Seperti biasa, pada suatu petang pada bulan Ogos 1971, Maria Gomez Camara ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan malam keluarganya. Namun, Maria menjerit ketakutan apabila melihat keanehan di lantai dapurnya.
Terpampang wajah seorang lelaki yang tidak dikenali pada lantai rumahnya. Mata lelaki itu bagaikan sedang menatap dengan pandangan yg dingin. Paparan wajah itu tidak ubah seperti potret lukisan, bezanya ia dilakarkan di atas lantai. Maria terkejut dan kehairanan bagaimana potret lelaki berkenaan berada di lantai dapurnya. Setahu Maria, lantai dapurnya bersih sebelum itu. Mana mungkin ada orang yg datang melukis di situ.*
Kisah lukisan yg misteri yg timbul pada lantai rumah Maria dengan cepat menjadi popular. Berduyun-duyun penduduk desa Belmez, slah sebuah kawasan pedalaman Sepanyol datang ke rumah Maria untuk menyaksikan misteri tersebut. Mereka percaya, lukisan yg timbul secara misteri itu bagaikan sesuatu menifestasi dari dunia roh.*
Maria berasa terganggu dengan potret misteri tersebut dan dia tidak lagi berani menggunakan dapur berkenaan. Seminggu kemudian, dengan menggunakan sebilah kapak anak lelaki Maria memecahkan lantai dapur rumah mereka bersama-sama dengan lukisan berkenaan. Setelah wajah lelaki tersebut hilang, lantai dapur disemen sekali lagi.
Sangkaan Maria yang kehidupannya akan kembali tenang setelah menghapuskan gambar berkenaan ternyata meleset setelah seminggu selepas itu, muncul lagi gambar misteri yg baru, tepat di mana gambar misteri yg pertama muncul dahulu. Bezanya cuma wajah yg baru muncul itu tidak sama dengan wajah yg terdahulu. Sekali lagi rumah Maria dipenuhi oleh penduduk yg taasub dengan potret misteri berkenaan dan ketua desa mereka menyarankan potret misteri berkenaan diangkat dari lantai dapur Maria untuk dibingkaikan dan menjadi tatapan umum.*
Setelah potret misteri tersebut dipotong dari lantai dapur Maria, lantai rumah maria terus digali pada kedalaman hampir tiga meter dan mereka menemui pelbagai tulang belulang manusia. Penemuan tersebut membuatkan penduduk yakin bahawa kemunculan potret misteri berkenaan berkaitan dengan roh-roh yg tidak tenteram apatahlagi tapak rumah Maria dipercayai kawasan bekas tanah perkuburan.
Maria menyangka bahawa semuanya akan berakhir setelah penemuan tulang-tulang berkenaan, tetapi tidak kerana dua minggu selepas itu kehidupannya sekali lagi diganggu oleh potert misteri berkenaan. *Kali ini bukan hanya satu wajah misteri yang muncul, tetapi dua! Misteri tersebut tidak berhenti hanya di situ, kerana dari hari ke hari muncul garis-garis baru yg kemudiannya membentuk potret misteri yg keempat dan kelima, menjadikan lantai dapur Maria semakin dipenuhi oleh wajah misteri berkenaan.
Akhirnya Maria letih dan membiarkan sahaja wajah-wajah misteri berkenaan. Semakin lama, wajah misteri tersebut makin banyak dan bila dikira, ada 18 wajah misteri yg bertaburan di lantai dapurnya. Ada wajah perempuan dan juga lelaki, ada yg muda ada yg tua.Yang pastinya semua wajah berkenaan nampak sedih dengan pandangan mata yg sayu.
Ramai pengkaji yang datang membuat penyelidikan, dan banyak teori-teori serta andaian yang dibuat. Tidak kurang juga ada yang menuduh Maria yang melukis sendiri gambar berkenaan. Namun begitu, merka gagal membuktikan bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana Maria dapat melakukannya walaupun mengkaji di makmal dengan peralatan yang serba canggih. Persoalan tentang kewujudan wajah-wajah berkenaan masih misteri dan belum dapat dirungkaikan sehinggalah Maria meninggal pada Februari 2004.*
Semasa hayatnya, Maria telah hidup bersma-sama dengan wajah-wajah misteri berkenaan hampir 30 tahun. Namun apa yang lebih mengejutkan, setelah wanita tersebut meninggal dunia, wajah Maria turut muncul bergabung pada lantai rumahnya bersemadi bersama dengan wajah misteri lainnya nun di desa Belmez.
沒有留言:
張貼留言