Memang benar, apa pun yang dilakukan oleh isteri, suami tidak berhak memukul sehingga melampaui batas, namun kita pun tak tahu samada ketika sisuami memukul isterinya itu, sisuami dalam keadaan sedar atau sebaliknya, apapun kita bersetuju semua salah suami. Tapi yang tak tahannya, pihak Polis juga turut dipersalahkan kerana dikatakan enggan mengambil tindakan terhadap suami mangsa dengan alasan ianya tidak mendatangkan kecederaan, keengganan pihak Polis itu bagaimanapun melahirkan rasa tidak puas hati seorang lelaki yang mengaku sebagai adik kepada mangsa, katanya "Abg polis oi tkkan nk tgu kakak aku mati atau cacat br nk ambik tindakkan kot".
Amboiii !!! Ya tak ya jugakkan ? Takkan nak tunggu mati atau cacat dulu baru nak ambil tindakan ? Tapi sampai bila kita nak berterusan menyalahkan pihak lain sedangkan hakikatnya masalah itu berpunca dari diri kita sendiri, kita tidak ingin menyalahkan mana-mana pihak sekalipun, tapi apabila senang sangat sesuatu tohmahan itu dikeluarkan, ianya perlu diperjelaskan. Semua tahu bahawa pihak Polis bertindak berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan, apa saja tindakan pihak Polis jika diluar peruntukkan undang-undang ianya boleh dicabar didalam mahkamah, yang menentukan seseorang itu bersalah ataupun tidak adalah mahkamah bukannya pihak polis, jadi jika peruntukkan undang-undang mengehadkan sebarang tindakan keatas kes yang tidak mendatangkan kecederaan, adakah adil untuk kita persalahkan kepada pihak Polis ?
Kalau kita pun beremosi sama macam lelaki yang memukul isterinya itu, maka tidak ada bezalah antara kita dan lelaki berkenaan, sebaliknya kita sama-samalah bermuhasabah menjadi seperti garam yang menahan daging daripada busuk bukannya menjadi langau yang membusukkan daging. Sebagai anggota keluarga yang mengalami situasi sebagaimana yang kita dapat lihat dalam rakaman video berkenaan, kita perlu bersikap lebih adil dalam mengamankan sesebuah rumahtangga yang sedang bergolak itu, bukan kita mengakhirkan ia dengan perkara yang memusnahkan, dan ianya perlu dilihat dari kesemua aspek seperti masa depan anak-anak mereka, punca kepada tindakan suami, tindakbalas isteri apabila berdepan dengan suami dsbnya.
Melainkan sisuami itu memang seorang suami yang jahat, memukul isteri tanpa sebab atau memukul isteri kerana keingkaran isteri dalam menuruti apa-apa suruhan maksiat, dan jika begitu situasinya, barulah padan untuk kita beremosi sekaligus mengakhirkan rumahtangga mereka, kerana kemudaratan itu tidak boleh dielakkan lagi. Adapun dalam kes ini, dapat kita lihat, si isteri juga memberi respon yang kurang baik apabila sisuami seolah-olah bertanyakan sesuatu darinya, si isteri dilihat memalingkan muka daripada suami, tindakan si isteri memalingkan muka sebegitu juga adalah bersikap sedikit biadap terhadap suami, kalaulah si isteri jawab dengan elok dan berlemah lembut dengan suami, kita fikir mustahil si suami akan memukul si isteri dengan sebegitu.
Isteri perlu sedar akan bagaimana sikap suami, jika suami seorang yang panas baran, isteri perlu pandai memainkan peranan dan jangan menambahkan lagi baran si suami itu, suami adalah ketua keluarga, selaku ketua keluarga pasti dalam kepalanya punyai pelbagai masalah dan tanggungjawab, jadi isteri perlu lebih peka dan memahami masalah suami, lebih-lebih lagi jika si isteri tidak berkerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, gunalah kesempatan yang ada itu untuk menambat hati suami dengan perkara yang disukainya, InsyaAllah, jika perkahwinan itu berteraskan 'cinta', nikmatilah kebahagiaan yang tidak ada taranya dan kita rasakan kitalah pasangan yang paling bahagia didalam dunia.
Bagaimanapun, kita tetap bersimpati kepada kedua-dua pihak, tapi biarlah rasa simpati itu membawa kebaikkan kepada mereka, si suami memang tidak wajar bertindak demikian atas apa jua kesalahan isteri, namun biarlah kedua-dua pihak saling memahami dan bertimbang rasa, si isteri jangan buat yang suami tak suka, (apa jua perkara selagimana tidak bertentangan dengan Islam), si suami pun sama, biarpun kita melihat tindakan ganas si suami pada rakaman video dibawah agak melampau, tapi selagimana tidak mendatangkan kecederaan, peluang kemaafan wajar diberikan, kerana jika si suami itu benar-benar ganas dan jahat sudah pasti si isteri akan tercedera, tenaga yang ada pada seorang lelaki, jika digunakan sepenuh hati seperti berdepan dengan musuh, mustahil pukulan itu tidak meninggalkan bekas kepada seorang wanita. Untuk itu Pihak Polis lebih arif akan perkara ini, usahlah kita mudah menunding jari... Anda Mampu Mengubahnya...
Nasib baik tak salahkan Najib sebab mansuh EO punca lelaki ini mengganas...
Tapi kalau macam video atas ni memang jahatlah, siap belasah dengan tukul tu, cinabeng ni memang bangang betullah, hentikan semua keganasan, hidup pasti aman...
沒有留言:
張貼留言