2013年10月20日 星期日
TAHNIAH AZEEZ PUTERA!!! TAKZIAH AHMAD LEBAI SUDIN!!!!
Datuk Abdul Azeez Rahim mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling pada pemilihan kepemimpinan baharu parti itu semalam.Dalam keputusan yang diperoleh kira-kira pukul 9 pagi ini, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling mengekalkan jawatan berkenaan dalam saingan dua penjuru menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husin.Jawatan Timbalan Ketua bahagian itu
2013年10月18日 星期五
PILIHLAH PEMIMPIN YANG BOLEH MEMBANTU, BUKANNYA PEMIMPIN YANG PERLU DIBANTU!!!
Selain daripada pertandingan enam penjuru untuk jawatan Naib Presiden UMNO melibatkan tiga orang penyandang iaitu Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishamuddin Hussein Onn dengan tiga orang pencabar iaitu Isa Samad, Ali Rustam dan Mukhriz Mahathir, pertandingan yang tidak kurang menarik ialah memilih 25 orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT).
Menurut pendapat peribadi penulis, ada beberapa nama
MUKHRIZ MAHATHIR BAGI TEMPOH SAMPAI JAM 10:00 PAGI KEPADA THE MALAYSIAN INSIDER... KALAU TIDAK....
Nampaknya, Mukhriz Mahathir, calon Naib Presiden UMNO No.05 'memperkenalkan' satu lagi budaya berani selepas Zahid Hamidi yang mementingkan keselamatan negara berbanding populariti. Mukhriz memberikan reaksi yang amat keras terhadap portal Pro-Pakatan Rakyat, The Malaysian Insider tentang sebuah artikel yang diterbitkan dan disiarkan oleh portal tersebut yang menfitnahnya.
Secara terus-terang
2013年10月16日 星期三
EMAK KHAIRY JAMALUDDIN LUPA, ANAKNYA SENDIRI HANYA BERMODALKAN STATUS MENANTU PAK LAH UNTUK DAPAT JAWATAN DALAM UMNO!!!
Rahmah Abdul Hamid, 81, yang merupakan ibu kandung Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar rupa-rupanya tidak mampu menutup mulut agar kerjaya anak lelakinya tidak terjejas. Walaupun Rahmah menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mukhriz Mahathir, namun apabila kenyataannya memperkecil-kecilkan pencalonan Mukhriz Mahathir, Rahmah sebenarnya kembali membuka sejarah
MUKHRIZ MAHATHIR TIADA HARAPAN SEBAGAI NAIB PRESIDEN KERANA BAKAL DIKORBANKAN?
Semua pencabar dan calon dari Kedah untuk jawatan dalam ketiga-tiga sayap UMNO, telah tewas. Norsabrina tewas. Akramsyah juga tewas. Suraya jugagagal menyaingi Azizah Dun. Beberapa nama lagi dari Kedah turut bertanding dalam jawatan-jawatan penting kepimpinan utama UMNO.Mengetuai adalah Mukhriz Mahathir sebagai salah seorang daripada calon Naib Presiden. Turut dibariskan dalam jawatan Ahli
2013年10月14日 星期一
Trend Pengundian Sayap Umno Memungkinkan Penyandang Naib Presiden Kekal
Trend pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu masih inginkan kepimpinan sediaada dan belum sampai masanya untuk mereka melakukan perubahan diperingkat atasan.
Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis Tertinggi Sabtu ini.
Pemerhati politik percaya bahawa penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19 Oktober ini.
Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan mereka.
Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang besar menerusi kaedah 'electoral College' pada pemilihan kali ini, tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.
Pencabar bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, beliau menjangkakan trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Beliau berkata dua kategori calon akan mempunyai kelebihan Sabtu ini iaitu penyandang terutama dalam pertandingan untuk Naib Presiden serta dan pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri, timbalan menteri dan Menteri Besar.
Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden, akan dicabar oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kini memegang jawatan Pengerusi Felda manakala perkhidmatan selama 14 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka juga telah membuatkan mereka dikenali perwakilan akar umbi.
Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah juga menjadikannya antara calon berprofil tinggi.
"Mereka bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi dan yang memegang jawatan-jawatan kerajaan mendapat publisiti yang lebih hingga menjadikan mereka lebih terkenal berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai jawatan," kata Shaharuddin.
Daripada 62 pemimpin yang bertanding untuk 25 kerusi Majlis Tertinggi, 17 daripada mereka memegang jawatan kanan sama ada sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri, menteri atau timbalan menteri.
Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, beliau menjangkakan trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Beliau berkata dua kategori calon akan mempunyai kelebihan Sabtu ini iaitu penyandang terutama dalam pertandingan untuk Naib Presiden serta dan pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri, timbalan menteri dan Menteri Besar.
Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden, akan dicabar oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kini memegang jawatan Pengerusi Felda manakala perkhidmatan selama 14 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka juga telah membuatkan mereka dikenali perwakilan akar umbi.
Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah juga menjadikannya antara calon berprofil tinggi.
"Mereka bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi dan yang memegang jawatan-jawatan kerajaan mendapat publisiti yang lebih hingga menjadikan mereka lebih terkenal berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai jawatan," kata Shaharuddin.
Daripada 62 pemimpin yang bertanding untuk 25 kerusi Majlis Tertinggi, 17 daripada mereka memegang jawatan kanan sama ada sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri, menteri atau timbalan menteri.
2013年10月13日 星期日
Senarai Muktamad Ketua Pemuda Umno Bahagian Di Kelantan
1. Mohamad Azan Ismail � Ketua Pemuda Ketereh.
2.Rosidi Mahmud Kamarudin � Ketua Pemuda Tumpat.
3. Mohd Almidi Jaafar � Ketua Pemuda Tanah Merah.
4.Eriandi Ismail � Ketua Pemuda Machang.
5.Wan Mohamed Rasman Wan Hassan- Ketua Pemuda Kota Bharu.
6.Nor Azmawi Ab Rahman � Ketua Pemuda Pasir Mas.
7.Ahmad Firdaus Muhammad � Ketua Pemuda Kuala Krai.
8.Sheikh Razali Sheikh Hamad � Ketua Pemuda Gua Musang.
9.Hj Che Shamsuzuha Che Noh � Ketua Pemuda Bachok.
10.Khairul Ikhwaniza Mohamad Zahari � Ketua Pemuda Jeli.
11.Mohamad Rizal Razali � Ketua Pemuda Pengkalan Chepa.
12.Akbar Salim � Ketua Pemuda Rantau Panjang,
13.Bakri Yusoff � Ketua Pemuda Kubang Kerian.
14.Mohammad Yusri Ismail � Ketua Pemuda Pasir Puteh.
12.Akbar Salim � Ketua Pemuda Rantau Panjang,
13.Bakri Yusoff � Ketua Pemuda Kubang Kerian.
14.Mohammad Yusri Ismail � Ketua Pemuda Pasir Puteh.
Tersenarai diatas adalah keputusan rasmi calon-calon bagi jawatan Keua Pemuda Umno Bahagian yang diberi kepercayaan oleh para perwakilan dalam menentukan halatuju Umno-BN di Kelantan. Tahniah kepada mereka yang menang, dan kepada yang tidak terpilih tidak semestinya perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair juga terhenti, mungkin hanya masa tidak berpihak kepada anda.
Dengan keputusan itu kita harap tidak ada sebarang isu yang berbangkit, tolong jangan bawa budaya Anwar Ibrahim kedalam pemilihan Umno, soal undi popular, bangla dan 'blackout' adalah tidak terpakai sama sekali, kolot, jumud dan tidak relevan.
Apapun kepada mereka yang diberi tanggungjawab menggalas peranan menggepalai pemuda parti yang berjuang demi agama, bangsa dan tanahair khasnya dibahagian yang BN tewas pada PRU 13 lalu supaya memperjalankan mandat yang diberikan menepati dengan apa yang diinginkan parti.


Apapun kepada mereka yang diberi tanggungjawab menggalas peranan menggepalai pemuda parti yang berjuang demi agama, bangsa dan tanahair khasnya dibahagian yang BN tewas pada PRU 13 lalu supaya memperjalankan mandat yang diberikan menepati dengan apa yang diinginkan parti.


Seiring dengan kehendak 'Transformasi' yang dibawa oleh Presiden yang juga bertepatan dengan trend golongan muda hari ini, menjadi keperluan utama kepada sayap parti dalam menguasai seluruh media sosial yang ada demi memperkasakan lagi sokongan golongan muda kepada BN.
Kesungguhan itu telah diterjemahkan oleh Presiden parti menerusi lawatan beliau ke pusat pengendali media sosial seperti Facebokk, Tweeter, Google dsbnya. Begitu juga dengan kod etika kempen yang dilihat lebih cenderung untuk membiasakan calon dengan penggunaan media sosial tersebut.
Bagaimanapun, jika niat mengepalai sayap pemuda bahagian itu hanya untuk mencari kepentingan peribadi semata-mata tanpa sedikitpun dilihat sumbangannya kepada parti bahkan menjadi liabiliti untuk kemenangan parti, maka diingatkan hasrat buruk itu tidak akan mampu bertahan lama selain terlondeh dan akan dijaja rata.
Namun, kami cukup yakin, calon-calon yang dipilih ini adalah tonggak terbaik buat Umno, merekalah yang akan menyambung kesinambungan kepimpinan sebelumnya dengan menambahbaik disetiap kelompangan yang ada dalam memastikan Barisan Nasional terus menjadi pilihan orang muda dulu, kini dan selamanya. Tahniah dan Syabas... Anda Mampu Mengubahnya.
Bagi senarai jawatan Wanita dan Puteri terus ke blog Pilih Memilih
2013年10月12日 星期六
2013年10月11日 星期五
Khas Buat Para Perwakilan Umno Demi Perjuangan Agama, Bangsa Dan Tanahair
Menghadapi situasi cabaran politik yang semakin mencabar, seharusnya para perwakilan dalam perhimpunan agung Umno kali ini berfikiran terbuka dan lebih mementingkan hala tuju perjuangan parti berbanding individu.
Kita sering mendengar dimana tanggapan kurangnya golongan profesional menyertai Umno diperkatakan oleh pelbagai pihak, tidak dinafikan tanggapan negatif itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada Umno, menjadi tanggunggjawab seluruh ahli Umno dalam membersihkan persepsi berkenaan supaya ianya tidak terus menular menjadi barah didalam pemikiran generasi baru yang boleh menyebabkan mereka malu untuk menyokong parti yang dibarisi oleh kepimpinan yang dianggap tidak profesional.
Sedangkan Umno itu sendiri sentiasa relevan dan masih kekal didominasi oleh golongan profesional, muka-muka baru dikalangan profesional yang tampil setiap kali pemilihan agung parti menjadi salah satu bukti Umno kekal diminati oleh golongan tersebut, kombinasi muka baru dan lama terus menjadikan Umno kekal relevan dulu, kini dan selamanya.
Bagaimanapun demi memantapkan lagi Umno dalam menghadapi parti-parti pembangkang yang sebahagian besar dari pemimpin mereka dikalangan pengamal undang-undang yang sering berselindung disebalik hak asasi dan majlis peguam, difikirkan ada baiknya juga jika para perwakilan tidak melupakan kepentingan itu dan turut memberi peluang kepada calon-calon yang berlatarbelakangkan perundangan seperti peguam untuk membarisi kepimpinan tertentu khasnya dalam sayap Pemuda dan Puteri.
Ianya penting dalam kita menjamin dasar parti yang dibawa untuk membela bangsa Melayu supaya tidak mudah diganggu-gugat sebagaimana yang sedang diusahakan oleh kaum tertentu dengan mencabar hak keistimewaan orang Melayu, mungkin jika dahulu selalunya kita mempertahankan hak kepentingan bangsa kita dengan berparang, demontrasi dsbnya, hari ini ianya sudah berubah, setiap perkara kesemuanya diputuskan menerusi mahkamah, (cth: Isu penggunaan kalimah Allah) dengan itu relevannya Umno dalam memartabatkan perjuangan agama, bangsa dan tanahair sudah pastilah kepimpinannya perlu ada golongan yang menguasai ilmu perundangan.
Calon No 31 ni pun ok...
2013年10月10日 星期四
PEMILIHAN UMNO DAN PAS: AHLI POLITIK SAMA MACAM AIR MANI!!!
'Politician are like sperm. One in a million turn out to be an actual human being'
Itu hakikat yang perlu diakui. Walaupun setiap ahli politik akan mendabik dada bahawa merekalah yang terbaik, merekalah tempat sandaran dan tempat bergantung, mereka sahajalah yang boleh merealisasikan sebarang kehendak atau keperluan rakyat bawahan, hakikatnya mereka tidak ubah seperti AIR MANI yang di
AKRAMSYAH GELARKAN TEMAN RAPAT KHAIRY JAMALUDDIN SEBAGAI BABI!!!
Tony Pua dan mulut celuparnya di sebalik topeng genius yang cuba ditonjolkan, memang merupakan antara yang paling menarik untuk diperkatakan.
Tindakannya keterlaluan apabila menyedari tipu helah untuk mengangkat Dinasti Lim dan Dinasti Singh akhirnya mendedahkan tentang PENIPUAN TERANCANG oleh kedua-dua kumpulan tersebut.
Meskipun DAP telah mengadakan pemilihan semula CEC, namun kehilabgan 851
Tindakannya keterlaluan apabila menyedari tipu helah untuk mengangkat Dinasti Lim dan Dinasti Singh akhirnya mendedahkan tentang PENIPUAN TERANCANG oleh kedua-dua kumpulan tersebut.
Meskipun DAP telah mengadakan pemilihan semula CEC, namun kehilabgan 851
2013年10月8日 星期二
#azlan4exco - Calon Peguam Muda Berwawasan Buktikan Umno Masih Relevan
Tertarik dengan kenyataan Azlan Abdullah, yaitu salah seorang calon bagi jawatan Exco Pergerakkan Pemuda Umno Malaysia, biarpun beliau belum menyandang jawatan tersebut, namun kenyataan yang dikeluarkan selaku calon pun sudah memberi imej yang baik kepada parti dan secara tidak langsung ia mampu menafikan persepsi bahawa parti Umno semakin dijauhi oleh golongan profesional.
Ini kerana beliau yang merupakan seorang peguam terkenal dan turut mempunyai firma guaman sendiri adalah salah seorang dikalangan profesional yang tetap diterima menyertai Umno malah direstui bertanding sehingga diperingkat pusat, kewibawaan calon muda dari Kelantan ini dijangka akan diberikan peluang oleh para perwakilan yang budiman agar kelebihan yang ada pada seorang profesional ini dapat dimanfaatkan bersama pemimpin lain yang masing-masing turut ada kelebihan tersendiri.
Dengan peluang yang agak wajar diberikan kepada calon seperti beliau demi perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair, maka selepas ini sama-sama kita dapat melihat UmnoBN akan lebih mantap bilamana berhadapan dengan pimpinan pembangkang tidak kira walau dalam apa jua gelanggang,
Sebenarnya tidak timbul soal golongan profesional disisihkan didalam Umno, namun pembawaan seseorang pemimpin itu harus bijak menarik perhatian ahli supaya tidak dilihat sombong dan angkuh, jika dengan ahli sendiri pun pembawaan seseorang pemimpin itu gagal, samalah juga apabila berhadapan dengan rakyat.
Berbeza dengan calon No 31 ini, pembawaannya yang bersederhana disamping sikap yang mudah mesra antara faktor keyakinan penulis beliau bakal dipilih oleh para perwakilan pada pemilihan yang akan diadakan beberapa hari saja lagi. - Bersambung - Sumber KelateToday
PEMILIHAN UMNO: AHLI UMNO KULIM-BANDAR BARU MARAH, CALON-CALON AMBIK RESTU DARIPADA KADIR SYEIKH FADZIR!!!
Kehangatan dalam pemilihan jawatan di dalam bahagian kulim Bandar baru amatlah dirasai,bukan saja di kalangan calon-calon yang akan bertanding tetapi yang peliknya turut dirasai oleh pembangkangsehinggakan calon-calon yang bertanding bersekongkol dengan pembangkang untuk menentukan kemenangan calon.Pembangkang yang penulis maksudkan adalah ABANG kepada KETUA BAHAGIAN UMNO KBB sekarang, yang
2013年10月6日 星期日
GEMPAR!!! MUKHRIZ MAHATHIR TARIK DIRI WALAUPUN SEDANG POPULAR!!!
Tidak sia-sia sebenarnya apabila Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Tidak sia-sia juga anak bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu diberikan tanggungjawab untuk menerajui negeri Kedah.Meletakkan kepentingan negeri dan parti mengatasi kepentingan peribadi!Itu yang boleh dikatakan kepada Mukhriz Mahathir berhubung keputusan terbarunya.Mukhriz Mahathir menyatakan,
2013年9月29日 星期日
MENGAPA LIM GUAN ENG BERMINAT SANGAT DENGAN SHAHRIZAT ABDUL JALIL DAN MUKHRIZ MAHATHIR?
DAP melihat PRU14 sebagai pertarungan hidup mati beberapa orang pemimpin tuanya seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. DAP melihat pertarungan yang bakal menyaksikan kelangsungan Lim Guan Eng dalam politik DAP dan politik negara menerusi kedudukan UMNO.Apakah para pemimpin dan ahli-ahli UMNO melihat dari kacamata yang sama?Kekuatan sebenar dan tulang belakang UMNO adalah Pergerakan Wanita
@azwanbro Calon Muda Berwibawa #OneBro4NKP
Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri. Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google.
Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.
Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri, selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak.
Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.
Upah Blogger Balun Calon NKP?
Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.
Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?
Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.
Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.
Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...! Selanjutnya Double Y
Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...! Selanjutnya Double Y
2013年9月24日 星期二
'Janji Masyuk' - NKP Di Parlimen BN Tewas 15120 Undi Dengan Pengalaman Pimpin Anak Lintas Jalan Pun Bertanding KP @NajibRazak @Khairykj
Peristiwa yang pernah berlaku ini hanya sebagai iktibar dan sempadan buat seluruh perwakilan yang akan menunaikan tanggungjawab dalam pemilihan Umno nanti. Tujuan pendedahan bersiri ini tidak berniat untuk menuntut tunggakkan, jauh sekali untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar melaksanakan kewajipan demi kebenaran dalam berjuang,
Untuk pengetahuan semua, kejelikkan pemimpin ini pernah didedahkan beberapa tahun lalu, atas sebab-sebab tertentu termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRU 13, isu ini tidak dimainkan, sungguhpun demikian, ia tak pernah luput dalam ingatan seorang pejuang yang masih lagi mempercayai bahawa parti Umno adalah sebagai parti yang membela agama, bangsa dan negara.
Bertitik tolak diatas kepercayaan itu, suka kiranya kita menyelongkar sedikit perkara yang berada dalam pengetahuan sendiri tentang seorang individu yang menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di salah satu bahagian di Kelantan, individu berkenaan sebelum ini menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno di bahagian yang menyaksikan pada PRU13 lalu parlimennya BN tewas dengan 15,120 undi.
Individu sama turut pernah meninggalkan 'taik' semasa menyewa disebuah premis milik seorang ibu tunggal apabila disahkan tidak membayar tunggakkan sewa bulanan premis terbabit sebelum pihaknya senyap-senyap cabut lari. Tidak cukup dengan itu pihak individu tersebut turut membawa lari lampu-lampu kalimantan termasuk pendawaian bersama kotak suis utama TNB.
Tindakan tidak bertamadun ala 'Mat Pet' pihaknya itu bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti apakah tujuannya yang sebenar, kerana selama lebih 20 tahun tuan rumah terlibat dalam industri rumah sewa belum lagi berhadapan situasi ala 'Mat Pet' seperti itu. Untuk bersangka baik, katakanlah barang berkenaan sudah ditukar baru dan ia milik mereka, tapi,.. dimana barang yang lama ? Bukankah ianya perlu diganti seperti keadaan asal ?.
Saya beri contoh mudah, kalau kita sewa kereta misalnya, lepas tu kita tak berpuas hati kerana enjinnya 'standard' lalu kita 'modified' menggantikan dengan enjin turbo, satu hari, kita sudah tidak mahu lagi sewa kereta tersebut dan mencabut enjin turbo yang kita pasang, ketika itu apakah kita akan hantar kereta itu tanpa enjin ? Atau kita pasang balik enjin asal seperti sediakala ?
Bagaimana pula dengan tunggakan sewa dan elektrik ?
Jika hendak ceritakan satu persatu ianya terlalu panjang, mungkin siri kali ini saya hanya ringkaskan mengenai kesimpulan dari apa yang berlaku mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu yang berjawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian seterusnya akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian... yang secara tidak langsung telah memalitkan imej negatif terhadap parti Umno dek kerana perangainya yang 'kucar'.
Sikap seperti itu tidak patut dan HARAM untuk ada pada batang tubuh seorang yang hendak dilantik sebagai pemimpin, bayangkanlah isu yang melibatkan masalah rakyat yang sendiri dibikinnya pun sanggup untuk ia berlepas tangan, apatah lagi masalah rakyat yang langsung tiada hubungkait dengannya.
Tahi lalat dibawah bibir tak semestinya manis dipandang orang, tapi bukankah lebih manis dan tercirinya kewibawaan atau kelayakkannya untuk menjadi pemimpin jika beliau dengan 'gentleman' datang bertemu tuan rumah serta menyelesaikan masalah yang timbul dengan penuh kebijaksanaan tanpa perlu mencemarkan identiti parti yang diguna pakai atas nama Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Jangan hanya tahu memakai baju tapi tidak tahu untuk menjaga baju. Oleh kerana sikap itu, apa tanggapan rakyat akan kepepimpinan yang ada didalam Umno itu sendiri ? Mampukah parti yang punyai kepepimpinan seperti pemimpin ini mempertahankan kerajaan dalam PRU14 nanti ?.
![]() |
| Bakal KP Janji Masyuk |
Mentang-mentanglah kita ni seorang ahli perniagaan atau kontraktor, takkanlah dalam kepala otak kita hanya ada 'janji masyuk' jer, tak boleh buat 'janji masyuk' lagu tu, kita ni nak kena tengok juga mana yang halal dan mana yang haram, mana hak orang dan mana hak kita, mana perjuangan peribadi dan mana perjuangan parti semua itu perlu diambil kira tak boleh buat 'janji masyuk' sembarangan, contohnya kalau nak jadi pemimpin parti, perlu ada kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, jangan pula asal 'janji masyuk' kita pun turut nak jadi pemimpin parti, macam tu punah-ranahlah parti.
Terlanjur dalam bercakap bab kelayakkannya, kewibawaannya serta ketokohannya, ciri-ciri itu terdapatkah dalam dirinya untuk menjadi pemimpin parti elit yang terbesar dalam negara ini ? Sebelum ini pernah pimpin apa ? Atau pernah dijemput untuk berdiskusi dalam forum apa ? Aktif terlibat dalam NGO mana ? Semasa zaman persekolahan atau UniBaSiti dulu ada pengalaman pimpin kumpulan pelajar ke ? Kalau setakat pimpin tangan bini atau pimpin tangan anak lintas jalan, itu tidak termasuk didalam transformasi ketokohan yang perlu ada pada seorang pemimpin muda. Kewibawaan dan keintelektualannya dalam konteks pemimpin muda hari ini jelas sangat meragukan, dan keraguan itu bakal menyusul nanti.
Dalam merentas arus politik yang semakin mencabar dewasa ini, perubahan zaman serta peningkatan undi golongan muda disamping semakin kurangnya undi golongan tua yang pergi meninggalkan kita, sudah tiba masanya pemimpin itu dihadirkan dari acuan yang berlatarbelakangkan 'kepepimpinan' dan bukannya pemimpin jadi-jadian sepertimana yang sebahagiannya ada hari ini. Ia penting, kerana pemimpin jadi-jadian ini tidak mampu untuk menjiwai perjuangan dan dasar yang dibawa oleh parti, mereka tidak tahu bagaimana cara berpolitik, mereka jahil, mereka hanya pentingkan kepentingan diri dan kroni, mereka hanya tahu 'janji masyuk' tapi mereka tidak tahu apa sebenarnya perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Justeru, jika benar ahli Umno sayang kepada parti dan ingin melihat transformasi itu berlaku dalam Umno, pilihlah pemimpin yang punyai keterampilan akan kewibawaannya dan keintelektualan akan pemikirannya. Sebagai contoh antara pemimpin muda dalam Umno yang dilihat ada ciri itu seperti salah seorang ahli panel dalam video dibawah, ciri itu boleh dilihat ianya dizahirkan bilamana seseorang pemimpin itu berdepan dengan soalan panas secara spontan dihadapan umum, ketika itulah boleh dinilai akan kebijaksanaan seseorang pemimpin untuk menjawab persoalan yang pada kebiasaannya tidak mampu untuk dijawab. Anda Mampu Mengubahnya.
Justeru, jika benar ahli Umno sayang kepada parti dan ingin melihat transformasi itu berlaku dalam Umno, pilihlah pemimpin yang punyai keterampilan akan kewibawaannya dan keintelektualan akan pemikirannya. Sebagai contoh antara pemimpin muda dalam Umno yang dilihat ada ciri itu seperti salah seorang ahli panel dalam video dibawah, ciri itu boleh dilihat ianya dizahirkan bilamana seseorang pemimpin itu berdepan dengan soalan panas secara spontan dihadapan umum, ketika itulah boleh dinilai akan kebijaksanaan seseorang pemimpin untuk menjawab persoalan yang pada kebiasaannya tidak mampu untuk dijawab. Anda Mampu Mengubahnya.
Bersama Najib Realitikan Transformasi
UMNO BAHAGIAN AMPANG BAKAL MENYAKSIKAN PERTANDINGAN SENGIT UNTUK PERUBAHAN MENDADAK!!!
Semua jawatan dipertandingkan di UMNO Bahagian Ampang. Satu-satunya yang menang tanpa bertanding adalah untuk jawatan Ketua Puteri Ampang, HASLINDA HOIS AKBAR. Biarpun secara pukalnya, PUTERI UMNO AMPANG sebenarnya hanya berstatus WUJUD tapi tidak berfungsi, perlantikan Haslinda diharapkan mampu memberikan satu suntikan perubahan kepada golongan muda di Ampang yang merupakan jumlah pengundi
2013年9月21日 星期六
Tiga Pesanan Najib Kepada Calon Bertanding
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan semua anggota Umno supaya tidak menyalahgunakan kuasa, mengamalkan politik wang atau menyerang secara peribadi dalam usaha mendapatkan mana-mana jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini. Perdana menteri mengingatkan mereka supaya mengekalkan demokrasi dengan menjaga tata tertib dan kesopanan sepanjang masa berkempen.
"Nasihat saya bukan untuk jawatan naib presiden sahaja tetapi untuk semua jawatan, maknanya kita mesti jaga ketertiban, kesopanan dalam kempen-kempen secara beradab.
"Jangan guna wang dan juga salahguna kuasa, jangan menyerang peribadi dan sebagainya, ini semua kita akan tentukan garis panduan yang sesuai dan jawatankuasa disiplin akan meneliti perjalanan kempen kita," katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Sabtu.
Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Najib berkata, tindakan tidak beretika oleh mana-mana pihak pastinya akan menjejaskan imej dan nama baik parti terbesar di negara ini yang juga merupakan parti keramat bagi orang Melayu.
"Saya berharap semuanya dapat berjalan dengan penuh adab, ketertiban dan menjaga imej parti kita supaya tidak tercalar dengan apa juga tindakan, perbuatan, pertuturan ataupun risalah kempen yang dilakukan mana-mana pihak sama ada dari calon sendiri ataupun penyokong calon," katanya.
"Kita meminda perlembagaan dengan tujuan tersebut (demokrasi) kalau tidak kita tidak menjadikan parti kita lebih terbuka seperti yang kita lihat hari ini berdasarkan perlembagaan baru.
"Melalui demokrasi, parti kita akan lebih disanjung tinggi oleh rakyat yang sentiasa memandang kepada perjalanan pertandingan dalam Umno. Sebagai parti terbesar dalam negara, sudah tentu ia akan menjadi penelitian rakyat jelata sepanjang kempen yang akan berlangsung selepas ini," katanya.
Apa yang disebut oleh PM itu seharusnya dipatuhi oleh setiap calon dan juga penyokong masing-masing, namun bagi calon yang sememangnya mempunyai masalah yang mana masalahnya itu boleh memudaratkan parti atau memberi cerminan negatif kepada parti, ada kewajarannya untuk didedahkan supaya ianya tidak disalah pilih.
Ini kerana apabila disebut sebagai bangkai, bagaimana sekalipun disorok, lama-lama ia pasti berbau jua, oleh demikian, bagi mengelakkan bau bangkai itu dihidu ketika saat hampirnya PRU, eloklah kalau dapat dibersihkan bangkai berkenaan semasa proses pemilihan ini. Anda Mampu Mengubahnya.
2013年9月20日 星期五
SOHAIMI SAHADAN MEMANG LAYAK UNTUK MT UMNO!!!
Kami di TFK selalunya mengambil pendirian untuk tidak berpihak kepada mana-mana pemimpin dalam UMNO yang bertanding untuk jawatan-jawatan penting dalam parti. Bagaimanapun, berdasarkan kepada pemerhatian selain keinginan untuk melihat UMNO keluar daripada kepompong serta penaklukan DINOSAUR ZAMAN JURASSIC yang masih tidak sedar-sedar diri serta mahu terus bergayut pada kuasa sampai MAMPUS
訂閱:
文章 (Atom)
.jpg)




















