Sekali lagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba memperlihatkan drama keramatnya kepada umum dengan memberitahu bahawa beliau sedang membacakan ayat-ayat penyembuh kepada salah seorang perwira negara yang tercedera dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu semalam.
Keangkuhannya jarang memperlihatkan bahawa beliau sedang bertawakkal memohon izin dari Allah Taala, akan tetapi seolah-olah beliaulah yang mampu untuk menentukan sesuatu itu dengan keramat yang beliau ada termasuk menyembuhkan. Hebat bukan ? So undilah Pas, itulah maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Nik Aziz menerusi dramanya itu.
Sedangkan jika tidak punyai niat untuk mengkeramatkan diri beliau, cukup saja sekadar memberitahu yang beliau sebagai seorang pemimpin sedang menziarahi rakyatnya, tidak perlulah untuk memberitahu yang beliau sedang membacakan AYAT-AYAT PENYEMBUH, lebih islamik lagi jika beliau mengajak semua rakyat untuk sama-sama berdoa agar kecederaan yang dialami oleh perwira negara itu cepat sembuh dengan keizinan dari Allah Taala.
Bagaimanapun ini bukanlah kes baru yang dilakukan oleh Nik Aziz, sebelum inipun bila tarikh pilihanraya dijangka makin hampir, Nik Aziz akan cuba sedaya upaya untuk berdrama keramat meraih populariti dalam kes-kes yang menjadi tumpuan umum. Itulah harga diri yang ada pada seorang ularmak bernama Nik Aziz yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kekal menjadi MB sehingga ke akhir hayat. Anda Mampu Mengubahnya.
沒有留言:
張貼留言