2013年6月18日 星期二

Kenapa Kelantan Ada Wang Ehsan Pun Miskin ? Tukang Agih Wang Ehsan Mesti Kaya !

Biarpun Kelantan bukan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional, namun peruntukkan daripada kerajaan pusat kepada rakyat negeri ini sama seperti di lain-lain negeri, bahkan lebih istimewa dengan adanya wang ehsan, setiap tahun kerajaan pusat mengumumkan ratusan juta bantuan kepada Kelantan, sehingga hari ini kita percaya mungkin sudah berbillion peruntukkan kepada Kelantan telah diluluskan.

Namun, apakah peruntukkan yang diumumkan berjuta-juta itu diberikan oleh kerajaan pusat terus ke tangan rakyat ? Atau masih ada banyak lagi tangan-tangan yang mesti dilalui sebelum sampai kepada rakyat ? Jika didengar kepada angka peruntukkan berjuta-juta itu, sepatutnya sudah tidak ada lagi rakyat yang miskin ataupun rumah yang daif dinegeri ini.

Mungkin sudah jenuh telinga kita mendengar peruntukkan juta-juta ini, sebagai makluman kepada rakyat Malaysia, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada peruntukkan juta-juta yang diumumkan itu, malah, dalam tempoh seumur hidup sehingga hari ini, saya hanya menerima bantuan ikhlas kerajaan pusat sebanyak dua kali iaitu bantuan rakyat 1Malaysia BR1M, bantuan telus yang sampai ke tangan rakyat. Saya merangkap kesyukuran diatas nikmat tersebut.
Kalau di Kelantan mungkin "Tiada Air Nak Urus Jenazah Suami", di Melaka air ada, tapi duit pula takder. Renung-renungkanlah, mansuhkan Penyelaras Dun yang tidak bertanggunjawab sebelum lahirnya lebih ramai pembangkang!!!.
Tapi bagaimana dengan lain-lain bantuan ? lain-lain bantuan tidak ada, entahlah sampai kepada tangan yang mana ? Adakah tidak memohon ? sudah memohon tapi tak dapat. Apakah tidak layak ? Jauh dari layak jika dinilai secara adil lagi ehsan. Apakah jenis bantuan yang dipohon ? Bantuan membaiki rumah. Apakah kebulur jika tidak dibantu ? Jauh untuk kebulur, tidak sama sekali, malah ianya memberi inspirasi, semangat yang berkobar-kobar untuk terus hidup membongkar ketidakadilan, penyelewengan, penyonglapan yang dilakukan oleh pemimpin tertentu.

Kita tidak mengharapkan bantuan keatas diri sendiri, tapi mengharapkan bantuan yang diumumkan juta-juta itu mestilah sampai ketangan seluruh rakyat yang berhak, untuk dapatkan bantuan bagi diri sendiri, tidak perlu untuk menulis di blog ini, mungkin boleh cuba pintu belakang, tapi bagaimana nasib yang lain ? Berbaloikah persepsi buruk terhadap rakyat Kelantan dengan pengumuman peruntukkan juta-juta itu? Benarkah rakyat Kelantan tidak tahu berterima kasih jika peruntukkan yang diumumkan itu telus sampai ketangan mereka.?

Lanun-lanun yang membaham rakus peruntukkan ini mesti dibongkar kepada umum, ini penting untuk diketahui oleh seluruh rakyat agar persepsi mereka kepada rakyat Kelantan tidak seburuk yang disangka.
Jika pun peruntukkan itu diberikan, apakah telus jika ia berlaku sebagaimana dengan yang berlaku kepada makcik ini. Ada satu kes yang berlaku kepada seorang makcik tua yang miskin, dimana bantuan baiki rumah daripada JPP sebanyak RM3,000 telah diluluskan, bantuan tersebut bagi menggantikan atap rumahnya yang bocor, keluasan rumahnya yaitu rumah kampung biasa saya anggarkan berkeluasan lebih kurang 25f x 35f.

Dengan peruntukkan yang diluluskan sebanyak RM3,000 itu sepatutnya keseluruhan atapnya sudah boleh ditukar baru, namun hanya sebahagiannya saja yang ditukar, zink cap singa tu harganya cuma RM1.90 sekaki, sekeping zink lebarnya 2kaki, jika keseluruhan zink itu digantikan ianya cuma memerlukan 15 keping zink yang panjangnya 35kaki, harga zink untuk semua itu RM998, jika peruntukkan JPP sebanyak RM3,000, katakan upah pasang RM1,000 kemana RM1,000 lagi ?

Itupun kalau ditukar semua, kalau ditukar sebahagiannya sahaja, kemana perginya RM1,500 lagi ? Nak kata tukar kayu, kayu tak tukar, takkan beli paku habis sampai RM1k, ini betul-betul menganiayai orang-orang miskin, mungkin makcik tu boleh mereka perbodohkan, tapi golongan muda tak mungkin untuk mereka perbodohkan.

Bilamana sebahagian saja zink ditukar, tak sampai setahun makcik tu pun mengeluh lagi, masalah sama, rumah bocor, mohon lagi bantuan, maka projeklah lagi lanun-lanun ini.

Jika hendak ditanya kenapa rakyat Kelantan tak minta bantuan dengan wakil rakyat Pas yang mereka sendiri pilih ? Sebelum tu tanya dulu, kenapa kerajaan persekutuan menubuhkan JPP, memberikan peruntukkan kepada JPP, melantik Penyelaras DUN dan sebagainya ? Tujuan apa kerajaan pusat lantik Penyelaras DUN ? Lantik tu lantik saja ke, lantik ada elaun. Kalau ada elaun RM4,000 sebulan, duit siapa yang bayar elaun itu ? Duit BN ? Duit rakyat ?

Kita tidak mempertikaikan keikhlasan kerajaan pusat, tapi apa yang dipertikaikan adalah tindakan kerajaan pusat yang melantik individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukkan yang diumum berikan sehingga peruntukkan itu tidak sempurna sampai kepada rakyat. Jika perkara ini berterusan, kita mencadangkan supaya peruntukkan itu langsung tidak diberikan atas nama bantuan kepada rakyat Kelantan.

Sebaliknya peruntukkan itu mestilah diumumkan atas nama bantuan kepada JPP, Penyelaras DUN dan suku sakatnya. Ini penting supaya rakyat tidak terkeliru. Sebab kalau atas nama rakyat Kelantan, peruntukkan itu mesti telus sampai kepada seluruh rakyat Kelantan yang layak, dan  JPP, Penyelaras DUN serta suku sakatnya tidak boleh dikategorikan sebagai mewakili seluruh rakyat Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

'Belakang parang jika diasah lagikan tajam'

沒有留言:

張貼留言