2013年8月25日 星期日

COOL - SISTEM BAS TRANSIT PANTAS DI BRAZIL (13 GAMBAR)

Kebanyakkan bandar moden dunia kini mempunya pengangkutan massa awam mereka yang tersendiri. Majoriti memilih untuk membina sistem rel massa yang mengambil masa untuk dibina dan menelan belanja yang tinggi. Di Malaysia sistem MRT fasa baru sedang dibina dan ia mengakibatkan berlakunya kesesakan jalan raya. Di Curitiba, Brazil mereka menggunakan sistem Bus Rapid Transit. In fact sistem BRT ini dicipta di bandar ini oleh datuk bandar Curitiba Jaime Lerner pada tahun 1974. Melalui sistem BRT, bas berfungsi seperti sebuah kereta bawah tanah dengan laluan khas mereka sendiri. Setiap bas panjang yang diberi gelaran"accordian" BRT mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa. Stesen bas BRT berfungsi seperti stesen keretapi dengan sistem bayaran pada pintu masuk dengan akses kepada pengguna kerusi roda. Bas akan mengambil penumpang sekerap setiap 90 saat. Sistem ini jauh lebih murah dari membina sistem keretapi massa yang sedia ada. Sistem BRT kini digunakan di Bangalore, Panama, Buenos Aires dan Mexico City.



沒有留言:

張貼留言