2013年8月18日 星期日

Umno Parti Untuk Kontraktor

Bila tiba pilihanraya, kita sering kedengaran dimana ahli Umno berbicara soal kemenangan, namun pada Pemilihan Agung Umno sebahagian besar daripada mereka terleka apabila tanpa memikirkan masa depan parti dengan rakusnya memilih pemimpin yang jelas hanya untuk mencari kepentingan peribadi semata-mata, atas hakikat itu adakah masih layak untuk ahli-ahli Umno bercakap mengenai kemenangan jika masih mahu mengekalkan dengan cara sekarang ?

Jika kita lihat dalam Umno khasnya di Kelantan, kebanyakkan pemimpin yang dipilih itu adalah dari kalangan kontraktor yang langsung tidak mengenal erti perjuangan demi agama, bangsa dan negara, apa yang mereka tahu cumalah simen, batu-bata, pasir, tar atau bahan binaan yang lain. Apakah Umno ingin dikenali sebagai persatuan untuk kontraktor-kontraktor. Tidaklah salah untuk kontraktor diangkat jadi pemimpin, tapi yang salahnya apabila orang yang benar-benar berkelayakkan langsung tidak diberikan ruang untuk berkhidmat kepada parti.

Apa ke jadahnya kalau Ketua Bahagian seorang kontraktor, Ketua Wanita pun kontraktor, Ketua Pemuda pun kontraktor, Ketua Puteri pun kontraktor dan semuanya kontraktor, dimanakah Doktor ? Peguam ? Ulamak dan golongan profesional yang lain ? Tidak berminatkah mereka untuk berkhidmat kepada Umno ?

Demi kepentingan peribadi kita menutup mata perkara itu, kita membiarkan perkara itu terus berlaku dan berlaku, sehinggakan budak sekolah dan orang kurang siuman pun tahu yang mana pemimpin dalam Umno ni semuanya kaki projek, Apakah dengan pelabelan itu Umno akan terus kekal relevan ?

Untuk apa kesemua pemimpin Umno itu dipilih dari kalangan kontraktor ? Kalau setakat Ketua Bahagian jer kontraktor tak kisahlah sangat, tapi pemimpin sayap parti pun sama juga, kalau kesemua mereka ni kontraktor, berwibawakah mereka ? mampukah mereka berfikir akan bagaimana strategi untuk memenangkan parti ?.

Malah sebagai contoh, daripada jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian ia maju lagi setapak untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian, biarpun tanpa sebarang sumbangan yang boleh dibanggakan kepada parti, ia tetap berpeluang cerah untuk dipilih ke jawatan yang bakal menghasilkan projek itu.
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa, UMNO bukan lagi dihormati oleh orang Melayu. Kesetiaan dan sokongan orang Melayu kepada parti yang berjaya memerdekakan negara, berjaya membangunkan negara, berjaya menebus balik maruah orang Melayu, bukan sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang hina oleh mereka dan juga bangsa lain, terutama dalam kalangan generasi muda.

Kenapakah? Sebabnya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asalnya, perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. UMNO dianggap sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang tertentu dalam parti, orang yang menjadi ketua di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya, berjuang untuk diri sendiri, untuk memperkayakan diri, untuk jawatan dan gelaran, untuk kuasa yang boleh disalah guna oleh mereka; menjadi Yang Berhormat (YB) dan Yang Amat Berhormat (YAB).

Ahli berguna hanya untuk sokong supaya individu tertentu ini mengisi ketamakan mereka. Untuk ini ahli disogok dengan wang dan bermacam-macam lagi sogokan seperti lawatan ke luar negara dan mengerjakan umrah. Dengan ini seluruh ahli UMNO terlibat dengan rasuah, iaitu menjual undi mereka dengan duit.

Tidak ada lagi semangat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Dan tidak pun ada kesetiaan kepada UMNO sendiri kerana kesetiaan sudah beralih daripada parti kepada individu tertentu. Walaupun sedar sikap dan tindakan ahli serta pemimpin akan menghakis kekuatan parti dan sokongan kepadanya oleh orang ramai dan akan kalah dalam pilihan raya dan tidak lagi akan berkuasa, tetapi individu tertentu lebih diutamakan daripada parti. Biarlah parti kalah asalkan kepentingan orang tertentu ini dilayani. Maka jadilah budaya cantas mencantas. Kalau tak dapat, rosakkan sahaja parti dan masa depan bangsa dan negara. Dan siapa juga yang dicalon, ada sahaja yang tidak dicalon akan cantas. Oleh itu calon UMNO semua akan kalah termasuk yang winnable, kononnya boleh menang pun akan kalah juga.

Hari ini siapa yang mendapat jawatan dalam UMNO, yang menjadi ketua cawangan, ketua bahagian akan dapat habuan, akan jadi ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberi elaun, mendapat kontrak dan bagi ketua bahagian, kemungkinan jadi calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. Kalau menang boleh desak untuk menjadi Menteri. Jika tidak dapat, apabila parti menang kecil, sanggup ugut keluar parti. Sesungguhnya menjadi ketua di peringkat apa pun dalam UMNO amat menguntungkan.

Justeru tentukan tiada siapa boleh cabar ketua yang sedia ada. Ini dibuat dengan tidak membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar atau lebih berkaliber masuk UMNO. Permohonan mereka dihilangkan, ditolak atau diketepikan. Dengan itu tiada sesiapa yang lebih layak daripada ketua cawangan atau bahagian dapat menjadi ahli UMNO. Yang dapat hanyalah mereka yang tidak mampu mencabar ketua cawangan atau bahagian.

Dengan tindakan ini berkuranglah ahli yang berbakat, berkaliber dalam UMNO. Hendak tidak hendak mereka yang berkebolehan terpaksa menyertai parti-parti lawan yang sedia menerima mereka dan mencalonkan mereka. Maka calon-calon UMNO pun dilihat kurang layak daripada calon parti lawan dan besar kemungkinan dikalahkan.

Sementara itu apabila ketua cawangan atau bahagian sakit atau meninggal dunia, penggantinya tentulah kurang kelayakan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan UMNO merosot sehingga sukar untuk mencalonkan sesiapa yang berkaliber, yang boleh jadi Menteri, atau Perdana Menteri atau Menteri Besar.

沒有留言:

張貼留言