2013年5月30日 星期四

PRU14 - Tok Pa! Berulang Lagikah Retorik 'BN Mampu Tawan Kelantan' ?

Mengimbau kembali sejarah keyakinan BN menawan Kelantan pada PRU 13 yang lalu, ianya satu peristiwa yang sukar dilupakan, sasaran awal 24 kerusi yang mampu dimenangi meningkat pada saat-saat akhir sehingga 30 kerusi, mood kemenangan ketika itu diraikan oleh jentera serta pemimpin BN dengan penuh bergaya.

Dalam keghairahan itu terdapat sesetengah pihak mula merasa puas dengan momentum tersebut, ada antaranya mengabaikan nama-nama pengundi luar yang diberikan, seakan segala usaha sudah cukup dan hanya bergantung harap kepada pihak tertentu terutamanya NGO yang dilihat berperanan penting dalam mengumpulkan golongan muda sekaligus membentuk badai yang seakan mahu menghempas Kerajaan Pas Kelantan.

Sudah menjadi lumrah, yang dekat dah jemu, yang jauh merindu, keadaan tersebut sedikit sebanyak menyentuh sensitiviti anak Kelantan diperantauan yang kebanyakkannya ber-mood rindu pada kampung halaman, minda perantauan mula tersentap seolah-olah tanah tumpahnya itu hendak dijajah orang, lalu kebangkitan semangat mereka untuk pulang menyelamatkan negerinya makin membara, sehinggalah pada malam pengundian dapat dilihat kebanjiran pengundi luar menghijaukan kebanyakkan jalan-jalan di Kelantan yang sebelumnya kebiruan dan kemerahan.

Akhirnya sayang seribu kali sayang, BN Kelantan sekali lagi gagal menawan, tetapi jika semua pihak mengambil tanggungjawab dengan sebahagiannya mendekati anak Kelantan dirantau orang, impian pasti akan menjadi kenyataan, pihak parti perlu sedar dimana tahap kemampuan NGO agak terbatas, mereka bergerak secara sukarela, mustahil untuk mereka lakukan semua perkara tanpa mereka dibantu.

Menyedari akan hakikat yang berlaku itu,  perubahan perlu dilakukan untuk sekali lagi memperdendangkan perkataan 'BN mampu menawan Kelantan', supaya peruntukkan biasa pilihanraya diteruskan seperti sebelumnya, soal kalah menang tu adat pertandingan, apa yang lebih penting ialah 'masyuk', amalkanlah selagimana rakyat mampu untuk menyara BN sebagai kerajaan persekutuan.

Cuma, jika BN benar-benar sedar dan ingin berubah, dicadangkan Pengerusi BN Kelantan supaya bersikap lebih 'jantan' secocok dengan jolokan pahlawan, tidak hanya tertumpu dengan idea-idea dan strategi tertentu yang telah diterjemahkan oleh rakyat sebagai gagal. Penambahan sedikit kerusi yang berlaku itu perlu diambil kira dalam semua aspek termasuk faktor calon dan bantuan rakyat 1Malaysia BR1M dsbnya.

Justeru, difikirkan Pengerusi BN Kelantan perlu mewujudkan satu saluran khas dimana semua pendapat umum boleh sama-sama dikongsikan, sebagai contohnya mewujudkan satu FB group tertutup yang boleh dianggotai oleh semua jentera, disitu mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak lagi idea-idea yang mampu disumbangkan bertepatan dengan kepelbagaian cara berfikir pengundi. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Fasal 3 dibawah perlu benar-benar difahami oleh pimpinan Umno Kelantan supaya pencarian projek tidak terus menjadi agenda utama pemimpin sekaligus lupa kepada matlamat asas dan tujuan penubuhan Umno itu sendiri.

沒有留言:

張貼留言