Pada tahun 1928 , Willard Ray Custer seorang jurutera aeronautik mendapat ilham untuk mencipta teknologi Channel Wing. Beliau menyedari bumbung reban mudah terangkat ketika angin bertiup kencang. Selepas melakukan beberapa eksperimen beliau mendapati daya angkat terhasil apabila udara melalui sesebuah objek yang berbentuk lengkungan. Pada tahun 1942 prototaip CCW-1 dibina dan ia hanya memerlukan 61 meter landasan dan kelajuan minimum 32 kilometer sejam untuk terbang ke udara. Enam tahun kemudian CCW-2 dihasilkan dan ia hanya memerlukan 20 meter landasan untuk terbang! Rekaan beliau mendapat perhatian NASA yang kemudian melakukan ujian mereka tersendiri. Mereka mendapati pesawat channel wing memang bagus untuk pesawat yang memerlukan landasan yang amat pendek tetapi terdapat juga beberapa masalah. Pertama sekali pesawat ini sukar dikawal kerana rekaan sayap sebegini menghasilkan gegaran yang kuat pada kelajuan tinggi. Geseran udara yang tinggi channel wing juga membuatkan ianya tidak ekonomikal. Tambahan lagi pesawat ini memerlukan aliran udara tinggi sepanjang masa untuk kekal terbang.Sekiranya salah sebuah enjin kapal terbang ini terhenti, pesawat akan terhempas kerana kehilangan daya angkat pada sebelah sayap. Bahagian sayap yang melengkung tidak mempunyai rekaan aerofoil seperti sayap konvensional. Tanpa enjin untuk mengalirkan udara berhalaju tinggi di dalamnya, channel wing menjadi tidak berguna.
Willard Ray Custer terus menghasilkan pesawat channel wing beliau sehingga 1964. Teknologi channel wing beliau mungkin tidak berjaya mengubah dunia aeronatikal tetapi ianya masih lagi rekaan yang cool dan lain dari yang lain.
Laporana asal Wikipedia
沒有留言:
張貼留言