-hara diserang pengganas, apakah kita masih boleh melaksanakan ibadah dengan aman dan sempurna ? menjalani kehidupan sebagai muslim dengan sempurna.

Agaknya berapa orang dah pemimpin Pas ni yang mati mempertahankan Islam di medan perang? hormatilah perasaan waris-waris pejuang dengan kita tidak mempertikaikan pengorbanan nyawa mereka untuk mempertahankan agama bangsa dan negara.

Sedarlah, berapa besar jasa kita kepada negara ini untuk kita tidak menghargai kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa demi keamanan kita sehingga layaknya untuk kita mengtakrifkan pejuang yang terkorban itu hanya syahid dunia. Anda Mampu Mengubahnya.

Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat: �Siapakah yang dikira syahid menurut kamu?� Para sahabat berkata: �Orang yang dibunuh dijalan Allah, merekalah orang Syahid.� Rasulullah berkata: �Kalau begitu, umat aku akan sedikit (kerana bukan semua yang turun berperang)� Mereka pula bertanya: �Kalau begitu, sipakah mereka wahai Rasulullah?� lantas Rasulullah berkata: �Siapa yang dibunh dijalan Allah (jihad perang) maka di syahid, dan siapa yang mati dijalan Allah maka di syahid, dan siapa mati akibat taun maka dia syahid, dan siapa mati (akibat penyakit diperutnya) maka dia syahid.�

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

�Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid�.�

2013年3月1日 星期五

TERKINI DARI LAHAD DATU: 10 LANUN SERAH DIRI, SEORANG TERBUNUH!!!




Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) mengesahkan dua orang anggota polis Malaysia telah terbunuh dan seorang lagi tercedera selepas ditembak oleh lanun-lanun Sulu di Lahad Datu. Pasukan keselamatan Malaysia kini memburu kumpulan lanun tersebut menyebabkan dua daripada lanun-lanun berkenaan terbunuh dan seorang lagi anggota polis tercedera.

Anggota polis tersebut cedera selepas kenderaan yang