顯示具有 karpal singh 標籤的文章。 顯示所有文章
顯示具有 karpal singh 標籤的文章。 顯示所有文章

2013年7月19日 星期五

ZAHID DAN ORANG YANG MENYAMANNYA, SELESAI KES LUAR MAHKAMAH... KARPAL SINGH DAN GOBIND BERTUMBUK ANAK BERANAK!!!





Beberapa hari lepas, Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh bagaikan dirasuk kekecewaan, cuba menggugat kedudukan Ahmad Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Menteri Dalam Negeri dengan mempertikaikan kes yang menurutnya, perlu dikategorikan sebagai jenayah, bukannya sivil.Hari ini, Zahid Hamidi dan Amir Bazli Abdullah mencapai persetujuan untuk penyelesaian di luar mahkamah

2013年7月8日 星期一

NIK ABDUH PULA BALUN KARPAL SINGH... TUNGGU KARPAL BERSUARA NANTI, TENGOK TERKESOT KE TIDAK PUAK PAS NANTI!!!




Selepas Takiyuddin Hasan, muncul pula Nik Abduh membalun Karpal Singh berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Karpal Singh sebelum ini telah mengugut agar Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam PAS dan PKR bersama-sama DAP untuk mendesak agar Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara membabitkan penentuan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah.

Setakat ini

2013年5月24日 星期五

Karpal Singh: "YDP Dewan Negara, Jangan Ajar Saya Tentang Undang-Undang"

Biarpun mendapat kritikan banyak pihak, Pengerusi DAP, Karpal Singh tetap mahu memansuhkan Dewan Negara dengan alasan mengelakkan pembaziran wang rakyat. Karpal turut mempersoalkan perlantikkan Yang Dipertua Dewan Negara dan menyifatkan perlantikkan itu perlantikkan dari kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat.

"Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak mempunyai hak untuk mengajar saya kerana beliau dilantik oleh kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat. Maka jangan ajar saya tentang undang-undang," kata Karpal pada sidang media hari ini.

Melihat kepada cadangan Karpal itu perlu diketahui Dewan Negara adalah sebahagian daripada komponen parlimen. Tanpanya, maka tidak lengkaplah komponen parlimen kerana Perkara 44 Perlembagaan menyatakan komponen parlimen hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ini bertepatan dengan parlimen Malaysia yang mengamalkan sistem dua Dewan (bicameral), bukannya dewan tunggal (unicameral).

Sebenarnya bukan satu perkara yang mudah untuk mansuhkan Dewan Negara, kerana ia perlu meminda perlembagaan dengan mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan, dan selagi peruntukan Perkara 44 Perlembagaan tidak dipinda, maka tentunya Dewan Rakyat sahaja tidak memadai kerana komponen parlimennya yang tidak mencukupi.

Dalam konteks Dewan Negara, ia penting kerana peranannya untuk menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Selain itu, Dewan Negara juga mempunyai kuasa untuk menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Contohnya, Dewan Negara boleh menangguh Rang Undang-Undang Kewangan selama 30 hari dan rang undang-undang lain selama setahun. Tempoh penangguhan ini penting untuk membolehkan rang undang-undang yang tidak menepati kepentingan umum diteliti dan dibincangkan semula.

Bagi menjaga kepentingan inilah, maka Perkara 47(a) Perlembagaan menetapkan orang yang layak menjadi ahli Dewan Negara hendaklah berumur tidak kurang dari 30 tahun. Ini kerana orang yang telah berumur lebih dari 30 tahun sebagai telah cukup matang untuk menilai penggubalan rang undang-undang terbaik untuk negara.

Untuk menjaga tahap kematangan ini, Perkara 45(2) Perlembagaan menetapkan ahli-ahli yang dilantik oleh Agong hendaklah orang yang pada pendapat baginda telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau yang telah mencapai keunggulan dalam profesionnya atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.

Andai diteliti dalam kepelbagaian sistem parlimen di negara maju dan negara membangun yang lain, sistem sekarang adalah terbaik buat negara, dan cadangan Karpal Singh itu hanyalah melihat dalam konteks 'kasta' tertentu semata-mata tanpa melihat ia secara menyeluruh, dan cadangan untuk memansuhkan itu juga seolah-olah mengzahirkan lagi niat buruk pengerusi DAP dalam usaha menghakis dasar-dasar yang boleh menyekat kepentingan tertentu mereka.

Namun jika Karpal Singh benar-benar jujur beliau tidak akan mencadangkan kepada memansuhkan sebaliknya mencadangkan supaya Dewan Negara diperkasakan lagi peranannya atau meminda peranan dan keanggotannya sebagaimana yang dicadangkan oleh tokoh akademik seperti Prof. Dato� Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Dimana Prof Agus mencadangkan fungsi dan peranan Dewan Negara dipertingkatkan bukan setakat hanya meluluskan rang undang-undang sahaja, tetapi sebagai institusi yang lebih atas dari Dewan Rakyat dengan bertindak sebagai Ombudsman kepada agensi-agensi penting kerajaan seperti SPRM, Audit, SPR dll.

Beliau turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Negara dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, kerana dalam sistem demokrasi, pilihan rakyat adalah yang paling terbaik dari kalangan yang baik, jika tidak mahu adakan pilihan raya untuk melantik ahli Dewan Negara, maka elok sekiranya bilangan senator ditentukan mengikut peratusan undi yang diterima oleh setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya sekaligus akan menjadi pengimbang kepada parlimen.

Perkasakan peranan Dewan Negara supaya tidak dicop sebagai rubber stamp sahaja. Pastikan pelantikan ahli kabinet tidak dari kalangan ahli senator. Sekiranya kita mahu memansuhkan sistem bikameral yang kita gunakan sekarang ini, kita perlu mengadakan referendum untuk mendapat pandangan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

2013年5月19日 星期日

MARI KITA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KARPAL SINGH!!!




Setelah KArpal bersuara ..baru lah nampak ketegasan dan nampak sedikit kedaulatan undang2 kita dipertahankan.

Dulu ni..berbuih2 Sultan2 Melayu bertitah!! Beribu2 report polis..beribu2 keluhan.

Najib tak kata apa pun..Arwah Menteri Dalam Negeri sibuk ngan AMARANNYA..Polis masa tu sibuk nak baca ratus2 report dan nak kaji report2 tu lama gak ler...polis Singapore, malam ni buat ..esok terus je

2013年5月16日 星期四

KARPAL SINGH BUAT LAPORAN POLIS DAN DESAK KERAJAAN BERTINDAK SEGERA TERHADAP HARIS IBRAHIM!!!





Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang tadi bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga

2013年4月23日 星期二

KARPAL SINGH UGUT SAMAN TUN MAHATHIR KALAU TAK MELUTUT CIUM KEPALA LUTUT KIT SIANG!!!



Akhbar Kwong Wah Yit Poh di muka surat A16 telah menyiarkan satu berita mengenai Karpal Singh mewakili Lim Kit Siang mengeluarkan surat guaman kepada Tun Dr. Mahathir berhubung satu kenyataan yang disifatkan berbau fitnah dan bersifat perkauman yang disiarkan dalam blog bekas Perdana Menteri itu pada 11 April lalu.Karpal Singh dalam satu sidang media di pusat kempen pilihanraya Parlimen Bukit

2013年4月21日 星期日

PAS BOLEH PERGI MAMPUS SAMA HUDUD MEREKA, KATA KARPAL SINGH... MASIH TAK FAHAM-FAHAM JUGAK?




Baru beberapa hari lepas, puak-puak PAS bukan main lagi seronok sebab calon-calon DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah serta Sarawak. Sehinggakan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pun memberikan pelbagai cerita-cerita keagungan Islam berhubung 'kejayaan' tersebut.

Dan ungkapan, AKHIRNYA ROKET MENDARAT DI BULAN, menjadi satu drama murahan yang menggamit air

2013年2月3日 星期日

HAAA... KAN HARUN TAIB DAH MENGAMUK DENGAN KARPAL SINGH... EEIIII... TAKUTNYA!!!

Harun Taib mempersoalkan kedudukan Karpal Singh yang bersungguh-sungguh mahu memaksa Majlis Syura Ulama PAS mengubah keputusan yang telah dibuat berhubung KALIMAH ALLAH. Karpal Singh sebelum ini telah memaksa Hadi Awang agar mengubah keputusan tersebut. Dan sekalipun Karpal Singh sedar bahawa Presiden PAS itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa berbanding Majlis Syura Ulama PAS, Pengerusi

2013年2月2日 星期六

KARPAL SINGH TERBALIKKAN TELUR HADI KE MUKA PRESIDEN PAS ITU SENDIRI!!!




Hari tu, semasa tengah berdebat dengan Fathul Bari, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi 'bercakap bohong' kononnya Karpal Singh telah menerima konsep HUDUD dan pendirian PAS tentang HUDUD. Hasilnya, Nasruddin Tantawi terpaksa menemui Karpal Singh dan mencium tangan Pengerusi DAP itu apabila Karpal Singh melompat dari kerusi rodanya dan hampir menyepak mulut Nasruddin.

Hari ini sekali lagi,