顯示具有 azwanbro 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 azwanbro 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年9月29日 星期日

@azwanbro Calon Muda Berwibawa #OneBro4NKP

Tarikh 12 Oktober iaitu hari untuk para perwakilan memilih pucuk pimpinan bagi sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia semakin menghampiri. Ramai pemerhati sudah berkira-kira siapakah yang bakal dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google.

Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.
Antara kejayaan Azwanbro di Perak ialah membawa seramai 14 ribu pengundi muda mendaftarkan diri,  selain itu dia turut berjaya menarik minat anak muda Perak melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan melalui BN Youth Volunteer Perak.
Hasilnya sukarelawan BN Youth Perak antara pasukan yang paling aktif sebagaimana diakui oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Bermula dengan program-program kesukarelawan inilah, matlamat Azwanbro untuk melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan parti dapat dilaksanakan di Perak. 
Kini Azwanbro masih meneruskan misi untuk melahirkan generasi yang cintakan UMNO sebagaimana diucapkan ketika perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Inilah misi yang ingin dibawa jika perwakilan pemuda memberi peluang kepadanya.
Upah Blogger Balun Calon NKP?

Terdapat tuduhan yang mengatakan Azwanbro mengupah blogger untuk balun calon-calon NKP yang lain, apabila segelintir blogger menyerang seorang lagi calon NKP.

Jika begitu, bolehkah saya mengatakan seorang lagi calon turut mengupah blogger untuk menyerang Azwanbro secara peribadi memandangkan terdapat beberapa blog yang mengatakan Azwanbro orang korporat yang ego, sombong serta menyiarkan gambar-gambar yang diperolehi dari blog pembangkang bagi memburuk-burukkan Azwanbro?

Saya boleh namakan satu persatu blog-blog ini, malah saya tahu siapa pemilik blog. Tetapi atas prinsip perlawanan secara adik-beradik sebagaimana dikatakan KJ, saya abaikan segala tohmahan tersebut walaupun calon pilihan saya yang diserang.

Justeru, bagi saya kita berkempenlah berdasarkan segala kerja dan peranan yang dilakukan oleh calon pilihan kita bukannya menyerang peribadi mereka. Misi Azwanbro melahirkan generasi muda yang setia pada perjuangan, pada parti bukan melahirkan blogger upahan.

Layan sikit Wacana Bakal NKP :
Arios...! Selanjutnya Double Y

2013年9月1日 星期日

#OneBro4NKP - Azwan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Paling Layak Setakat Ini

Dari segi populariti dan kewibawaan calon Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dengan panggilan AzwanBro tampak lebih menyerlah dan memperlihatkan kredibilitinya untuk menggalas jawatan tersebut.
 
AzwanBro yang dilihat begitu serasi dengan kepimpinan pemuda yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin seharusnya diberikan peluang untuk memperkasakan lagi saf  kepimpinan pemuda agar ianya selari dengan kehendak orang muda pada hari ini.

Dalam pengamatan kita kepada bicaranya, ia lebih menjurus kearah memperkatakan mengenai permasalahan rakyat dan juga cara penyelesaiannya, kerana pada pandangan beliau, usaha untuk menguatkan parti dan mendekatkan rakyat kepada parti bukanlah tugas wakil rakyat semata-mata, malah barisan pemuda juga turut bertanggunjawab akan perkara itu.

Bagaimanapun dengan kelebihan yang ada pada beliau, sudah pastilah ianya menimbulkan kecemburuan dari mereka yang berkaitan, sepertimana yang ditulis oleh rakan blogger yaitu, mungkin dengan keluarnya wajah calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun akan menambahkan lagi sengsara sesetengah bloggers yang cuba memburuk-burukkan imej Azwanbro dalam beberapa artikel mereka.

Nasihat saya, siapalah penulis blog baru setahun jagung tersebut yang mahu mempertikaikan kredibiliti sama ada seseorang itu layak atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jika hendak mempertikaikan Azwanbro sekalipun, carilah isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugasnya sepanjang memegang jawatan dalam pemuda, bukannya dengan isu peribadi. Nampak sangat serangan yang dimulakan di blog kamu bermotif. - Double-Y

Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun dengan idea-idea yang bernas sila [KLIK]

2013年8月17日 星期六

The Battle NKPUM - Khairul Azwan Layak Ganti Posisi Razali Ibrahim

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia antara sayap kanan parti UMNO telah melalui pelbagai cabaran dan perubahan sejak ia ditubuhkan pada 1 dan 2 Mac 1947. Penubuhan sayap (jabatan) yang diputuskan ketika Persidangan Agung UMNO yang diadakan di Seremban bertujuan menarik minat golongan muda melayu untuk menyertai UMNO.

Walaupun telah melalui pelbagai perubahan serta kepimpinan, peranan pemuda masih utuh dengan matlamat perjuangannya, iaitu sebagai kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu membabitkan agama, bangsa dan Negara.

Menjelang pemilihan UMNO 2013, pertandingan yang bakal menarik perhatian ramai pihak adalah pertembungan 6 penjuru bagi merebut jawatan Naib Ketua Pemuda yang ditinggalkan Dato Razali Ibrahim yang telah melebihi usia 40 tahun.

Setakat ini daripada enam individu yang dikatakan bakal merebut jawatan nombor dua pergerakan pemuda, penulis difahamkan hanya tiga daripada mereka telah membuat kenyataan rasmi iaitu Jamawi Jaafar (Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom), Lokman Adam (Exco Pemuda UMNO) dan Khairul Azwan Harun (Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak).

Daripada ketiga-ketiga yang menawarkan diri, penulis tertarik dengan dua calon iaitu Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama Wan Bro di kalangan pemuda Perak. Pertembungan dua individu ini dilihat menarik kerana Perak dan Sabah masing-masing mempunyai 26 bahagian iaitu negeri terbanyak menghantar perwakilan ke perhimpunan agung pemuda.

Dari segi populariti di peringkat pusat Jamawi Jaafar mempunyai kelebihan berbanding Wan Bro namun jika dilihat dari segi ketokohan serta keberanian yang pemuda inginkan, penulis lebih yakin untuk memilih Wan Bro.
Keberanian Wan Bro terbukti apabila secara terbuka membuat cabaran debat kepada Nizar Jamaluddin, namun ia tidak diperkatakan ramai pihak memandangkan isu tersebut lebih terjurus kepada isu negeri. Malah boleh dikatakan tidak ramai yang berani tampil untuk bersemuka atau berhujah bersama pembangkang.

Cabaran Azwan kepada Nizar Jamaluddin :

Bukan mahu berkempen buat Khairul Azwan Harun yang penulis sendiri tidak pernah kenali tetapi sebagai anak muda, sememangnya penulis mahu melihat individu yang menduduki jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda dimenangi oleh calon yang berani untuk ke hadapan lebih-lebih lagi terhadap pembangkang bukannya individu yang hanya mampu berkokok dalam gelanggang sendiri.

Kenyataan Khairul Azwan Harun mengesahkan untuk bertanding NKP :
Selanjutnya di Tansformasi13