顯示具有 parlimen 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 parlimen 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年7月9日 星期二

Video - Gobind Mabuk Sebelum Masuk Parlimen Serang @Zahid_Hamidi ?

Gobind Sink disyakki mabuk semasa memasuki sidang parlimen semalam dan menyerang menerusi tuduhan melulu yang dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Gobind dalam perbahasannya menyatakan, Zahid, lebih kurang tujuh tahun lalu telah melakukan jenayah apabila bertindak menumbuk muka seorang lelaki yang dikatakan cuba merosakkan rumahtangga anak perempuan beliau dengan menggunakan sihir ilmu hitam.

Selain itu, Gobind berbelit seperti mendakwa Zahid membuat ugutan bunuh dan percubaan bunuh terhadap lelaki tersebut, dalam nada yang angkuh seolah-olah sedang membuat pendakwaan keatas penjenayah didalam mahkamah, Gobind juga turut kelihatan mengzahirkan mabuknya apabila dalam satu masa ketika membahaskan isu yang sama, kata-katanya tidak konsisten dan berubah-ubah dengan begitu kritikal sekali.

Pada mulanya Gobind memberitahu beliau ingin Menteri menjawabnya sekarang akan isu yang dibangkitkan oleh beliau, sejurus selang hanya beberapa minit pula beliau memberitahu, beliau tidak mahu Menteri menjawab isu yang dibangkitkan itu sebaliknya ingin Timbalan Menteri yang menjawabnya, seterusnya beberapa minit kemudian lagi, beliau memberitahu beliau ingin bertanya kepada Menteri.

Apakah Gobind tidak mabuk apabila bertanya kepada Menteri tapi tidak mahu Menteri menjawab dan pada masa sama inginkan jawapan dari Menteri ?.

Kalau terserempak dengan ular dan Gobind, mana yang nak diketuk dahulu?. Mungkin yang difikirkan lebih bahaya akan diketuk dulu, belitannya yang berbahaya seringkali dilihat lebih kepada membela pesalah dan penjenayah yang sebenar, sedangkan mereka yang tidak bersalah yang cuma mempertahankan hak terus menjadi mangsa belit.

Sedikit masa nanti mungkin juga kita akan melihat mana-mana pihak yang memasang papantanda amaran seperti dibawah akan didakwa kerana kesalahan mengugut untuk mendenda perokok, sebaliknya perokok pula akan dibela.

Begitu juga kita akan didakwa dan dibelit diatas kesalahan yang disifatkan sebagai ugutan jika kita  memberi amaran kepada pesalah, penjenayah atau orang yang mengancam hidup kita. Itulah kesongsangan yang sedang melanda, ramai yang suka jalan belakang daripada jalan depan, biarpun jalan belakang itu kotor dan haram, ia tetap jadi pilihan. Anda Mampu Mengubahnya.
Ugutan belasah
Ugutan denda

2013年6月11日 星期二

Ahmad Maslan: "Alang-Alang Menyeluk Pekasam, Saya Dengan Ini Mencabar Mereka"...

Sikap tidak bertanggungjawab dikalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat amat dikesali apabila hanya seorang sahaja yang hadir daripada 89 orang pada taklimat rasmi yang diadakan oleh parlimen hari ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun ketika mengulas sikap pemimpin pembangkang itu, beliau sekali lagi mengulangi cabarannya terhadap pemimpin pembangkang supaya tidak mengangkat sumpah serta terus memboikot persidangan parlimen secara rasmi pada 24 Jun ini sehingga enam bulan berturut-turut.

"Alang-alang mereka ingin boikot mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka, boikot teruslah. Tak payah angkat sumpah....

"Kalau mereka tak angkat sumpah dan tak datang Dewan Rakyat selama enam bulan berturut-turut, kita boleh adakan pilihan raya kecil di 89 kawasan,".

"Alang-alang menyeluk pekasam, saya dengan ini mencabar mereka, alng-alang mereka tidak bersama dah dengan mandat yang rakyat di 89 kawasan berikan pada mereka, 24hb ni tak payah datanglah"

Sebelum ini, Ahmad turut melontarkan cabaran yang sama setelah tindakan pemimpin PR yang terus mencetuskan provokasi bagi mempertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan adil.

�Pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti sudah tahu tentang undang-undang. Jika ada tidak berpuas hati atau berasa ada penipuan berlaku ketika pilihan raya umum lalu, mereka (pembangkang) boleh mengadakan bantahan secara terus kepada SPR.

�Tetapi, apa berlaku sebaliknya. Mereka tidak buat bantahan, sebaliknya melakukan perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya"

Ahmad turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang menerima kemenangan seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tanpa sebarang pertikaian.

�Pentadbiran Pas di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang terus membentuk kerajaan negeri dengan melantik exco mereka setelah beberapa hari mendapat mandat. Pembangkang sebenarnya mengamalkan �double standard� kerana terus mempertikaikan kemenangan BN, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf kemenangan di negeri-negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,� katanya. 
 
Agaknya berani ke pemimpin pembangkang sahut cabaran ni ?, betullah, dah alang-alang tu boikotlah terus jangan kerja separuh jalan, tunjukkan sikit kejantanan tu, lepas 6 bulan kita adakan pilihanraya kecil, kita tengok siapa yang kena ? Betul tak ? Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月24日 星期五

Karpal Singh: "YDP Dewan Negara, Jangan Ajar Saya Tentang Undang-Undang"

Biarpun mendapat kritikan banyak pihak, Pengerusi DAP, Karpal Singh tetap mahu memansuhkan Dewan Negara dengan alasan mengelakkan pembaziran wang rakyat. Karpal turut mempersoalkan perlantikkan Yang Dipertua Dewan Negara dan menyifatkan perlantikkan itu perlantikkan dari kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat.

"Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak mempunyai hak untuk mengajar saya kerana beliau dilantik oleh kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat. Maka jangan ajar saya tentang undang-undang," kata Karpal pada sidang media hari ini.

Melihat kepada cadangan Karpal itu perlu diketahui Dewan Negara adalah sebahagian daripada komponen parlimen. Tanpanya, maka tidak lengkaplah komponen parlimen kerana Perkara 44 Perlembagaan menyatakan komponen parlimen hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ini bertepatan dengan parlimen Malaysia yang mengamalkan sistem dua Dewan (bicameral), bukannya dewan tunggal (unicameral).

Sebenarnya bukan satu perkara yang mudah untuk mansuhkan Dewan Negara, kerana ia perlu meminda perlembagaan dengan mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan, dan selagi peruntukan Perkara 44 Perlembagaan tidak dipinda, maka tentunya Dewan Rakyat sahaja tidak memadai kerana komponen parlimennya yang tidak mencukupi.

Dalam konteks Dewan Negara, ia penting kerana peranannya untuk menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Selain itu, Dewan Negara juga mempunyai kuasa untuk menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Contohnya, Dewan Negara boleh menangguh Rang Undang-Undang Kewangan selama 30 hari dan rang undang-undang lain selama setahun. Tempoh penangguhan ini penting untuk membolehkan rang undang-undang yang tidak menepati kepentingan umum diteliti dan dibincangkan semula.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan menetapkan orang yang layak menjadi ahli Dewan Negara hendaklah berumur tidak kurang dari 30 tahun. Ini kerana orang yang telah berumur lebih dari 30 tahun sebagai telah cukup matang untuk menilai penggubalan rang undang-undang terbaik untuk negara.

Untuk menjaga tahap kematangan ini, Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang dilantik oleh Agong hendaklah orang yang pada pendapat baginda telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau yang telah mencapai keunggulan dalam profesionnya atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.

Andai diteliti dalam kepelbagaian sistem parlimen di negara maju dan negara membangun yang lain, sistem sekarang adalah terbaik buat negara, dan cadangan Karpal Singh itu hanyalah melihat dalam konteks 'kasta' tertentu semata-mata tanpa melihat ia secara menyeluruh, dan cadangan untuk memansuhkan itu juga seolah-olah mengzahirkan lagi niat buruk pengerusi DAP dalam usaha menghakis dasar-dasar yang boleh menyekat kepentingan tertentu mereka.

Namun jika Karpal Singh benar-benar jujur beliau tidak akan mencadangkan kepada memansuhkan sebaliknya mencadangkan supaya Dewan Negara diperkasakan lagi peranannya atau meminda peranan dan keanggotannya sebagaimana yang dicadangkan oleh tokoh akademik seperti Prof. Dato� Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Dimana Prof Agus mencadangkan fungsi dan peranan Dewan Negara dipertingkatkan bukan setakat hanya meluluskan rang undang-undang sahaja, tetapi sebagai institusi yang lebih atas dari Dewan Rakyat dengan bertindak sebagai Ombudsman kepada agensi-agensi penting kerajaan seperti SPRM, Audit, SPR dll.

Beliau turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Negara dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, kerana dalam sistem demokrasi, pilihan rakyat adalah yang paling terbaik dari kalangan yang baik, jika tidak mahu adakan pilihan raya untuk melantik ahli Dewan Negara, maka elok sekiranya bilangan senator ditentukan mengikut peratusan undi yang diterima oleh setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya sekaligus akan menjadi pengimbang kepada parlimen.

Perkasakan peranan Dewan Negara supaya tidak dicop sebagai rubber stamp sahaja. Pastikan pelantikan ahli kabinet tidak dari kalangan ahli senator. Sekiranya kita mahu memansuhkan sistem bikameral yang kita gunakan sekarang ini, kita perlu mengadakan referendum untuk mendapat pandangan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.