顯示具有 serius 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 serius 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年10月27日 星期日

SERIUS : Jamal Abdillah Dan Rossa Dapat Gelaran Datuk

Jamal Abdillah yang dikurniai Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang, hari ini. 


Seorang lagi penyanyi yang mendapat gelaran sama ialah Rossa, yang merupakan penyanyi dari Indonesia. 



SERIUS : Faizal Ismail Letak Jawatan Daripada Hot FM

FBI mengumumkan yang dia meletakkan jawatan daripada Hot FM. Notis perletakan jawatan tersebut bermula hari ini iaitu 24 Oktober 2013.


Namun begitu masih banyak pihak yang tidak percaya akan perletakan jawatan ini. Mungkin kerana FBI seringkali terlibat dalam �Panggilan Hangit�. Banyak pihak yang meneka ini sekadar propa dan perancangan teliti daripada pihak Hot FM.

2013年10月16日 星期三

SERIUS - #OHMYENGLISH : DOCTOR EDITION!

Best description ever!



Laporan asal DrMahyuddin

SERIUS - Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)

Ini tragedi yang sangat menyedihkan.


Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

Runtuhan tersebut berpunca daripada sistem saliran air yang tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan.







SERIUS - Ayam Dengan Organ Dalaman Berwarna Hitam (6 Gambar)

Ayam Dengan Organ Dalaman Berwarna Hitam | Pernahkah korang melihat isi dan organ dalaman ayam berwarna hitam? Bukan bulu atau kulitnya sahaja, tetapi keseluruhannya. Namun, hakikatnya, semamangnya terdapat ayam yang berwarna hitam dan ia popular di asia terutamanya di China. Ayam tersebut dinamakan Silkie. Ayam Silkie merupakan kategori ayam yang cantik dari segi bulu dan kulitnya. Tiada beza dengan ayam biasa, namun, masyarakat tempatan merasakan isi ayam Silkie lebih manis dan sedap dari ayam biasa.



Fossil Nyamuk Mengandungi Darah Berusia 46 Juta Tahun Ditemui

WASHINGTON - Fosil seekor nyamuk betina yang menunjukkan perutnya mengandungi darah dan berusia 46 juta tahun telah ditemui di tebing sebatang Sungai Montana, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin.


"Ia merupakan fosil yang amat luar biasa tetapi ia satu-satunya yang terdapat di dunia ini," kata ketua penulis kajian mengenai fosil tersebut, Dale Greenwalt. Dia menulis tentang fosil tersebut di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

Dalam jurnal itu, Greenwalt berkata, perut nyamuk tersebut kelihatan seperti sebiji belon yang mahu meletup kerana ia mengandungi darah. Fosil itu ditemui pada sebuah batu lumpur di tebing sungai tersebut.

Greenwalt merupakan pengkaji dari Muzium Kebangsaan Sejarah Semula Jadi Amerika Syarikat di Washington D.C. Sejak bertahun-tahun lalu, dia telah mengumpulkan serpihan batu dari tebing sungai tersebut.

"Batu-batu itu mempunyai lapisan yang nipis iaitu setebal satu atau dua milimeter," kata Greenwalt.


2013年10月14日 星期一

SERIUS : Kisah Seram Hantu Julie SMS Jimmy



Kisah Seram Hantu Julie SMS Jimmy | Sebelum tidur, apa kata kita baca satu kisah seram bulu roma tengkuk nih. Jangan tak tidur malam dah lah yek pas baca kisah nih.. hehe..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor. Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis.. Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje�Gambar pon diorang tak pernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Diaorang da tak tahan nk jumpe sngat2. Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama.. Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie.. Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan.. Mayat julie selamat dikebumikan. Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie. Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut. Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini. Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie. Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki. Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie. Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di�reply�.

Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy. Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie. Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk. Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia.

Jimmy semakin tidak senang duduk. Setelah lama berbual, jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie. Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar, Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

�kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??�

�Julie telah meninggal dunia� kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya �bila mak cik?? sebab apa??�

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis. Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie. Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye. Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie. Jimmy masih x berpuas ati dan mengorek kubur Julie.

Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut. Jimmy semakin hairan dan ketakutan. Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih.. Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy.. Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

�awk ngah wat pe??�

Tidak
lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka sahaja sms tersebut, kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

�xde wat papepon.. awk da smpai ke??�

Jimmy semakin panic dan membalas �ibu bapa awk kata awk da MATI??�

Dan Julie pon balas �memng sy da meninggal��

Jimmy cuba beranikan dri dan membalas semula sms tersebut dgn �ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??�

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg.. Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut.. Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga.

Kerana sms tersebut berbunyi

�DIGI ADA DIMANA-MANA�

Cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia.

SERIUS : 10 Fakta Pelik Mengenai Bayi Diraja Putera William Dan Kate Middleton



10 Fakta Pelik Mengenai Bayi Diraja Putera William Dan Kate Middleton | Antara fakta pelik mengenai bayi putera diraja

1) Pakar doktor wanita berkata bayi diraja ini mempunyai kaitan dengan Dracula, watak seorang putera pada abad ke-15 diilhamkan oleh novelis Bram Stroker. Pakar juga berkata bayi ini mempunyai talian darah dengan seorang Sultan yang dipercayai keturunan Nabi Muhammad.

2) Finland telah menghadiahkan William dan Kate dengan �Kotak Bayi� yang diberi kepada semua ibu-ibu yang hamil di negara itu. Dalam kotak berkenaan mempunyai pakaian bayi, pad bra dan kondom.

3) Sebagai adat lama, kelahiran diraja disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan bahawa bayi berkenaan adalah waris yang sah. Berita baik untuk Kate, tradisi ini berakhir pada tahun 1936.

4) Bayi ini tidak seharusnya mempunyai nama keluarga namun jika William dan Kata mahukan nama keluarga, mereka boleh memilih diantara Mountbatten-Windsor, Wales dan Cambridge.

5) Niagara Falls, Menara CN di Toronto dan air pancut Trafalgar Square akan bertukar menjadi warna jambu atau biru bergantung kepada jantina bayi ini.

6) Para wartawan yang berkhemah di luar hospital St. Mary mula merasa bosan setelah tiga minggu menunggu bayi diraja ini. Lain pula cerita ketika Putera William dilahirkan pada tahun 1982.

Ibunya Puteri Diana menipu akhbar-akhbar dengan memberitahu mereka bahawa anaknya akan lahir pada 1 Julai. Putera William dilahirkan 10 hari lebih awal.

7) Taruhan dilakukan dari nama bayi ke warna rambut. Antara nama-nama yang popular dikalangan mereka yang bertaruh adalah Alexandra untuk bayi perempuan dan George untuk bayi lelaki.

Anda boleh menang besar jika William dan Kate memilih nama yang tidak begitu popular seperti Putera Wayne. Ia mempunyai kemungkinan 500/1.

8) Bayi ini sudah memiliki laman Wikipedia tersendiri � �Child of the Duke and Duchess of Cambridge�.

9) Bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah mengait kangaroo untuk bayi diraja ini.

10) Bintang bola sepak David Beckham mencadangkan bahawa pasangan diraja ini menamakan bayi mereka atas nama beliau. �Saya fikir mereka perlu namakan bayi itu sebagai David,� katanya dalam satu temu bual minggu ini, dan menambah: �Jikalau ia lelaki!�

SERIUS : 50 Fakta Menarik Tentang Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Tahu



50 Fakta Tentang Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Tahu | Facebook, nama yang tidak asing lagi dikalangan penduduk Malaysia mahupun mana-mana penduduk yang terdapat di pelusuk dunia. Facebook bukan sahaja menjadi tempat untuk bersosial secara maya bahkan menjadi tempat menjana pendapatan bagi mereka-mereka yang bijak menggunakan peluang yang ada selain menjadi tempat berkongsi Informasi. Disini  nak share 50 Fakta Menarik Tentang Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Tahu. Jom check it out!

1) Facebook telah menjadi laman rangkaian sosial yang kekal dan global dengan setiap 1 daripada 13 orang di bumi adalah pengguna Facebook.

2) Setakat ini, sehingga 48% orang Amerika dilaporkan mendapat dan mendengar berita dan peristiwa melalui Facebook untuk pertama kalinya.

3) 50% member Facebook melakukan login setiap hari untuk memeriksa dan melakukan update.

4) 50% dari pengguna menghabiskan berjam-jam di Facebook setiap hari. Jadi secara total mereka menghabiskan 700 bilion minit setiap bulan untuk Facebook.

5) Tidak kurang dari 48% pengguna berusia 18-34 tahun melakukan log on Facebook tepat ketika mereka bangun.

6) Facebook adalah laman no.2 dengan pengguna dan traffic terbesar di dunia tepat di bawah Google.

7) Terdapat lebih daripada 35 + demografi yang merupakan lebih dari 30% dari seluruh basis pengguna.

8) Tahun baru telah membuat sebuah keajaiban dengan lebih daripada 750 juta foto yang dimuat naik pada malam tahun baru.

9) Setengah dari penduduk Facebook hadir setiap jam dan jadi ada lebih dari 1,587,000 wall post yang ditulis dalam waktu 20 minit.

10) Gambar yang diagihkan di Facebook ada sekitar 2,716,000 foto dalam setiap 20 minit.

11) Dari jutaan foto yang di-upload, ada sekitar 1,323,000 foto yang ditag dalam masa 20 minit.

12) Majoriti orang amerika dijumpai di Facebook, sekitar 71.2% dari seluruh pengguna internet di amerika menggunakan Facebook.

13) Lebih daripada 900 juta interaksi ada dalam Facebook seperti Pages, Groups, Events, dll.

14) Majoriti pengguna Facebook bukan dari Amerika Syarikat, jadi kira-kira 70% pengguna Facebook adalah bukan orang Amerika.

15) Oleh pengguna di seluruh dunia terdapat lebih daripada 1,000,000 link yang dibahagikan di Facebook dalam masa 20 minit.

16) Walaupun berbilion pengguna menggunakan hanya 20 minit, namun sudah ada sekitar 1,972,000 permintaan teman yang dihantar dan diterima.

17) Dalam setiap detik muncul status baru sebanyak 1,851,000 update status yang dituliskan.

18) Setiap detik ada 1,484,000 undangan event, group, dan parties yang diposkan.

19) Dari milyaran orang pengguna Facebook, selama 20 minit terdapat 2,716,000 mesej yang dihantar.

20) Rata-rata pengguna berhubung ke 80 laman komuniti, event, dan group.

21) Facebook adalah milik semua orang kerana menyediakan lebih dari 70 terjemah yang terdapat di laman.

22) Lebih dari 30 bilion potongan berita, cerita, posting blog, dll yang di-share setiap bulan.

23) Sekitar 1,587,000 postingan di dinding ditulis dalam waktu 20 minit.

24) Rata-rata pengguna mencipta 90 buah kandungan setiap bulan.

25) Istilah yang dirahsiakan selamanya dan digunakan secara meluas adalah POKE! Anda akan mencari orang yang melakukan POKING tapi anda tidak akan pernah tahu apa maksudnya.

26) Walaupun ada lebih dari 70 bahasa, masih ada lebih daripada 300,000 pengguna menterjemahkan laman melalui aplikasi terjemah.

27) Ada �App� untuk melihat apa yang ada di Facebook caf� menu.

28) Facebook adalah �Work Network� pertama serta jaringan pendidikan asli seperti Apple dan Microsoft.

29) Ada pengusaha dan pemaju lebih dari 190 negara yang mempunyai platform Facebook.

30) Wajah Al Pacino adalah pada Homepage Facebook asli.

31) Orang-orang yang terutama menggunakan Facebook melalui telefon bimbit sebenarnya mereka lebih aktif daripada orang yang menggunakannya melalui laptop.

32) Facebook id diperlukan untuk mengakses beberapa link web sehingga 250 juta orang terlibat dengan Facebook di laman web luaran.

33) Ada ribuan laman terintegrasi dengan Facebook dengan lebih daripada 2.5 juta count.

34) Salah satu perkhidmatan Facebook awal yang masih tidak berubah adalah perkhidmatan File Sharing.

35) Pengguna memasang lebih dari 20 juta aplikasi menarik setiap hari.

36) Sejak April 2010, dengan pelancaran sosial plug-in, ada lebih dari 10,000 website baru yang terintegrasi dengan facebook setiap hari.

37) Para pengguna aktif adalah pengguna mobile sehingga ada lebih dari 200 pembekal khidmat di 60 negara yang bekerja untuk menyebarkan dan mempromosikan produk facebook mobile.

38) Ada lebih dari 250 juta pengguna aktif yang mengakses facebook melalui telefon bimbit.

39) Walaupun sebahagian besar pengguna aktif melalui telefon bimbit tapi total pengguna aktif Facebook lebih dari 650 juta.

40) Walaupun orang amerika adalah dalam fasion Facebook tapi Australia menghabiskan lebih dari 7 jam rata-rata per bulan untuk Facebook.

41) Texas Hold�em Poker adalah laman yang paling popular dengan lebih daripada 41 juta fans.

42) 23.6% daripada penduduk Facebook berasal dari Amerika Syarikat dengan lebih daripada 155 juta orang.

43) Seorang pekerja Facebook menjual hoodie sebanyak $4000 di eBay.

44) Lebih dari 16juta laman Facebook fans yang dibuat.

45) Saat ini Facebook bernilai kira-kira $80 trilion.

P/S � Bahasa agak cacamarba tetapi masih boleh difahami rasanya. So, faham-faham lah sendiri ye. Hehe

46) Facebook hampir diakhiri gugatan hukum oleh ConnectU yang mendakwa bahawa Zuckerberg mencuri idea dan teknologi untuk Facebook.

47) Iklan dan produk virtual adalah bahan rahsia untuk pengeluar wang di Facebook.

48) Mark Zukerberg menyebut dirinya seorang �Harvard Graduated� semasa dia tidak lulus.

49) Rata-rata pengguna mempunyai lebih dari 130 teman dalam lingkaran yang menjadi peserta aktif.

50) Facebook adalah media sosial kegemaran untuk aktiviti kecurangan pada pasangan.

2013年10月13日 星期日

SERIUS : Aeril Zafrel & Wawa Zainal Rahsiakan Perkahwinan Kerana Takut Dimarahi Pengurusan MIG

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.



Kata Aeril Zafrel:-


Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.

Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.

Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia

Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-

Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab


Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-

Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013�Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah�anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar�Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.

Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini�Kami berbohong kerana bersebab�Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin�Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo

Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata �Oh, media mahu kami minta maaf��. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini.

SERIUS - CARA MENYAMBUT HARI RAYA HAJI YANG PALING HARAM JADAH

Ini agaknya akan jadi insiden Alvivi versi 2.0 ke? Satu sambut bulan puasa dengan babi. Ini pula sambut raya haji perangai macam iblis laknatullah?



SERIUS - KENAPA GEREJA KADANG KALA LEBIH BAGUS DARI MASJID DI MALAYSIA

Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

"Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

Komen asal Zery Aziz
Teks asal Facebook Encik Tajul Ariffin
Tips dari Hafiz Azman


2013年10月11日 星期五

SERIUS : GELAGAT BERUANG YANG AGAK MANUSIA (10 Gambar)

Seorang jurugambar meletakkan barang manusia di hutan berdekatan dengan sekeluarga beruang. Beruang itu mengambil kesempatan ini dan menggunakan semua barang itu seperti manusia. 



2013年10月8日 星期二

SERIUS : PULAU TIBA-TIBA MUNCUL DI PAKISTAN (5 Gambar)

Menakjubkan apabila sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab selepas gempa bumi melanda Awaran, Baluchistan di Pakistan, kelmarin.


Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi itu berukuran 7.8 pada skala Richter. Gempa berkenaan amat kuat sehingga menyebabkan sebuah pulau kecil muncul di perairan Laut Arab.

Selepas gempa berlaku, penduduk di pesisir pantai dekat pelabuhan Gawdar berhimpun untuk melihat kemunculan pulau kecil tersebut.

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Arif Mahmood, berkata saksi melaporkan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab dan boleh dilihat dari pantai.

�Gempa mungkin menyebabkan bumi di bawah laut naik, namun pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu,� katanya.


SERIUS : PEN YANG AKAN BERGEGAR APABILA TERSALAH EJAAN (8 Gambar)

Apabila kita menaip menggunakan komputer pasti kita tidak perlu risau akan kesilapan ejaan kerana komputer akan memaklumkan kepada kita kesilapan berkenaan. Tapi bagaimana pula jika kita menulis menggunakan tangan? Lernstift dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Pen pintar ini direka khas untuk memaklumkan apabila berlaku kesilapan ejaan dalam penulisan anda. Pen ini akan bergetar apabila kesilapan ejaan dikesan.