2013年10月27日 星期日

Pasangan Warga Emas Minum Air Kencing Untuk Kekal Sihat (Gambar)



Sepanyol � Dalam era zaman moden di mana orang ramai menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan untuk kelihatan muda, ada juga manusia yang sanggup melakukan perkara jijik dan meloyakan, semata-mata kerana mahu mengelak diri dimamah usia.

Ia termasuk meminum air kencing sendiri kerana percaya najis tersebut mampu menjadikan seseorang itu awet muda dan penawar yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

Individu tersebut adalah warga emas, Mark Ambrose yang berusia 91 tahun. Dia yang bersekedudukan dengan teman wanitanya, Joyce yang berusia 85 tahun itu, akan meminumsegelas air kencing setiap hari.

Ambrose bagaimanapun tidak dapat menyakinkan Joyce untuk melakukan perkara sama.
�Kami berdua mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Tulang belakang saya mengalami kerosakan yang teruk manakala Joyce pula berdepan dengan masalah sakit lutut, mata dan penyakit lain yang dialami oleh orang tua,�� kata Ambrose.

Selepas mendapat penyakit itu, Ambrose telah membuat kajian di internet dan dia kemudiannya menemui terapi air kencing.

Setelah usaha untuk menyembuhkan penyakit tulang belakangnya dengan doktor menemui kegagalan, dia beralih kepada air kencing, sejak tiga tahun lalu.

Pada mulanya, kata Ambrose, dia hanya merasa sedikit air kencingnya selama beberapa hari sebelum mempunyai keberanian untuk minum dalam sukatan yang lebih besar.

Bagi menghilangkan rasa air kencing dalam mulutnya, dia akan makan buah anggur atau berkumur dengan air.

Selain meminum air kencing itu, dia juga menyapunya ke muka, tangan dan kaki, kelopak mata serta telinga kerana percaya najis itu mampu mengatasi masalah kesihatan dengan efektif.

沒有留言:

張貼留言