Datuk Seri Ah Jib Gor ni ada-ada saja transformasi yang nak dilakukan, namun bercanggah ataupun songsang daripada kemahuan dan perjuangan parti yang didokong beliau, Ah Jib Gor dilihat terlalu tunduk dengan desakan pembangkang yang menentangnya, tapi tidak pernah pula ingin mendengar rintihan insan-insan kerdil yang setia menyokongnya.
Mujarab sungguh minyak senyonyong yang diguna-gunakan keatas Ah Jib Gor, sedarkah Ah Jib Gor apa saja tuntutan pembangkang yang dipenuhinya tidak pernah berakhir dengan penerimaan yang baik, kerana apa ? Kerana tuntutan-tuntutan yang dibuat tidak ikhlas dan sekadar untuk memenuhi sifatnya sebagai pembangkang. Itu saja, sedarlah wahai Ah Jib Gor.
Sebagai contoh, berhubung pengumuman terbaru bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Apa kata pemimpin pembangkang ?
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri"?
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri"?
Adakah Ah Jib Gor sependapat dengan pandangan Nik Aziz itu ? Tidak...Tujuan sebenar Ah Jib Gor ialah untuk membuktikan ketelusan SPR supaya tidak akan berlakunya pertikaian mengenai keputusan PRU dimasa akan datang, tapi dalam keadaan sekarang ini, tindakan itu seolah-olah menampakkan dakwaan pembangkang sebelum ini adalah benar.
Begitu juga dengan tuntutan himpunan Bersih, antaranya dakwat kekal, setelah kerajaan memenuhi tuntutan penggunaan dakwat kekal, apa yang berlaku ?, adakah kesannya baik ? Tidak.. Ianya dimanipulasikan menjadi bertambah buruk, isunya juga bertambah.
Keadaan itu semua sepatutnya sudah diambil iktibar diatas perkara yang telah dilakukan dalam usaha memikat hati pengundi cina, mengambil kira daripada program-program makan besar, bertukar nama kepada Ah Jib Gor, memalu gendang dalam iklan Tahun Baru Cina dsbnya, lebih parah lagi Gangnam Style, Are you ready for BN ? No..... Tauladannya, melaburlah berapa banyak sekalipun, buatlah apapun, mereka tetap berkata "No"...
Namun Ah Jib Gor tidak berpuas hati lalu seraya bertanya, Apa lagi cina mahu ? Jawapannya cina tak mahukan anda. Cina mahukan Lim Kit Siang menggantikan tempat anda. Ada faham ??? Berbeza dengan PM sebelum ini, PM sebelum ini tidak menjadi Ah Lah atau Ah Thir, tapi mereka tidak pula mendapat tsunami cina. Sedangkan Ah Jib Gor tak pernah meminggirkan cina malah terkadang melebihkannya melebihi Melayu, tapi cina tetap menolak Ah Jib Gor?
Takkanlah hal simple itu sukar untuk faham, berbalik kepada isu transformasi yang hendak dilakukan kepada SPR, apa keperluannya ? Takkan kerana desakan demontrasi pembangkang seorang ketua kerajaan nak dilihat bacul, soalnya sekarang keputusan pilihanraya itu sengaja ditimbulkan oleh pembangkang, jika benar apa yang dituduh oleh pembangkang dengan pembangkang mengemukakan bukti, oklah, kita boleh terima transformasi berkenaan.
Ini tidak, pembangkang hanya menuduh, pembangkang kata berlakunya 'blackout', kita bertanya, dimana ? Pembangkang menjawab, di kawasan-kawasan yang kita kurang jentera, kawasan-kawasan yang mereka fokus mereka mesti menang, mereka lakukan 'blackout'. Soalnya sekarang dimana ? nama kawasan! Takkan tiada nama kawasan itu, sebutlah nama parlimen mana, kalau DUN, DUN mana ?
Akhirnya dengan begitu detail sekali pembangkang menyenaraikan tempat blackout yang berlaku yaitu hanya di bilik pengiraan undi Saluran 3 DUN Seri Serdang, pada jam 7.32 malam, DUN tersebut dimenangi oleh calon Pas Noor Hanim Ismail dengan majoriti 16,521 undi. So apa masalahnya dengan isu 'blackout' ini ? Dimana asasnya untuk mempertikaikan kredibiliti SPR sehingga perlunya ditransformasikan suruhanjaya berkenaan?
Dengan itu sudah tiba masanya untuk Ah Jib Gor ditransformasikan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sebenar, berdiri pada landasan perjuangan yang sebenar, untuk bangsa kita Melayu, agama kita Islam dan negara kita Malaysia, permantapkanlah orang-orang kita untuk menghadapi orang-orang cina, kerana orang-orang cina sudah mencabar kuasa kita dan telah membuktikannya, jadi inilah masanya untuk kita semua bersama Ah Jib Gor sedar dan bersatu.
Come on lah Ah Jib Gor, tak perlulah nak jadi Ah Jib Gorblok, jadilah diri anda yang sebenar berpaksi kepada perjuangan yang didokong, usahlah bersikap seperti mengasah senjata untuk dihalakan kepada diri sendiri, kerana hari ini kita semua dapat lihat dimana Ah Jib Gor hanya mendengar suara pembangkang, suara cina, memenuhi tuntutan pembangkang, tuntutan cina, siapa pembangkang? siapa cina ? Adakah pembangkang atau cina yang membantu dan menyokong Ah Jib Gor untuk mengekalkan kerajaan sekaligus menjadikannya Perdana Menteri ?Jika begitu siapa pula kita ini ? Melayu tak terbela. Insan kerdil yang kurang mendapat kasih sayang ? terpinggir dan dipinggirkan ! Tidak berharga dan tidak dihargai, tiada guna dan tidak digunakan ?... Jika pun kami ghaib dialam maya, tolonglah nampak kami pada alam yang nyata. Jika pun kami berjuang dengan ikhlasnya, tolonglah kami kerana ia lebih baik daripada menolong cina. Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言