顯示具有 takiyuddin 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 takiyuddin 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年4月20日 星期六

Masa Depan Rakyat Di Kota Bharu Bakal Berubah, Katakan Tidak Kepada TakiPas

Walaupun sebelum ini Datuk Takiyuddin Hassan terbukti gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat kepada beliau di Dun Bunut Payung, namun PRU 13 ini Pas mengangkat pula beliau bertanding di Parlimen Kota Bharu. Entah apa pencapaian Takiyuddin kita sendiri pun tidak tahu.

Kalaulah Takiyuddin menang di Parlimen Kota Bharu, apa yang beliau boleh berikan kepada rakyat disini, Islam ? Islam 'palo hotak' apa yang telah diberikan setelah Pas perintah Kelantan lebih 23 tahun ? Tiada pusat judi berlesen namun pusat judi haram tetap juga wujud, dan bagaimana pula dengan kesan sosial terhadap muda-mudi di sini hasil dari pentadbiran yang sering memaki hamun dan menyalahkan pihak lain itu? 

Apakah ia jauh lebih baik dari negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional setelah ianya diukur dari pelbagai aspek termasuk ekonomi dan kemajuan negeri tersebut. Bercakap saja Islam, tapi kelakuan jauh dari apa yang diajar oleh Islam, gaya dan kemewahan kehidupan pemimpin Pas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan Islam, Pemimpin Pas minta derma dengan rakyat kononnya derma jihad, sedangkan pada masa sama pemimpin Pas sedang bermewahan dan sebahagiannya bermaksiatan di hotel-hotel bertaraf lima bintang, dan apakah itu jihad,... atau jahat ?

Minta derma dengan rakyat, sedang pemimpin Pas hidup kaya raya, sepatutnya bila kita minta derma dengan orang, kita tidak seharusnya bermewah lebih daripada orang yang memberi derma, contohnya Takiyuddin, bila ia dipilih rakyat dan menjadi Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan selepas PRU12 lalu, terbukti ianya hanya makan gaji buta dan hidupnya senang linang, bandar Kota Bharu yang disebut bandaraya Islam begitu kotor dan tidak melambangkan apa yang dilabelkan.

Kalau nak ulas satu persatu memang banyak kegagalan, tapi kita perlu tanya apa yang dapat dibawa oleh pemimpin yang akan kita pilih itu jika kita memilih beliau menjadi pemimpin, jika Takiyuddin serta pemimpin Pas yang lain dikatakan berjuang Islam namun tak sanggup hidup secara sederhana dengan tinggal dirumah teres dan menggunakan kereta Proton Wira disebabkan ia mampu untuk mewah dan hidup lebih dari itu.

Jadi apa ke jahilnya kita nak berjuang Islam dengan memilih pemimpin Pas sebagai pemimpin tapi hidup kita cukup susah, tiada peluang pekerjaan, tidak ada tempat tinggal yang sempura dsbnya, sedangkan jika kita memilih berjuang Islam dibawah kerajaan yang adil, saksama dan yang paling penting JANJI DITEPATI iaitu Barisan Nasional yang mampu memberikan rumah rakyat, peluang pekerjaan yang banyak, dan kita juga mampu untuk mendapatkannya jadi kenapa kita harus menolak pemimpin BN ?

Makanya tidak ada sebab untuk kita tidak memilih BN, kerana dengan memilih Pas kita hanya akan  mendapat hampas, sebaliknya pemimpin Pas jua yang mendapat isi, dari segi itu tidak ada bedanya antara pemimpin Pas dan BN, cuma lebihnya kerajaan BN adalah apa yang mereka janji ia pasti ditepati, justeru nekadkanlah hati kita untuk memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada semua pemimpin BN yang kita kenalinya dan yakin ianya mampu serta layak untuk memikul amanah yang hendak kita berikan. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年4月1日 星期一

Kelantan After Dark - Alasan Takiyuddin Umpama Dalang, Takkan Selesai Isu Pelacuran

Setiap kali isu pelacuran timbul setiap kali juga Exco Kerajaan Pas Kelantan akan memberi pelbagai alasan, namun sampai bilakah alasan itu relevan untuk merealisasikan apa yang disebut sebagai "Membangun Bersama Islam". Namun kita yakin Exco Pas tak berkemampuan untuk melaksanakan segala retorik yang dicanang dan Islam pula hanyalah dijadikan alat untuk kepentingan politik mereka.

Exco Pas yang berkaitan ni sebenarnya kurang cerdik tapi berlagak bijak, masalah kebersihan bandar pun gagal, semuanya gagal, YB Pas ni pemalas, makan gaji buta selain kuat membangkang dan bercakap kosong.

Memetik artikel Gk pada 2011 yang lalu mengenai gejala sosial dan pelacuran di Kelantan, atas dasar bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk berusaha "Membangun Bersama Islam", Gk cuba sedaya upaya berfikir cara bagaimana untuk mengatasi masalah sosial tersebut, namun Exco Pas ni tak reti nak fikir dan berusaha kerana mereka tak ikhlas dalam perjuangan mereka, mereka sekadar nak makan gaji buta disamping beristeri muda dua dan tiga.

Sebagai landasan dan dasar perjuangan yang PAS ingin tegakkan Membangun Bersama Islam dan menunjukkan seriusnya kerajaan PAS Kelantan dalam membanteras gejala maksiat antara caranya ialah memanggil semua YB dan semua EXCO kerajaan negeri dengan membuat satu sidang tergempar untuk mengusulkan penubuhan satu unit khas dalam membanteras maksiat yang berlaku ini.

Apa yang dimaksudkan adalah dengan mewujudkan satu skuad khas sebagai contoh Unit Pembanteras Khas (UPK). Unit ini digerakkan bilamana berlakunya kes maksiat atau sosial yang licik atau sukar untuk dibanteras oleh penguatkuasa yang sedia ada. Maka special unit seperti UPK akan bertindak dalam menyelesaikannya.

Didalam unit ini pula dipecahkan kepada dua bahagian yaitu Tinjau atau risik dan Tindak. Unit ini terdiri dari penjawat awam serta sukarelawan antaranya seperti MPKB-BRI, PDRM, MAIK ,Ore Gedebe atau Gangster , Skuad Johnson, Askar Wataniah 506, Unit Amal PAS , RELA , Exco , YB dan lain-lain badan yang berkaitan serta ianya diPengerusikan oleh YAB Menteri Besar atau DYMM Sultan Kelantan.

Gabungan diatas sudah tentu mampu untuk mengsifarkan masalah sosial ini dan bukannya asyik memberi alasan bodoh sepanjang masa. Jika cara penubuhan unit khas ini telah dilakukan maka bolehlah kalau kita nak kata PAS ni ikhlas untuk memperjuangkan Agama Allah. Ni terus nak pergi kepada perlaksanaan Hudud, Sampai bila ianya dapat dilaksanakan kalau PAS pun bertanding pun tak cukup kerusi untuk mentadbir negara, Ayuh saudaraku celiklah kita, Janganlah kita terus disesatkan dengan dakyah sesat PAS.
Beranikah PAS untuk mewujudkan Unit Khas seperti yang dimaksudkan itu. Jika ada halangan, apakah halangannya? Rakyat akan bangkit bersama untuk menuntut halangan itu supaya dihancurkan. Kita semua inginkan kebaikkan bukannya kejahatan. Perasaan benci kepada PAS telah membuak-buak kerana jelas memperdayakan rakyat menggunakan Islam.

Apa saja masalah dapat diselesaikan, isu kemiskinan, kebersihan, sosial remaja, Fitnah, Murtad dan segala penyakit umat ini mampu diatasi. Semua dikalangan kita ini pernah terfikir cara penyelesaiannya. Cuma siapalah kita untuk mengubah kerajaan dengan kata-kata. Maka kita ubahlah kerajaan dengan kuasa tangan kita untuk memangkah.

Politik PAS akan berkubur pada PRU13 ini dengan izin Allah Taala. Selagimana adanya PAS yang menggunakan Islam sebagai modal berpolitik, selagi itu Islam tidak dapat ditegakkan dengan sempurna didalam negara kita kerana kebencian melampau telah diterapkan oleh Pas kepada rakyat.

Apapun kita sebagai rakyat punyai matlamat dan tanggungjawab. Pada PRU13 kitalah akan mencorakkan masa depan Negara dan negeri Kelantan khasnya. Oleh itu fikirkanlah bagaimana sifat orang yang ikhlas lakukan jika benar ia mahu menegakkan agama Allah. Anda mampu mengubahnya....

2013年3月21日 星期四

Cubaan Exco Kerajaan Pas Kelantan Gagalkan Pembinaan Rumah Rakyat - Video

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyangkal dakwaan kononnya menghalang pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wakaf Mek Zainab sebagaimana anggapan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sehingga kini Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menerima apa-apa permohonan untuk diproses.

Takiyuddin berkata, sepatutnya sebelum sebarang pembangunan dibuat, pemaju atau kontraktor perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan untuk dinilai .

�Jadi setakat ini tidak ada apa-apa KM dipohon. Apa yang patut ada dalam KM ini ialah mengenai projek yang hendak dibuat itu seperti jumlah unitnya, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan sebagainya.

�Oleh itu saya ingin menyangkal tuduhan bahawa kerajaan negeri menghalang projek ini. Tidak timbul soal halang kerana tidak pernah buat permohonan. Kalau nak kata kita menghalang adalah sama ada tolak atau tidak luluskannya,� katanya kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

�Bagi memenuhi keperluan akta itu, yang disebut sebagai pihak berkuasa perancang dalam MPKB ini ialah MPKB-BRI. Jadi kita minta supaya pemaju perumahan tersebut mengemukakan permohonan barulah supaya kita boleh teliti, dan barulah kita boleh menentukan sama ada projek ini boleh diluluskan atau tidak,� katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang projek dari mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat bagaimanapun pemaju perlu memenuhi syarat-syaratnya sebelum kelulusannya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Mohd Fatmi yang menganggap kerajaan negeri sepatutnya menyokong perancangan pembinaan PPR dan bukannya bertindak menghalang atau menyusahkan dalam merealisasikan pembinaannya.

Begitulah jawapan daripada pemimpin pendatang berhubung dengan pembinaan rumah rakyat, jelas ia bertujuan untuk menyusahkan rakyat, andainya kerajaan pusat bermurah hati hendak membina bangunan untuk Pas di Kelantan, apakah proses sedemikian juga perlu dibuat oleh kerajaan pusat ?.

Sepatutnya kerajaan Kelantan yang perlu mohon dengan kerajaan pusat bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas rakyat Kelantan. Ini terbalik, orang yang hendak memberi perlu mohon kepada orang yang menerima.

Lagipun pembinaan rumah rakyat itu bukanya menguntungkan darisegi pembinaannya, malah kerajaan pusat bermurah hati untuk menjual rumah-rumah berkenaan pada suku harga yaitu RM35,000 daripada kos sebenar yaitu RM148,000.

Jika kerajaan Pas Kelantan benar-benar mengikut ajaran Islam, demi kepentingan rakyat, maka, soal permohonan dengan begitu karenah tidak akan ditimbulkan sama sekali, dan sekiranya Takiyuddin LAPAR sangat nak tengok plan, maka demi rakyat juga, pergilah minta dengan Fatmi atau agensi yang berkaitan bukannya menunjukkan ego seorang pemimpin yang langsung tidak berguna kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenyataan berbelit Takiyuddin sebelum ini klik disini

2013年3月15日 星期五

BUKTI Pas Menerusi Takiyuddin Halang Pembinaan Rumah Rakyat Di Kelantan

KOTA BHARU - Beginilah sikap pemimpin Pas apabila kerajaan pusat cuba untuk membantu rakyat Kelantan, namun dipentas ceramah, mereka mendakwa pemimpin BN jualah yang menyekat pembangunan di Kelantan, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya, pemimpin Pas sanggup melihat kesengsaraan rakyat Kelantan daripada dibantu oleh kerajaan pusat hanya semata-mata kerana politik sempit mereka.

Jika ada yang masih bertanya, kalau pemimpin BN ikhlas untuk bantu rakyat, kenapa harus menang PRU terlebih dahulu baru boleh buat pembangunan, jawapannya seperti berikut:

Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BRI.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah.

Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.

Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.

"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, katanya semua perkara itu tidak ada, pelan tanah juga tidak ada, ini bererti pemaju telah melanggar syarat serta undang-undang MPKB-BRI," ujarnya.

Takiyuddin seterusnya memberitahu, untuk membina perumahan itu, kena ada sistem perparitan, jika tidak dengan jumlah yang begitu banyak unit rumah terbabit, air pengguna hendak dialirkan ke mana.

Sambungnya, pada masa yang sama kawasan terbabit begitu rendah dan ia perlu ditimbun, apabila ia telah menjadi tinggi, kawasan sekitar akan menjadi rendah dan masalah banjir pula berlaku.

"Semua perkara ini perlu dinyatakan dalam surat permohonan yang dimaksudkan tadi," ujarnya.

Pada masa yang sama, untuk menyiapkan unit rumah yang begitu besar, jalan utama juga perlu dibesarkan sekitar 50 kaki.

Katanya lagi, jika demikian ia akan berlaku masaalah pengambilan tanah baru sekiranya tanah tersebut bukan milik kerajaan.

Tambahnya, adakah pembelian tanah orang ramai telah diselesaikan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan lagi dengan janji BN kerana ia hanya janji yang tidak akan ditepati.

"Permohonan oleh syarikat terbabit untuk mendirikan rumah tersebut tidak pernah berlaku kerana tiada sebarang hitam putih dari MPKB.

"Ia hanya janji murahan politik kerajaan BN untuk memancing undi sempena PRU13," ujarnya.

Takiyuddin seterusnya melahirkan rasa kehairanan kenapa projek itu perlu diadakan di kawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Raja Udang, Ismail Ahmad, menyerahkan memorandum bantahan kepada MPKB-BRI kerana berlaku pencerobohan tapak hak milik persendirian untuk dijadikan jalan atau laluan kepada projek tersebut. (Gambar atas)

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan sempena majlis perjumpaan itu malam tadi.

Nak bantu rakyat pun bukan main lagi halangan dan karenah birokrasi kerajaan Pas Kelantan ni, kalau nak tunggu kerajaan Pas Kelantan yang buat rumah untuk rakyat ni, alamatnya tak berumahlah rakyat sampai ke tua.

Apapun perkara yang ditimbulkan oleh Takiyuddin diatas jelas menampakkan kepala otak puak Pas ni jenis yang bagaimana, sepatutnya dah kerajaan pusat nak buat rumah untuk rakyat, kerajaan negeri perlulah bagi kerjasama, jangan duk cari masalah dan alasan semata-mata, soal masalah infrstruktur lain seperti longkang, jalan dsbnya itu soal yang remeh dan mampu difikirkan oleh kerajaan negeri, kalau tak kerajaan negeri duk buat apa ?

Bagaimanapun soal infrasturuktur itu kita percaya ianya sudah termasuk didalam perancangan pembinaan rumah tersebut, Pas jangan duk buat 'darat' gong lagu tu, sebab pembinaan rumah rakyat ni bukan pertama kali dibuat oleh kerajaan pusat diseluruh negara, jangan pula nak ajar itik berenang.

Kalau macamnilah cara penerimaan pimpinan Pas Kelantan terhadap pembangunan yang hendak dibawa ke Kelantan, makanya PRU 13 ni sama-samalah kita 'lu pikirlah sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.