Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.
"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.
"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.
Bukan demi demokrasi akan tetapi demi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar akan lakukan apa saja dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar memohon bantuan Amerika supaya apa yang berlaku di Iraq turut dilakukan oleh Amerika keatas negara kita Malaysia.
Jika "Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq", apakah Anwar juga sedang menunggu Amerika melancarkan perang keatas Malaysia ? Selagimana Anwar bebas meroyan selagi itulah negara tidak akan aman bahkan kemudaratan yang lebih besar mungkin akan berlaku...Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言